Thursday, October 15, 2009

bagan pinang:kemenangan BN iktibar bagi PR

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang sudah berlalu. Kemenangan berpihak kepada BN.PR [PAS] kecundang bagi kali yang pertama setelah memenangi tujuh pilihanraya. Nampaknya BN ketawa besar dan raya sakan [kebetulan negara akan menyambut Depavali] apabila dapat menumpaskan PR dalam pilihan raya kecil kali ini.

Kemenangan bagi BN amat-amatlah dinanti-nantikan setelah mengalami kekalahan beberapa kali. Bolehlah dikatakan kemenangan BN pada kali ini menebus keseluruhan kekalan yang dialami oleh nya. Kemenangan BN juga menebus kekecewaan Najib semenjak menjadi Perdana Menteri dan kata Dr.Rais sebagai hadiah buat PM.

Kita tidak mahu membicarakan atau mengupas dengan panjang lebar kemenangan dan erti kemenangan buat BN, tetapi ingin kita bicarakan tentang kekalahan PR[PAS]. Bagi Parti Islam Semalaysia [Pas] kekalahan adalah perkara biasa semenjak dari dulu sampai sekarang,yang luar biasanya apabila mendapat kemanangan.

Para ahli PAS sememangnya dapat menerima kekalahan ini sebagaimana mereka menerima kekalahan dalam pilihanraya yang lampau. Apatah lagi kita sudah ditanam dengan janji ALlah bahawa kekalah kita di dunia adalah kemenangan kita di hari akhirat asalkan kita ikhlas dan redha serta niat yang betul.

Sebenarnya kekalahan di Bagan Pinang pada kali ini adalah sebagai iktibar untuk semua pimpinan PAS dan PR seta semua ahli-ahlinya. Setelah menerima banyak kali kemenangan besar kemungkinan ada diantara para pimpinan PAS dan PR serta ahli-ahlinya sudah merasa bangga diri dan besar diri.

Oleh kerana itu kekalahan pada kali ini adalah sebagai peringatan dari ALlah untuk kita sama-sama koreksi diri mungkin ada salah dan silapnya. Dari itu barulah kita dapat muhasabah diri mencari kesilapan dan kesalahan kita.

Ingatlah kadang-kadang kita diatas, tapi kadang-kadang kita juga akan berada dibawah. Orang miskin tidak semestinya sentiasa menjadi miskin, orang kaya tidak semestinya sentiasa menjadi kaya, tiba masanya semua itu akan berubah seperti kata pepatah sekali air bah sekali pantai berubah.

Saturday, September 12, 2009

Semarakkan 'Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan.

Menghidupkan malam-malam tersebut dengan 'ibadah.
Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama ber'ibadah menghidupkan malam-malam tersebut.

Mengikat tali pinggang [tidak bersama isteri]. Diriwayatkan daripada A'isyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Adalah Rasulullah s.a.w apabila tiba sepuluh terakhir [Ramadhan] beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya [tidak bersama isteri]".
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Mandi antara maqrib dan insya' dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian. terutamanya malam-malam ganjil.

Berusaha bersungguh-sungguh agar dikerniakan Lailatul Qadr. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan ALlah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu'.

Melakukan iqtikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan, diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a katanya yang bermaksud " Biasanya Nabi s.a.w ber'iqtikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan".

Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

Memperbanyakkan sedaqah.

Tanda-tanda Lailatul Qadr.

Diterangkan dalam sebuah hadis antara tanda-tandanya ialah:

Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarnya lembut dan tidak terik.

Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sengat cerah dan terang benderang.


Hikmah disembunyikan Lailatul Qadr.

Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.

Supaya kita berusaha meningkatkan 'ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Memperbanyakkan doa' untuk memperolehinya.


Adab Mengakhiri Ramadhan dan Menyambut Eid Mubarak.

ALlah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan Takbir pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan.

ALlah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan memperbanyakkan istiqfar.

ALlah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'sadaqatul fitri' [membayar zakat fitrah].

Keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat eidul fitri dan mendengar khutbah denga penuh penghayatan.

Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

Menziarahi qubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.

Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.


Akhirul kalam, saya mengucapkan selamat menyambut Eid Mubarak semoga madrasah Ramadhan yang meninggalkan kita memberi kesan yang berpanjangan untuk kita meneruskan segala 'amalan yang telah kita lakukan selama sebulan dibulan-bulan yang seterusnya, semoga Ramdhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat kebaikkannya, kullu am wa antum bi khair.

Sunday, August 9, 2009

cantiknya apabila berhijab

[konvo+(7).jpg]
kecantikan seorang muslimah itu teserlah apabila ia menuup auradnya dan ditambah pula apabila ia memakai hijab atau niqab.
apabila seseorang muslimah itu mengenakan pakaian yang menutup aurad maka terpeliharalah ia dari bermacam-macam fitnah akhir zaman ini.
sesungguhnya martabat dan maruah seorang muslimat terjamin dan terjaga dengan menutup aurad dan melepasi ia daripada panahan mata-mata syaitan.

Saturday, August 8, 2009

niqmat mata

[tears.jpg]

syukurilah niqmat mata yang diberikan ALlah.
tanpa mata segala keindahan alam ini tidak dapat dikecapi.
keniqmatan melihat flora dan fauna dan
segala apa yang ada dalam maya ini.
bersyukurlah dengan niqmat mata yang diberikan
oleh ALlah.

Wednesday, August 5, 2009

Pakat-pakat turun mai GMI

Kepada pencinta keamanan dan kesejahteraan, ayuh bangkit kita sama-sama turun sempena Himpunan mansuhkan ISA di ibu negara pada 1 ogos ini, untuk mengatakan bahawa mahasiswa/i menindas kezaliman kepada insan yang tidak bersalah tanpa soal selidik dan terus dihumbangkan ke dalam penjara, sebagai insan yang berfikiran matang, mengikut undang-undang islam juga bahawa kita dilarang untuk mengambil tindakan kekekejaman serta kezaliman tanpa memeriksa dahulu apa yang dilakukan sama ada bertentangan dengan hukum syarak atau tidak. Ramai yang menjadi mangsa kekekajaman ini, terutama anak-anak mangsa ISA yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan ayah mereka. Ini amat menyedihkan bagi kita semua kerana mereka telah menyalahgunakan kekuasaan yang ada untuk kepentingan politit semata-mata. Amat buruk niat mereka yang terus menyokong Akta kezaliman ini. Sebagai mahasiswa/i yang berpendidikan tinggi harus menyatakan sokongan dan kita melakukan bukan kerana politit namun ini mengenai isu kemanusian yang harus di kekalkan hingga negara menjadi sebuah negara yang aman dan harmoni dan sesebuah negara harus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan kelak kamu akan ditanya tentang apa yang kamu lakukan di dunia semasa kamu memerintah sesebuah negara dan rakyat jelata.

Al-Quran


Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W. Ia turut merupakan wasiat yang ditainggalkan Nabi kecintaan kita untuk diamalkan sepanjang hayat kita. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir. Kita akan sentiasa terpelihara apabila mengamalkan apa yang ada di dalamnya.
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”(Abu Daud & Ahmad)

Ayat-ayat Al-Quran meruapakn penawar bagi hati dan penyakit yang lain. Hal ini kerana ayat-ayat Quran adalah kalam Allah. Segala apa yang terkadung dalam Quran terpelihara sehingga ke hari kiamat. Kandunagn Quran meliputi segala skop yang terdapat dalam dunia ini. I a juga tidak terbatas oleh masa, geografi. Kerana Quran adalah untuk umat Islam, tidak mengira warna kulit, batasan geografi, bahasa, bangsa dll.
Banyak kelebihan membaca Quran :
  • diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.
  • syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat
  • mendapat ketenangan hati
  • hati menjadi lembut

Kelebihan menghafaz Quran

  • badan tidak hancur setelah meninggal dunia
  • boleh memberi syafaat kepada kaum keluarga

Kesedaran umat masa kini tentang Quran

Kesedaran umat masa kini tentang Quran adalah amat sedikit. Hal ini dapat dilihat apabila boleh dikatakan hampir 50% daripada masyarakat kurang kesedaran dalam diri tentang pentingnya belajar Quran.

1) Kanak-kanak yang mula belajar membaca Quran sekarang kebanyakannya disuruh oleh ibu bapa masing-masing. Sekiranya apabila pulang dari sekolah, ibu bapa tidak mengingatkan anak mereka untuk pergi mengaji Quran, maka anak-anak mereka tidak akan datang untuk mengaji Quran.

2) Ibu bapa tidak menerapkan kepada anak-anak terhadap minat terhadap Quran. Mereka hanya menyuruh anak-anak untuk pergi mengaji dan apabila pulang ke rumah, mereka tidak bertanyakan anak-anak mereka tentang pembelajaran anak-anak mereka tentang Quran. Malah, mereka hanya mengabaikan pengajaran Quran. Apabila cuti sekolah bermula, anak-anak mereka tidak datang untuk mengaji Quran kerana mengikuti ibu bapa ke tempat percutian/ berjalan-jalan.

Ibu bapa turut tidak mementingkan pendidikan Quran kerana mereka boleh bersenang hati apabila anak-anak merka tidak kenal Quran tetapi apabila anak-anak mereka tidak skor dalam peperiksaan, mereka sanggup menghantar anak-anak ke pusat-pusat tusyen walaupun mahal bayarannya. Sedangkan pengajian Quran tanpa bayaran tidak diendahkan sedikit pun. Guru Quran turut diabaikan. Tiada kunjungan daripada anak-anak murid pada hari raya. Inilah nilai anak-anak zaman sekarang.

Ibu bapa yang tidak arif dalam bidang Quran adalah tidak mengapa. Yang penting, kesedaran pendidikan Quran itu adalah penting. Ramai ibu bapa yang berpendidikan rendah tetapi mampu menghantar anak-anak belajar tinggi-tinggi namun, apabila Quran mereka sekadar mengabaikan sahaja.

3) Pihak kerajaan tidak mementingkan pendidikan Quran. Sistem yang ada sekarang tidak mendidik para pelajar malah menambah liar kepada remaja sekarang. Mereka menjadi liar kerana di hati mereka tiada Quran. Kerajaan hanya mementingkan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja. Telah menjadi warisan untuk anak-anak zaman sekarang menhadapi peperiksaan UPSR,PMR, SPM, STPM untuk berjaya dalam hidup. Subjek Quran dan agama tidak dititikberatkan langsung. Hal ini terbukti apabila subjek agama dan Quran tidak menjadi subjek wajib untuk cemerlang.

hiDup itU PerJuaNgan




Demo GMI

1.00 tengah hari: Di SOGO, orang ramai semakin ramai berhimpun biarpun pasukan polis termasuk unit anjing cuba menghalang mereka berbuat demikian. Helikopter polis berlegar-legar rendah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah ditutup kepada lalu lintas. Aktivis GMI Norlaila Osman dan anak perempuannya Narshita Md Noor, Aiman Athirah Al-Jundi (PAS), Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria. 8 lelaki turut ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria.

Di MASJID NEGARA, polis memperketatkan kawalan dan menghalang orang ramai memasuki perkarangan masjid. Petugas-petugas media berkumpul di sini menunggu kehadiran pimpinan pembangkang dan GMI. Hanya beberapa orang awam berkumpul di sini. Orang ramai yang berkumpul di Stesen KTM mula bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor. Polis memeriksa beg-beg yang dibawa oleh orang ramai.

Di MASJID JAMEK, 20 orang telah ditahan polis. Orang ramai semakin ramai berhimpun di sini. Polis menghalang orang ramai berkumpul di sekitar Masjid Jamek. Seorang peguam Puspa Rosman ditahan kerana mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai. Polis memberi arahan kepada orang ramai supaya beredar dalam masa 15 minit.

Di ISTANA NEGARA, keadaan tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan._

1.30 tengah hari: Di SOGO, 27 orang telah ditangkap polis setakat ini. Semua kedai di kawasan ini dan Sogo sendiri telah ditutup. Polis mengarahkan kira-kira 1,500 orang supaya segera bersurai.

Di MASJID NEGARA, beberapa orang telah ditangkap kerana setelah diperiksa mereka didapati membawa bahan yang ada kaitan dengan ISA seperti topi, lencana dan banner.

Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. Setakat ini 23 orang telah ditangkap di sini termasuk 2 orang wanita.

Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

2.00 tengah hari: Di SOGO, 2 orang lelaki dari parti PKR ditangkap oleh polis kerana memakai lencana Mansuhkan ISA dan ia menimbulkan sedikit kekecohan. Pegawai Khas MB Kedah, Yusrin Zakri Adnan dan bapanya Hj Adnan Din ditahan polis. Orang ramai mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kira-kira 5,000 orang bertembung di Jalan TAR dan mula berarak ke Dataran Merdeka.

Di MASJID NEGARA, Ketua Polis Kuala Lumpur memberitahu bahawa setakat ini 157 orang telah ditangkap. Orang ramai mula berarak ke Dataran Merdeka dipimpin oleh Dr Hatta Ramli tetapi diminta bersurai oleh polis. Namun mereka meneruskan perjalanan. Kira-kira 5,000 orang sedak berarak.

Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. 3 orang lelaki telah ditangkap secara aneh oleh pasukan apabila mereka dikehendaki bergambar bersama T'shirt lambang ISA. Polis membuat benteng dan mengarahkan orang ramai segera beredar. Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

2.40 Petang: Di SOGO, orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek kini bergabung dengan orang ramai di depan kompleks Sogo menjadikan jumlah kesemuanya melebihi 50,000 orang. Malah ada menganggarkan kehadiran di semua lokasi memghampiri 100,000 orang. Jalan menghala ke Dataran Merdeka dikepung oleh pasukan polis dan mereka melepas gas pemedih mata.

Orang ramai yang berarak dari Masjid Negara yang ingin ke Dataran Merdeka juga dihalang oleh polis dengan gas pemedih mata.

Orang ramai kini berhimpun di tepi kompleks Pertama. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik dan Dr Syed Azman Syed Ahman Nawawi, Penasihat DAP Lim Kit Siang, pimpinan KeADILan Tian Chua dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim turut berada di sini.

Polis mula menyerbu dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menghalang orang ramai daripada berarak ke Dataran Merdeka. Orang ramai mula mencari perlindungan di bangunan Sogo dan MARA, sementara pihak polis menambahkan bilangan anggota dan kekuatan mereka. Trak-trak FRU dan trak water cannon berkawal di Stesen LRT Bandaraya.

4.30 Petang: Di depan SOGO, biarpun orang ramai tidak lagi berhimpun di situ, namun pasukan polis masih menempatkan trak water cannon dan unit gas pemedih mata di situ. Bagaimanapun tangkapan tidak lagi dibuat.

Orang ramai kebanyakan telah beralih lokasi ke depan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di mana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberikan ucapan dan mengadakan sidang media.

Polis turut berkawal di Jalan Raja Laut dan membuat semburan water cannon di hadapan Pejabat Agung PAS untuk menyuraikan orang ramai.

3.00 Petang: Di SOGO, 10 orang ditahan polis, hampir kesemuanya anggota Unit Amal PAS, termasuk ketua Unit Amal PAS Pahang. Peguam PKR Sivarasa Rasiah turut ditangkap polis.

Orang ramai dari Masjid Negara dikepung oleh FRU di bulatan Jalan Parlimen.

Orang ramai kini mula berhimpun di depan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dan pimpinan PAS memberikan ucapan.

Dataran Merdeka dipenuhi oleh anggota polis dan petugas-petugas media.

sumber : Harakah Daily online

http://www.harakahdaily.net/


marilah kita bersama-sama berzikir kepada ALlah

belajarlah UTAMAkan hak ALLAH S.W.T

isteri solehah

[Copy+of+DSC01027.JPG] Carilah bakal isteri yang beragama, baik akhlaq dan budi pekertinya, ber'amal soleh, menutup aurad, murah maharnya dan menjaga kehormatannya.

Isteri adalah teman kita sepanjang hayat dan menjadi ibu dan pendidik kepada zuriat kita, oleh berhati-hatilah apabila mencari calon isteri.

Jika isteri seorang yang solehah, maka akan terbinalah baiti jannati.

Sunday, May 17, 2009

Kita dan Pilihanraya

Berjumpa dengan ramai orang,maka berbagai-bagailah cerita dan kisah.Orang tua atau orang lama dengan cerita dan kisah-kisah mereka,manakala orang muda dengan cerita dan kisah-kisah mereka.Kadang-kadang ada yang masuk 'aqal dan ada yang boleh masuk bakul.Walau apapun sembang-sembang denga orang lama dapatlah sedikit sebanyak petua-petua yang dapat dimanfaatkan buat bekal hari mendatang.

Tapi,apabila diperpanjangkan sikit sembang-sembang sampai ke cerita pilihanraya ada perbezaan sikit,bagi kita yang dah lama berada dalam suasana berpolitik rasanya agak pelik ada segelintir dari kita baik orang lama maupun orang muda tidak berapa suka atau dengan kata lain kata mereka pilihanraya,politik sama saja siapa yang menang dan siapa yang kalah.Siapa-siapa yang menang dan dapat memerintah kita masih macam ini juga,tiada sebarang perubahan pun.

Sebenarnya masaalah pilihanraya dan politik ini,sekiranya nak difahami kita haruslah belajar untuk memehaminya,jangan mengikut apa yang dikatakan oleh orang yang tidak faham apa itu pilihanraya dan politik.

Kita selalu mengatakan amalan pilihanraya dan politik adalah sistem sekular dari barat dan tiada dalam islam.Sebenarnya fikiran kita sudah dapat dipesong oleh orang kafir barat yang mengatakan agama dan politik tidak boleh bersama.Agama suku dan politik suku adalah amalan pengganut kristian,mereka memisahkan politik dan agama,paderi-paderi mereka hanya berkuasa didalam gereja sahaja,manakala pemerintahan negara diserahkan secara total kepada ahli politik.

Ada dikalangan kita mengatakan politik itu kotor tidak boleh dicampur aduk dengan amalan agama,persoalan kita mengapa dan kenapa politik itu kotor?Politik itu kotor kerana telah sekian lama dicemari oleh ahli-ahli politik yang tidak islamik dan merekalah sebenarnya yang mengotorkan sistem politik itu.

Kita perhatikan sekarang ini siapa ahli-ahli politik yang mengotorkan sistem politik yang sedia ada,mereka adalah dikalangan yang tidak ada pendidikan agama,yang tidak memehami agama oleh kerana itulah sistem politik ini menjadi kotor oleh tangan-tangan mereka dengan rasuah,perebutan kuasa,fitnah menfitnah,menjatuhkan maruah kawan dan lawan dan bermacam-macam lagi mainan kotor mereka.

Itulah sebabnya sekarang ini banyak para ilmuan islam sudah bergabung dalam arena politik ini dengan tujuan untuk menyucikan kembali politik yang kotor ini kepada satu sistem politik yang beroriantasikan islam dan semoga ia dapat berjalan dengan lunas-lunas islam yang diharuskan oleh ALlah dan Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya apapun kalau kita salah guna ia,akan menjadi kotor,tapi kalau kita islamkan ia maka ia akan menjadi baik dan elok.Semuanya terletek atas diri dan niat kita.

Kalau kita berkecimpung dalam politik,tidak ada niat untuk merasuah,menfitnah,melobi,menjatuhkan maruah seseorang dan sebagainya dengan niat kerana ALlah dan untuk mengembalikan sistem politik itu kearah satu sistem yang diredhai oleh ALlah,maka akan terlihatlah pilihanraya dan politik itu baik segalanya.

Maka disitu tidak timbul lompat parti,rampasan kuasa,pemerintahan haram dan sebagainya.

Harapan kita tidak kiralah siapapun yang bergelar ahli politik maka hendaklah berpolit dengan mengikut lunas-lunas islam bukannya mengikut lunas-lunas kafir barat.Semoga denga itu tidaklah lagi orang-orang tuala atau lama serta orang-orang muda kembali berpolitik kerana tiada lagi politik kotor.

Kalau kita tidak mengislamkan politik itu,maka sampai kiamatpun politik itu akan kelihatan kotor dan kita sememangnya kena menolak politik kotor,yang kita hendak adalah politik islam.


Makanan Halal.


http://ejon.fzone.com.my/koleksi-gambar-makanan/Makan dan minumlah dari sumber yang halal lagi
http://primadonnaz.blogspot.com/2008/09/blog-post_15.htmlbaik.Waspadalah sekarang ini banyak terdapat makanan yang tidak halal dan makan yang bercampur dengan bahan-bahan yang haram.Pastikan kita membeli makanan atau bahan rempah ratus dan perencah makanan adalah dari hasil buatan orang-orang islam.Juga kicap dan sos dari buatan orang islam.

Banyak sekarang ini kicap,sos dan rempah-rempah kari yang dikeluarkan oleh orang-orang islam,mengapa perlu mencari dan membeli yang bukan buatan orang-orang islam?

Cuba kita fikir,adakah orang-orang bukan islam suka mencari dan membeli hasil keluaran orang-orang islam?Mereka sama-sekali tidak akan membeli baranngan buatan muslim.Kalau kita tidak membantu untuk membeli barangan keluaran orang muslim siapa lagi yang akan membelinya?

Sehingga hari ini sudah berapa juta ringgit kita berbelanja untuk membeli barangan orang-orang kafir?Dan sehingga hari ini berapa ringgitkah sudah kita berusaha untuk membeli barangan buatan keluaran orang-orang islam?

Masaalahnya,segelintir dari kita yang sudah berfahaman islam pun masih suka memberi barangan buatan orang-orang kafir.Berapa ramai dikalangan kita yang sudah bertekad untuk menggunakan semua barangan yang kita guna pakai seharian dari barangan keluaran orang muslim?

Sudahkah kita menggunakan sabun mandi,sabun mencuci pakaian dan mencuci pinggan mangkuk,shampoo,ubat gigi butan orang islam?Sudahkah kita menggunakan kicap,sos,perencah makanan,serbuk kari,minuman berkabonat,minuman bercoklat,kopi,penapis air dari buatan orang muslim?

Seringkali kita bercakap hebat tentang politik islam,pakaian islam,mengatur masjid dan surau mengikuti kelas-kelas pengajian ataupun mengajar ilmu-ilmu agama,maupun yang bergelar haji,hajah,ustaz,ustazah ataupun yang bergelar tok guru dan tuan guru kadang-kadang terlepas pandang beli juga rempah kari atau pun terminum juga kopi buatan orang bukan islam.

Alasannya,serbuk kari orang melayu tak sedap,kopi melayu tak kaw,kicap dan sos melayu rasa tak ok dan bermacam-macam alasan lagi.Dan yang menyedihkan lagi ada dibeberapa taman perumahan yang majoritinya komoniti muslim melayu,ada kedai orang melayu muslim tidak dapat bertahan lama sedangkan kedai orang bukan islam terus hidup dan bertambah maju.Siapa yang membeli dikedai-kedai mereka?Tidak lain dan tidak bukan orang melayu islam yang membelinya.

Ada juga dikalangan kita apabila melihat saudara-saudara kita membuka kedai,tidak kiralah samaada kedai makan atau kedai barang runcit,katanya berapa hari saja tu,tak lama aih lepas ni .........

Itulah hakikatnya,sama-samalah kita renungkannya.


AURAD


http://farm4.static.flickr.com/3027/2492016178_10589a1fd6.jpg

Menutup AURAD adalah wajib bagi lelaki dan permpuan.Tapi ada kalanya menutup aurad pun ada gaya dan fesyennya.Rasanya bukan tidak boleh bergaya dan berfesyen,tapi kita takut sekiranya bergaya dan berfesyen itu akan lari dari perintah menutup aurad yang disarankan oleh ALlah dan Rasulullah s.a.w.

Kita melihat sekarang ada yang memakai tudung,tapi tudung itu sekadar muat dekat kepala saja,ada juga pakai tudung habis diberit kepala dan leher,ada juga memakai tudung tapi dipadankan dengan baju T sendat dan seluar track sendat dan yang lebih memalukan pakai tudung dikenaka dengan t-shirt sendat dan pendek sehingga nampak pusatnya.

Tepuk dada tanya fikiran,betulkah aku ni menutup aurad?

KEAJAIBAN NOMBOR DALAM AL-QURAN


Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

Dialog Imam al-Ghazali bersama anak-anak muridnya.

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?

3. Apa yang paling besar di dunia ?

4. Apa yang paling berat di dunia ?

5. Apa yang paling ringan di dunia ?

6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya....

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya". Imam
Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa
setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua....

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab
"Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi
yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita
tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini
dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....

"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah, "Gunung,
bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang
paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang
menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang
amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata
Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat
kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia
selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



MAKANAN KEKACANG

Makanan kekacang terutama kacang pistachio mengandungi sejenis bahan spt magnesium, asid folik yang penting untuk pertumbuhan otak kita di samping mengandungi protein tinggi.Makanlah kacang pistachio dan kacang-kacang lain juga boleh diamalkan.


MINUM AIR YANG ADA SEMUT MATI

Di dalam badan / mulut semut mengandungi sejenis enzim yang apabila kita makan akan memberi kesan terhadap sistem saraf otak, terutama sekali saraf pembelajaran dan hafalan. Enzim ini yang diistilahkan 'racun' pada semut. Kalau boleh elakkan dari terminum air atau termakan makanan yang ada semut.


MAKAN KEPALA IKAN

Sebenarnya makan kepala ikan tidak salah atau memudaratkan cuma elakkan

makan OTAK ikan. Otak ikan adalah segumpal daging berwarna putih atau putih kemerahan yang terletak didalam tengkorak ikan. Untuk memakannya seseorang itu perlu menggoncang atau mengetuk tulang tengkorak tersebut hingga otak itu keluar.

Mudarat otak ikan adalah sama dengan kes semut tadi cuma lebih berat lagi, bahan dalam otak ikan ini boleh mematikan saraf otak kita. Ikutlah pesanan Rasulullah ketika hendak memilih makanan atau hendak makan...


Ayat-ayat al-Qur'an untuk diamalkan.

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah


1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH

Langkah 1 :
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

SUBHANA'LLAH
ALHAMDULI'LLAH
LAA I LAAHA ILLA'LLAH
ALLAHU AKBAR
ASTAGHFIRU'LLAH
LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:

Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan



SOLAT- agenda utama dalam proses mendidik


"BELAJAR rajin-rajin nak. Ayah, tak ada harta. Ilmu adalah harta
paling berharga yang abah boleh tinggalkan kepada anak-anak." Pesan
ayah itu adalah motivasi paling berkesan kepada saya hingga hari
ini, terutama selepas mempunyai anak.

Arwah ayah dan arwah emak dalam kepayahan hidup sentiasa berkorban dan
berusaha untuk mendidik kami adik beradik. Pilu mengingatkan
bagaimana ayah yang hanya berpendapatan kecil, menoreh demi menampung perbelanjaan
harian.
Rumah kami seringkali dibasahi air hujan kerana atapnya bocor sana sini. Apa yang ada, hanya
keperluan asas. Ayah sering mengingatkan kami supaya tidak
membazir duit dan sentiasa mendahulukan apa yang lebih penting.

Pengorbanan tinggi ibu bapa kita mungkin juga dapat
dirasakan oleh pembaca. Kita mesti sentiasa menghargai jasa ibu
bapa. Siapalah kita tanpa pengorbanan besar mereka.

Sebagai orang Islam, konsep pengorbanan banyak diajar kepada kita,
terutama dalam kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sebagai ibu bapa
serta Nabi Ismail sebagai anak yang patuh dan taat pada Allah.

Setiap ibu bapa mesti gembira apabila mendapat rezeki berupa anak.
Allah menceritakan dalam al-Quran bagaimana Nabi Ibrahim apabila
diberi khabar oleh malaikat bahawa Allah akan mengurniakan seorang
anak lelaki, baginda menyatakan kegembiraannya dengan mengucapkan
selamat sejahtera. Hal ini seperti firman Allah bermaksud: "Dan
sesungguhnya telah datang utusan Kami kepada (Nabi) Ibrahim dengan
membawa khabar gembira, sambil mereka berkata: "Selamatlah!" Dia
menjawab: "Selamat!" (Surah Hud, ayat 69)

Kegembiraan ini mestilah disyukuri dengan menyiapkan diri dan
berusaha untuk menjadi ibu bapa yang berjaya mendidik anak yang taat
dan mendapat keredaan Allah. Tugas ini bukan sesuatu yang mudah dan
ia menuntut pengorbanan besar.

Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: "Setiap anak dilahirkan
secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi,
Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara pengorbanan ibu bapa adalah sentiasa menimba ilmu
keibubapaan, tidak kira pada peringkat mana umur anak-anak. Ilmu
sangat penting demi menjamin tarbiah anak dan kesejahteraan
keluarga. Ilmu dapat membantu ibu bapa untuk lebih peka kepada tahap
usia mereka. Ia juga kaedah paling berkesan dalam pendidikan dan
menangani masalah anak-anak. Mendalami ilmu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit.

Sejak dalam kandungan, ibu bapa banyak berkorban dengan menjaga
akhlak. Ibu mendapat makanan berkhasiat serta sentiasa berdoa kepada
Allah supaya anak dalam kandungan sihat dan menjadi anak soleh. Ayat
suci al-Quran dibaca supaya mereka sentiasa mendengar kalimah Allah
sejak dalam kandungan lagi.

Proses kelahiran dan menyusukan adalah pengorbanan yang tidak
terhingga oleh seorang ibu.

Ibu bapa berkewajipan memenuhi keperluan anak, baik berupa kebendaan mahupun kerohanian. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab ini. Dalam hal ini Rasulullah bersabda bermaksud: "Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa, apabila mensia-siakan orang yang menjadi tanggungan makan minumnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Hari ini selain bapa, ramai ibu yang keluar bekerja demi memenuhi
tuntutan ini. Bukan sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan demi
mendapat rezeki halal. Dalam kesibukan mencari rezeki, ibu bapa
tidak boleh memberi alasan membiarkan pendidikan agama dan rohani
anak.

Institusi sokongan seperti pusat asuhan kanak-kanak (taska), pusat
jagaan harian, taman didikan kanak-kanak (tadika), sekolah, pusat
pengajian al-Quran dan fardu ain adalah perkongsian pintar dalam
mencapai matlamat pendidikan anak-anak.

Ibu bapa perlu bijak dalam memilih institusi untuk menghantar anak
mereka. Pilihlah institusi yang menitikberatkan agama, terutama
solat kerana cara yang paling tepat mendidik anak-anak mengenal
Allah adalah dengan melatih mereka mengerjakan sembahyang.

Pentingnya solat sebagai jalan untuk menjadikan manusia tunduk
kepada Allah, maka Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar diri dan
keturunannya dijadikan sebagai orang yang tetap menegakkan solat.
Hal ini dirakamkan dalam firman Allah bermaksud: "Wahai tuhanku,
jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan (begitu juga) anak
cucuku, wahai tuhan kami, terimalah doaku."(Surah Ibrahim, ayat 40)

Begitu juga, bijaksana Islam terkenal, Luqman Al-Hakim, salah satu
wasiat kepada anak seperti disebut dalam al-Quran bermaksud: "Hai
anakku, dirikanlah solat..." (Surah Luqman, ayat 17)

Dengan ini sewajarnya ibu bapa menjadikan solat sebagai pilihan
utama untuk mendidik anak berakidah tauhid. Mereka mestilah terlebih
dulu mendirikan solat dan sentiasa berbincang serta meneruskan
kesinambungan pentarbiahan anak di rumah. Mereka tidak seharusnya
menyerahkan tugas ini seratus peratus kepada pengasuh atau guru saja.

Anak hendaklah dilayan dengan penuh kasih sayang. Untuk itu, ibu
bapa mesti terlebih dulu membaiki akhlak supaya anak sentiasa
dilihatkan dengan pekerti mulia. Insya-Allah mereka akan terdorong
untuk mencontohi ibu bapa berakhlak mulia.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Allah memberi rahmat kepada ayah
yang membantu anaknya untuk berbakti kepada-Nya." (Hadis riwayat Abu
Shaikh)

Dalam hal ini, Allah memberi petunjuk supaya ibu bapa tidak mudah
marah dan hendaklah gemar memaafkan kekeliruan anak mereka. Firman
Allah bermaksud: "Dan orang yang menahan marah serta memaafkan orang
lain dan Allah mencintai orang yang berlaku baik." (Surah Ali Imran,
ayat 134)

Proses pentarbiahan anak mengambil masa panjang dan tentu menuntut
ibu bapa untuk istiqamah dalam apa juga bentuk pengorbanan yang
dilakukan, di samping terus berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Wahai tuhan kami, anugerahkan kepada kami
daripada isteri dan keturunan kami perkara yang menyenangkan hati
melihatnya dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa."
(Surah al-Furqan, ayat 74)

Setiap pengorbanan juga menuntut kita supaya melakukan perubahan
bermula dengan diri sendiri setiap hari. Sebagai ibu bapa, kita
mestilah sentiasa berusaha untuk menjadi contoh kepada anak. Ia
adalah kunci kejayaan dalam melahirkan anak yang soleh.


wallahua'lam

HARGAILAH ISTERI ANDA...

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


PEREMPUAN DAN BUNGA



Adakah nampak ada perempuan dalam gambar bunga ni? Cuba tengok betul-betul tapi tidak sesuai pada mereka yang ada sakit jantung.. hohoho

20 PERKARA MENYEBABKAN JADI PAPA

1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...
6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
11. Selalu makan ketika hadas besar...
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14. Bersifat bakhil...
15. Sentiasa tidur telanjang...
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17. Menjahit pakaian di badan...
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25. Menyapu sampah di waktu malam...
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27. Selalu membakar kulit bawang...
























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































b












































































Tuesday, March 31, 2009

Pilihan yang tepat

Pengundi DUN Bukit Selambau hendaklah memilih calon yang tepat yang mendokong aspirasi rakyat,yang ingin membawa semua rakyat ke satu era baru,mengubah nasib semua rakyat tidak kira Melayu,Cina atau India.

Selama ini kita omok dengan pelbagai bentuk tipu daya,pembohongan,rasuah,tipu duit rakyat,menzalimi rakyat,menindas dan sebagainya.Sedar tak sedar dah beberapa puluhan tahun semenjak kita mencapai kemerdekaan kita ditipu oleh BN.Apakah kita mahu ditipu lagi pada kali ini?Sekiranya kita tidak mahu ditipu,dizalim,ditindas dan sebagainya,marilah pada hari pembuangan undi pada 7 haribulan April ini kita membuat satu perubahan yang drsatik menolak BN dan konco-konconya.

Harapan kita semoga pemerintahan korup BN dan pakatannya hancur musnah dan lenyap terus diatas muka bumi ini.Kerana apa kita mengharapkan sebegitu? Tidak lain dan tidak bukan selama ini kita ditipu dan dizalimi dan ditindas oleh mereka dan mereka biarkan kita merempat miskin papa kedana.Yang menjadi kaya raya ialah adk beradik dan kroni-kroni mereka.Kita apa yang dapat?

Mereka pembohongi kita dengan berbagai slogan,hakikatnya mereka yang senang kekayaan lenang,mereka meraih dam membahagikan kekayaan negaga seama mereka.

Harapan kita semoga selepas ini akan muncul Malaysia Baru yang adil dan membela rakyat dan agama.

Kepada pengundi di DUN Bukit Selambau pilihlah kepada calon Pakatan Rakyat yang akan membawa pembaharuan kepada Malaysia.

Hancur UMNO dan sekutunya. Takbir.ALlahu Akbar.

Tuesday, March 24, 2009

Pilihanraya Mai Lagi

Oleh kerana kebobrokkan dan kepincangan pemerintah yang sedia ada, maka berlakulah pilihanraya kecil di tiga bukit dan satu batang di Serawak. Rakyat awam banyak menyalahkan pemerintah yang berkuasa sekarang ini menyebabkan pilihanraya kecil ini berlaku.Kenapa,sebab apa,bagaimana tanyalah kepada orang yang arif.

Oleh kerana pilihanraya ini tetap akan berlaku,maka kita sebagai rakyat yang menyokong berbagai parti yang sedia ada dan ditokok tambah dengan parti-parti bebas yang baru ujud,terpaksalah bekerja keras sekali lagi.Kita terpaksa menghabiskan tenaga,wang ringgit dan sebagainya.Bagi pihak pemerintah terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit bagi tujuan ini.Kita lihat semasa berlakunya pilihanraya di Kuala Terangganu,kerajaan menghabiskan jutaan ringgit.

Bagi parti pembangkang dan bebas pula tentulah amat sukar untuk menyediakan jutaan ringgit,tapi oleh kerana terpaksa,maka mereka tetap akan mencari juga dana ringgit ini untuk terus berjuang bagi menegakkan matlamat yang diperjuangkan,tidak tahulah calon bebas memperjuangkan apa.

Apabila berlakunya pilihanraya,maka parti yang memerintah terpaksa melakukan sesuatu demi sesuatu untuk memenangkan calon mereka,maka akhbar utama dan alternatif parti pembangkang terpaksa mereka gantung.Selain itu mereka juga menggunakan polis untuk memusuhi rakyat awam.Ini berlaku apabila ketua pembangkang sedang berucap di Sungai Petani,Kedah pada 25hb.Mac lalu.Malam tu mereka menangkap orang-orang yang tidak bersalah yang hanya datang semata-mata untuk mendengar ceramah bukan nak merusuh.

Belumpun sempat ketua pembangkang berucap,pihak polis telah melepaskan water cannon dan gas pemedih mata.Water cannon kalau kena habis gatal badan dan gas pemedih mata pula kena asap dia sikit pun teramatlah pedihnya sehingga merambu ayaq mata,tak kira kecil besar tua dan muda semua kena.

Pihak polis pula setelah menerima arahan dari ketua mereka,mereka pun sudah tidak mengira siapa yang berhadapan dengan mereka,mereka tidak kenal lagi ayah dan emak mereka,mereka tidak kenal pak cik dan mak cik mereka,mereka tidak kenal anak dan isteri mereka,mereka tidak kenal datuk dan tok wan mereka,mereka tidak kenal pak mat dan makcik aisyah seterusnya mereka tidak kenal orang-orang kampong mereka.

Bayangkan yang pergi untuk mendengar ceramah itu adalah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik,ada yang pergi membawa anak-anak kecil,tok wan-tok wan yang sudah tua dan uzur yang tidak kuat berlari,ada yang pergi dengan hanya memakai kain pelikat dan bukannya membawa apa-apa senjatapun.

Tapi mereka tidak ambil kira ini semua,demi untuk memenuhi nafsu mereka,mereka sanggup lakukan apa saja.Ingatlah kehebatan dan kemegahan kita,keangkohan,darjat,jawatan semuanya ini tidak kekal,akhirnya kita semua akan pencen dan akan pulang bertemu atau duduk sekampong dengan orang-orang kampong yang satu masa dulu kita lakukan macam-macam terhadap mereka.Tidak malukah kita,nak letak muka dekat mana,yang satu masa dulu kita tumbuk mereka,kita terajang mereka dan macam-macam lagi kita lakukan.

Ingatlah sapapun tidak akan kekal abadi atas muka bumi ini,semua akan mati.Hebat setara anapun kita,akhirnya akan mati.Dunia ini sementara saja.Apabila usia dah tua,khudrat dah tiada sapa-sapa pun boleh mai penampaq,tumbuk,terajang kita,ya la dulu kita hebat sangat buat macam-macam dekat orang,apabila dah tua orang dah tidak hormat dekat kita yang dulu kita buat kurang ajar dengan mereka,tambah dekat orang kampong.

Ingatlah kita orang melayu dan orang Islam,ALlah melihat apa yang sedang kita lakukan,doa orang yang kena zalim didengar oleh ALlah.Kecualilah orang melayu yang tidak mengaku dirinya orang Islam.

Bagi orangmelayu Islam,orang India samaada Muslim atau Hindu,orang cina Muslim atau tidak,orang siam muslim atau tidak,marilah kita bersama-sama menjatuhkan tiga bukit ini dan satu batang ini dan kita bagi mandat pemerintahan ini kepada orang-orang yang adil dan tidak menzalimi kita.

Sebenarnya kita semua adalah bersaudara selagi mana kita tidak melakukan sesuatu yang tidak bercannggah dengan agama masing-masing.

mai pakat-pakat tolak BN.

Sunday, March 8, 2009

Maulidul Rasul s.a.w

Esok seluruh dunia menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini disambut juga oleh negara kita,maka diawal-awal pagi maka akan adanya perarakan besar-besaran bagi memrai dan memeriahkan acara sambutan tersebut.

Maka akan kelihatanlah pembesar-pembesar negara dengan sut melayu beserta sampin dan berkopiah hitam yang akan mendahului perarakan.Nampak gah dan murninya pemimpin-pemimpin kita mempertahankan syiar Islam dan betapa mulia dan murninya negara kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang masih mencintai Rasulullah s.a.w.

Tetapi sejauh manakah para pimpinan kita ini mempertahan dan meng'amalkan sunnah Nabi s.a.w ?Adakah mereka memerintah negara dengan cara Nabi besar kita?Adakah mereka meng'amalkan sunnah Nabi serta mengikut hukum hakam yang diperintahkan oleh ALlah?Adakah akhlaq-akhlaq mereka serupa dengan akhlaq Nabi s.a.w ?

Dalam masa yang sama adakah mereka memperjuangkan dan mempertahankan kesucian agama Islam ?Memperjuangkan sunnah dan syariatkah kalau didapati sebahagian isteri-isteri mereka masih tidak menutup aurad,nasih boleh bersalam dengan lelaki dan wanita yang bukan muhrim,masih memakai pakaian yang menjolok mata dan lain-laian lagi yang bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w.

Mereka,dalam masa yang sama mengtakan hukum Islam tidak dapat dipraktikkan kerana hukum Islam adalah hukum yang sudah lapuk,kalau diamalkan juga habis tangan-tangan kena potong dan hukum menutup kepala bagi orang perempuan tidak sesuai di Malaysia ia hanya sesuai di negara-negara Arab.Dalam masa yang sama juga mereka mempermainkan hukum ALlah dan sunnah Nabi s.a.w dengan hanya menga'malkan apa menguntungkan mereka dan meninggalkan apa yang merugikan mereka.

Sebenarnya mereka hanya beriman separuh kitab dan kuruf dengan sebahagian yang lain.

Mereka mengISAkan para-para Ulama,tok-tok guru dan para ustaz seterusnya para pejuang Agama ALlah.Mereka menggunakan cota,gas pemedih mata dan air kimia apabila berhadapan dengan pejuang-pejuang Agama ALlah yang sebangsa dengan mereka dan seagama dengan mereka.

Mereka melaungkan selawat keatas Nabi dalam masa yang sama merekalah penentang amalam Nabi dan perintah ALlah,sebenarnya ALlah maha mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah.

Doa dan harapan kita semoga negara kita ini dapat dipegang oleh tangan-tangan para solehin dan para pecinta agama ALlah.

Saturday, February 21, 2009

Kebesaran Ilahi

smile_comment_graphic_04

Indah,kan?

Allah me’refresh, ketika hambaNya benar-benar memerlukan. tQ, Allah .

Sekadar kisah untuk dijadikan teladan.untuk difikir-fikirkan..


red-carpetsmall_reduced_color

Fikirkan 1

Menjadi yang dibanggakan. Bila ditakdir ramah menjadi hiasan. Senyum menjadi ukiran kekal.

I feel oh so glamorous, looking super fabulous

Ditakdirkan dengan nama itu. Bila pula diuji dgn rupa.

Sometimes I'm insecure, something I can't ignore

Bukanlah cantik.Tarikan yang tak diundang, entah mana datangnya.

I'm just the girl next door, I can hear the rumors take all...

Langkah yakin. Salam beretika. Senyuman mesra. Sapaan hormat.

All the girls in the club got their eyes on her
She can tell by the look that they want to be
Be at the top, top like that

Baik dan sopan sungguh. Bagus kalau anak-anak kita macam tu.

But it's not, not, no it's not like that
No its not, not not my world.

Kadangkala, kita tiada kuasa untuk menahan atau menidak persepsi sekeliling. Tiada kuasa untuk kita menahan kata puja dan suara bangga semua. Unsur-unsur inilah yang menjadi ujian. Pada kitalah semua perkara itu, dinilai ibadah atau harganya dunia semata. Di mana niat kita? Larutkah kita dengan pujian dan sanjungan dunia? Bukankah kesenangan dan kemewahan itu juga ujian? Tepuk dada tanya iman. Belum lagi tentu disanjung penghuni langit.

mata

mata yang memandang itu
mentafsirkan ribuan makna.
mata yang memandang itu
boleh mengundang ribuan kebaikkan.
mata yang memandang itu
juga boleh mengundang ribuan kehancuran.
oleh itu
jagalah mata.

Di manakah kita

Sekiranya kita ada banyak masa untuk kita luangkan di luar dari tempat kita bekerja atau kita luangkan sedikit masa keluar dari rumah kita bagi kita-kita yang tidak bekerja,tidak kiralah dengan apa kita luangkan masa kita itu,rasanya lebih baik kalau kita pusing-pusing sekitarnya dengan menunggang motor kapchai.

Dengan motor kapchai,kita lebih selesa untuk memasuki jalan-jalan sempit atau lorong-lorong kecil menjelajah dan meiqmati panorama indah Malaysia tanahiar kita kah?Atau tanahair orang,kitakah pendatangnya?

Banyak tanda tanya siapakah kita dan di manakah kita,di Malaysiakah atau di negara orang.Mengapa dan kenapa banyak soalan-soalan itu timbul,ini oleh kerana kalau kita amati dan dengari,ada sahabat-sahabat di Kuala Lumpur mengatakan tidak berani untuk ke Chow Kid pada hari ahad,kenapa,kerana pada hari ahad khabarnya Chow Kid sudah menjadi pasar Indonesia.

Manakala ada yang menceritakan disekitar Bukit Bintang,rata-rata dipenuhi dengan warga asing,cuma segelintir warga tempatan.Ada sahabat yang mengamati sikon ini,katanya mari kita perhatikan secara rambang keadaan di tanah air kita ini,katanya perhatikan di sektor industri atau kata lain di kilang-kilang,apa yang kita nampak ialah warga Indonesia dan disulami dengan warga Vietnam,manakala disektor pembinaan juga kedapatan warga Indonesia,kita amati lagi dirumah-rumah kita atau sahabat-sahabat kita atau dirumah keluarga kita,siapa amah dan bibiknya,tidak lain dan tidak bukan warga Indonesia.

Setelah itu,kita amati pula di kaca-kaca tv dinegara kita ini,dari awal pagi hingga larut malam,filem dan cerita dari negara mana yang banyak ditayang?Tidak lain dan tidak bukan semuanya dari seberang,Indonesia.Jadi,sekiranya nanti apabila kita-kita pulang dari kerja dan mendapati anak-anak kita sudah tidak boleh bertutur dalam bahasa kita,dan petah bertutur dalam bahasa Indonesia,jangan kaget kerana sememangnya kita sudah ditawan oleh Indonesia.

Sekarang kita perhatikan pula sebahagian sektor perkilangan,kebanyakkannya dipenuhi dengan warga Bangladesh dan sedikit disulami dengan warga Vietnam.Kita beralih pula kesektor perniagaan karpet,kita dapati kebanyakkannya dimonopoli oleh warga Pakistan.Dan sekarang ini ada warga tempatan sudah menjadikan warga Bangladesh dan Pakistan sebagai teman hidup.

Jadi dimanakah kita sebenarnya berada sekarang ini?Ini tidak kita kira dengan kaum cina yang menguasai empayar perniagaan-perniagaan gergasi yang sudah sekian lama dan ditambah pula dengan kaum India Muslim yang menguasai empayar perniagaan gedung-gedung kain,rempah ratus dan restauran nasi kandar.

Melayu,di Tanah Melayukah kita?

Fantasi oh fantasia

Zaman dulu kitan seringkali mendengar lagu Fantasia Bulan Madu di corong-corong radio ,maka apabila kita mendengar lagu itu,maka kita pun terawang-awangan seolah-olah kita terawang-rawang diangkasa tidak berpijak diatas bumi.

Mutakhir ini,kita dihidangkan pula denga ratusan barangkali program-program fantasi @ fantasia.Mari kita hitung sama-sama fantasi @ fantasia yang dihadangkan pada kita yang kebanyakkan semuanya kearah hiburan semata-mata.
1. Akedemi Fantasia
2.One In a Million
3.GangStarz
4.Raja lawak
5.My Starz LG
6.Idola kecil
7.Bintang RTM
8.Malaysian Idol

Rasa-rasanya banyak lagi yang terdapat tetapi tidak dapat dicari.Persoalannya,apakah ini yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin kita generasi yang akan menggantikan tempat mereka untuk memacu negara?

Kemana hala dan arah tuju generasi Melayu kita kalau inilah yang di didik dan di tanam dalam membentuk peribadi dan akhlaq remaja kita.

Kepada semua ibu bapa,ambillah iktibar dengan apa yang berlaku dinegara-negara barat yang anak-anak sudah tidak menghormati ibu bapa,akhlaq yang rosak,institrusi keluarga yang punah ranah dan macam-macam lagi perkara buruk yanmg telah berlaku disana.

Apakah kita yang mengaku pewaris para Nabi ini akan satu masa nanti menjadi pewaris para jahiliyyah?

Kita saban hari tertipu dengan orang kafir.

Sedarkah kita,atau ambil sambil lewa kita terhadap semua jenis bahan dan barang makanan yang dijual oleh peniaga muslim dan non muslim kepada kita?Tanpa kita sedari saban hari kita dihidangkan dengan bahan-bahan makanan yang diragui halalnya.

Apabila kita menjejaki supermarket atau mini market maupun kedai runcit apa yang kita perhatikan deretan barang makan dari makanan ringan yang disukai kanak-kanak maupun makanan yang kita perlukan seperti barang makanan dalam tin semuanya dikeluarkan atau dengan mudah kata dibuat oleh orang-orang bukan Islam.

Tahukah kita setakat mana barang-barang atau makanan tersebut jelas halal dan bersihnya?Adakah mereka orang bukan Islam yang membuat bahan makanan tersebut tahu hukum halal dan haramnya sesuatu bahan yang dimasukkan?

Katakanlah mereka tahu bahawa sesuatu bahan yang mereka masukan itu haram dimakan oleh orang Islam,adakah mereka tidak akan memasukkannya?Sekiranya mereka ikhlas,tahu bahawa bahan-bahan tersebut haram dimakan oleh orang Islam,mengapa sampai sekarang masih ada kajian yang mendapati ada makanan yang dibuat oleh mereka didalamnya ada bahan-bahan yang haram dimakan oleh orang Islam.

Contoh yang saya dapati dari e mail yang dihantar beserta gambar ialah minuman susu kacang soya keluaran drinho didapati didalamnya terdapat usus haiwan,usus haiwan apakah itu?Dan yang terbaharu ialah ada bahan yang haram didalam makanan ringan kek appolo.

Dulu kita baru saja dikejutkan dengan bihun yang dibuat berdekatan dengan kandang babi,yang dilebel nama syarikat dengan nama zakaria dan anak-anak.

Sekiranya kita rajin meneliti dan mencari masih ada barang makanan yang dibuat oleh orang-orang bukan Islam yang dipasarkan untuk orang Islam mengandungi bahan yang haram dimakan oleh orang-orang Islam,seperti sardin dalam tin,mee kuning dan keow tiew basah,mee sanggol,kicap dan sos dan mungkin serbuk rempah kari.

Oleh yang demikian itu,marilah kita sama-sama renung dan memikirkannya,sampai hari ini dah banyak mana makan yang haram telah memasuki kedalam perut kita.
Marilah kita membeli barang-barang keluaran orang Islam,yang mana sekarang ini terdapat banyak barang-barang keluaran bumiputera Muslim seperti kicap dan sos,rempah-rempah kari,serbuk kopi,mee dan keow tiew dan banyak lagi yang kita kena cari demi menjamin bahan-bahan halal sahaja yang memasuki kedalam tubuh badan kita.

Sampai bila kita akan tertipu dan ditipu?

Thursday, February 12, 2009

Yaumul Khizyi

Hari itu semua menyaksikan
Sosok tubuhku menggeletar


Hari itu semua menyaksikan
Sosok tubuhku menggeletar
Ku lihat..
Gunung-ganang yang berteriak
Matahari yang menangis
Bulan yang tiada ketentuan
Kelam kabut
Tak tentu arah

Angin taufan mencercaku;
"Engkau si penderhaka!"
Ku lihat langit sedang marah
Di humban segala kilat
Lalu dihunus padaku tombaknya yang gagah
Di hempap kepalaku
Dengan siksaan yang amat dahsyat

Aku merayu kesakitan
Namun rayuanku tidak bererti
Sejenak pokok-pokok yang hidup itu
Datang kepadaku lalu mencaci;
"Engkau si penderhaka!"
Ku ambil sejuta langkah
Namun selangkah sahaja mereka bisa mencarikku

Ku lihat gerbang-gerbang itu langsung ditutup
Sebaik sahaja melihat kelibatku
Mereka mempersendakanku
Aku langsung diheret
Disiksa tanpa belas kasihan
Air mataku jatuh mengatasi laut dan badai
Bak air mata Adam
Sewaktu dihumban ke ciruk dunia..

Langit itu sangat mengecewakan
Bintang itu sangat memedihkan
Matahari itu sangat menyakitkan
Tiada siapa menyebelahiku
Tika penghakiman itu
Sungguh!
Aku tersiksa!
Sungguh!
Aku terkilan!

Aku merayu untuk dikembalikan
Ke dalam mimpi yang dulu
Namun tiada yang menghiraukan
Kerana mustahil aku akan menjumpai
Mimpi dulu untuk kali kedua..

Kalau dari dulu ku tahu ini adalah *yaumul khizyi
Yang harus ku lalui dengan begitu derita
Sungguh!
Akanku patuhi segala perintahMu
Tanpa risau akan penderitaan yang kuhadapi
Ketika bertemu denganMu kelak..

"Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad); "Benarkah (azab yang dijanjikan) itu?", katakanlah, "Ya, demi Tuhanku, sesungguhnya (azab) itu pasti benar dan kamu sekali-kali tidak dapat menghindar." (Yunus:53)

hari penghinaan


Setelah mengetahui Kerajaan Nabi Sulaiman bersama tentera-tenteranya berarak akan kunjung tiba, tentera-tentera semut semakin tidak tentu arah dan seekor ketua bagi semut mengarahkan pada semut-semut yang lain untuk masuk ke dalam sangkar mereka kerana takut mereka akan dipijak dan tempat tinggal mereka pula pasti akan hancur jika dipijak oleh Kerajaan Nabi Sulaiman (Surah an-Naml:18). Sedangkan mereka tidak punya akal, bukan?

Bercakap soal semut, saya sebenarnya sayang kepada semut. Tentu kamu pelik bukan? Masa dulu, meja tulis saya selalu didatangi semut sehingga saya sudah malas dan penat nak halau mereka, yelah kita tahu yang mereka tidak punya akal. Manalah mereka faham pun kalau saya halau mereka, kan?

Satu hari, sedang saya belajar, saya rasa betul-betul terganggu dengan rombongan-rombongan semut yang semakin bermaharajalela berkerumun di atas meja saya. Saya berasa rimas, dan tak mampu tumpukan perhatian untuk belajar. Tak kisah lah nak buat
party kah, bersuka ria kah, saya tak kisah. Tapi, janganlah sampai menganggu konsentrasi saya. Saya tak suka. Saya kira, semut-semut itu semakin berani nak tunjukkan belang mereka kepada saya. Mentang-mentanglah saya tak halau mereka, apatah lagi bunuh mereka. Saya sekali-kali memang tak sampai hati untuk membunuh semut-semut itu biarpun mereka sangatlah kecil.

Dengan ke'geram'an saya terhadap mereka itu tadi, saya mula menghalau mereka. Saya sapu meja saya menggunakan kertas. Banyak juga yang jatuh kat bawah meja. Saya kemudiannya memindahkan buku
Campbell Biology saya yang tebal itu di suatu sudut, agak dihujung tepi meja juga. Tanpa saya sedari, tekanan darah saya meningkat. Denyutan nadi saya meningkat juga. Sah, sympathetic nerve saya semakin aktif. Kalau kamu faham, tahniah. Haha.

Saya angkat kembali buku itu. Oh tidak! Saya membunuh mereka. Banyak semut di sudut itu. Saya tidak perasan mereka berkerumun di sana. Saya sangat sedih. Saya telah membunuh haiwan yang tidak berdosa. Saya dengan hati yang berat membersihkan meja saya. Saya sambung belajar dengan serba salah. Serius ni.

Fikiran dan konsentrasi saya beralih pula pada beberapa ekor semut. Di mana, 3 ekor semut sedang berjalan. Kemudian mereka terserempak dengan seekor 'mayat' semut di pertengahan jalan. Mereka berhenti. Dalam beberapa saat, mereka mengangkat 'mayat' itu dan meneruskan perjalanan mereka untuk tempat yang ingin dituju. Saya terpaku. Terkesima. Hati saya berdetik, bagaimana boleh mereka berkelakuan seperti itu sedangkan mereka tidak punya akal? Subhanallah..

Saya terbayangkan dengan kelakuan manusia sekarang. Walaupun kita diciptakan dengan fizikal dan akal yang sempurna, namun bagi saya kita tidak setanding dengan kasih sayang dan kerajinan semut. Walhal, mereka tidak punya akal. Saya sangat mengagumi semut. Sifat mereka yang saling bekerjasama tanpa kenal erti penat dan jemu. Saya selalu perhatikan mereka. Sehingga membuat hati saya terusik. Semakin memerhatikan mereka, hati saya semakin terusik dan seolah-olah mereka juga punya hati dan perasaan!

Saya menjadi semakin rindu pada telatah semut. Rumah saya sekarang tidak ada semut, kamu percaya atau tidak? Saya banyak belajar dari semut. Yalah, saya mengaku mungkin saya juga banyak terminum air yang bercampur dengan semut. Ish. Tapi, serius. Semut memang patut dijadikan contoh. Kadang kala, kita tidak boleh memandang rendah kepada yang lebih kecil dari kita, kerana barangkali mereka lebih mulia dari kita.

Cahaya kegembiraan kami


10 PERANGKAP SYAITAN

February 11th, 2008 by ana-musliemah85

10 PERANGKAP SYAITAN

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

4. Sifat khianat

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

6. Melalui sifat hasad

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

9. Melalui sifat suka berangan-angan

10. Melalui sifat buruk sangka

INFO FIQH:

INFO FIQH:

NIAT BAIK TIDAK DAPAT MELEPASKAN YANG HARAM

ISLAM memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundang-undangannya mahupun dalam seluruh pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas kerana Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari)

Niat yang baik itu dapat menggunakan seluruh yang mubah dan adat untuk berbakti dan taqarrub kepada Allah. Oleh kerana itu siapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan hidupnya dan memperkuat tubuh supaya dapat melaksanakan kewajibannya untuk berkhidmat kepada Allah dan ummatnya, maka makan dan minumnya itu dapat dinilai sebagai amal ibadah dan qurbah.

Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwatnya kepada isterinya dengan niat untuk mendapatkan anak, atau kerana menjaga diri dan keluarganya dari perbuatan maksiat, maka pelepasan syahwat tersebut dapat dinilai sebagai ibadah yang berhak mendapat pahala. Untuk itu pula, maka Rasulullah s.a.w. pernah menyabdakan:

"Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat kemudian bertanya: Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi: Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa? Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada yang halal, dia pun akan beroleh pahala." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam satu riwayat dikatakan: "Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Riwayat Thabarani)

Begitulah, setiap perbuatan mubah yang dikerjakan oleh seorang mu’min, di dalamnya terdapat unsur niat yang dapat mengalihkan perbuatan tersebut kepada ibadah.

Adapun masalah haram tetap dinilai haram, betapapun baik dan mulianya niat dan tujuan itu. Bagaimanapun baiknya rencana, selama dia itu tidak dibenarkan oleh Islam, maka selamanya yang haram itu tidak boleh dipakai alat untuk mencapai tujuan yang terpuji. Sebab Islam selamanya menginginkan tujuan yang suci dan caranya pun harus suci juga. Syariat Islam tidak membenarkan prinsip apa yang disebut al ghayah tubarrirul wasilah (untuk mencapai tujuan, cara apapun dibenarkan), atau suatu prinsip yang mengatakan: al-wushulu ilal haq bil khaudhi fil katsiri minal bathil (untuk dapat memperoleh sesuatu yang baik, boleh dilakukan dengan bergelimang dalam kebatilan). Bahkan yang ada adalah sebaliknya, setiap tujuan baik, harus dicapai dengan cara yang baik pula.

Oleh kerana itu, barangsiapa mengumpulkan wang yang diperoleh dengan jalan riba, maksiat, permainan haram, judi dan sebagainya yang dapat dikategorikan haram, dengan maksud untuk mendirikan masjid atau untuk terlaksananya rencana-rencana yang baik lainnya, maka tujuan baiknya tidak akan menjadi syafaat baginya, sehingga dengan demikian dosa haramnya itu dihapus. Haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat.

Demikian seperti apa yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana disabdakan: "Sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak mahu menerima kecuali yang baik pula. Allah pun memerintah kepada orang mu’min seperti halnya perintah kepada para Rasul."

Kemudian Rasulullah membacakan ayat: “Hai para Rasul! Makanlah dari yang baik-baik (halal) dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya aku Maha Mengetahui apa saja yang kamu perbuat.” (al-Mu’minun: 51)

“Hai orang-orang yang beriman! Makanlah dari barang-barang baik yang telah Kami berikan kepadamu.” (al-Baqarah: 172)

"Kemudian ada seorang laki-laki yang datanq dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: yaa rab, yaa rab (hai Tuhanku, hai Tuhanku), padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan barang yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu dikabulkan?" (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Dan sabdanya pula: "Barangsiapa mengumpulkan wang dari jalan yang haram kemudian dia sedekahkan harta itu, samasekali dia tidak akan beroleh pahala, bahkan dosanya akan menimpa dia " (Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)

Dan sabdanya pula: "Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia sedekahkan, bahawa sedekahnya itu akan diterima; dan kalau dia infaqkan tidak juga mendapat barakah; dan tidak pula ia tinggalkan di belakang punggungnya (sesudah ia meninggal), melainkan dia itu sebagai perbekalan ke neraka. Sesungguhnya Allah tidak akan menghapuskan kejahatan dengan kejahatan, tetapi kejahatan dapat dihapus dengan kebaikan. Kejelekan tidaklah dapat menghapuskan kejelekan." (Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Petikan dari: “Halal dan Haram”: Yusuf Al-Qardhawi.

HADITH KE-6 (HADITH 40)

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.(riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :Yang halal telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik. manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat :berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat :tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).

tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.

4) Peranan Hati :banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati) hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

WASIAT RASULULLAH UNTUK MUSLIMAH


SABAR MENGHADAPI CUBAAN

Wahai saudari muslimahku, sudah pasti setiap orang akan menghadapi dugaan dan cubaan di dalam hidup ini. Di situlah akan tergambarnya tahap keimananmu. Adakah kamu sabar atau tidak redha dengan takdir yang ditentukannya?.

Dan, di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang belayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Nya) bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur. (Asy- Syura:32-33)


Kita akan mendapati bahawa Allah akan memuji orang2 yg bersabar dan menyanjung mereka sebagaimana firmanNya: Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang2 yang benar (imannya) dan mereka itulah orang2 yang bertaqwa. (al-Baqarah:177)


Kita juga akan mendapati bahawa orang2 yang bersabar adalah orang yg dicintai Allah, sebagaimana firmanNya:Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. (ali-Imran:146)


Juga akan mendapati Allah akan memberi balasan kepada orang2 yg bersabar dengan balasan yang baik. FirmanNya: Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang2 yang sabardengan pahaka yang lebih baikdaripada yang telah mereka kerjakan.(Al-Nahl:96) Dari Abu Sa’id Al-Khudry dan Abu Hurairah r.a, keduanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhuatiran mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya.


Sabar menghadapi sakit, menahan lidah agar tidak mengeluh, dsbnya merupakan bekal bg orang Mukmin dalam perjalanan hidupnya di dunia.

Justeru itu, perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah dengan cubaan dan dugaan yang di kurniakan padamu. Janganlah sekali-kali berkata: ‘Andaikan hal ini tidak terjadi’, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali di sisi Allah SWT.

DASAR FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

MUQADDIMAH

Perjuangan Islam pada hari ini merupakan warisan perjuangan dari Rasulullah SAW. Semasa hayatnya, baginda telah melaksanakan tugas perjuangan dengan penuh tabah dan ketaqwaan. Apa yang diimpikan oleh baginda tidak lain ialah untuk mempastikan Islam terus terbela, berkembang dan memerintah dunia ini.

FIKRAH PARA PEJUANG ISLAM

Sehubungan dengan itu, kita bertanggungjawab memahami tugas dan tanggungjawab serta membuat persiapan rapi bagi mempastikan kemenangan Islam. Firman Allah SWT “Dan siapkanlah bagi menghadapi mereka (musuh), hendaklah membuat persiapan yang secukupnya sedaya upaya kamu dengan segala kekuatan yang perlu”.(Al-Anfaal: 60) “Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa”. (Surah An-Nur: 55).Sementara Rasulullah SAW pula bersabda, Diriwayatkan daripada Said bin Burdah dari ayahnya, dari neneknya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mengutusnya bersama Mu’az pergi ke Yaman. Sebelum berangkat Rasulullah s.a.w berpesan, "Permudahkanlah dan jangan mempersulitkan. Sampaikanlah khabar gembira dan janganlah menakut-nakuti. Dan bertimbang rasalah dan jangan selalu berselisih". Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda, "Janganlah kamu mengharapkan bertemu dengan musuh. Tapi jika kamu bertemu dengan mereka maka bersabarlah".Dan Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata, "Perjuangan yang benar dengan tidak mempunyaj strategi yang teratur akan tewas apabila berhadapan dengan perjuangan yang batil yang tersusun rapi rapi".

MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Fikrah perjuangan Islam merujuk kepada manhaj (sistem) perjuangan Islam yang menepati ciri-ciri Islami. Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan u’budiyyah kepada Allah dan menolak toghut sepenuhnya. Proses perjuangan ini hendaklah dilaksanakan mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu:

a. Rabbaniyyah: Rabbaniyyah adalah ciri utama Islam. Ini jelas kepada kita kerana Islam sendiri dari Allah yang bersifat Rabb. Para dua’at merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyeru kepada Islam. Allah menjelaskan selagi dua’t berada dalam manhaj Rabbani, mereka terus berada dalam pemelihraanNya:“dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhan, maka seungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami” (at-Thur:48).Manhaj Rabbani mampu melahirkan mukmin bersifat Rabbani dari segi i’tikad, pemikiran, cita-cita, percakapan dan perbuatan. Bersifat Rabbani bermaksud beriltizam kepada dasar-dasar perjuangan Islam sepenuhnya.

b. Syumuliyyah: Islam adalah lengkap dan sempurna, tidak terdapat padanya walaupun sedikit kekurangan atau ketidakseimbangan kerana agama ini diturunkan oleh Pencipta Yang Maha Agung.

c. Inqilabiyyah: Inqilabiyyah menurut Harakah Islamiyyah ialah melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyyah dari akar umbinya, meruntuhkannya dan menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu.

d. ‘Alamiyyah: Islam merupakan dakwah ‘alamiyyah merangkumi semua manusia di muka bumi ini. Daulah Islamiyyah tidak akan tertegak jika Harakah Islamiyyah di negara ini tidak mempunyai sifat ‘alamiyyah dalam melaksanakan manhaj mereka sama ada dari sudut keselarasan perancangan, strategi yang menyeluruh, kesepaduan dalam bidang tarbiyyah, kemahiran tenaga kerja dan seumpamanya.

PRINSIP-PRINSIP UMUM DALAM MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Dalam Sirah Rasulullah SAW, terdapat pelbagai bentuk tindakan yang telah dilakukan untuk mencapai matlamat menegakkan Daulah Islamiyyah. Berikut adalah beberapa prinsip umum dari perjuangan Rasulullah SAW:

a) Risalah Dan Jalan Penyampaian Yang Jelas: Firman Allah SWT:“Maka sampaikanlah oleh mu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepada mu dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik” (al-Hijr:94) Sirah Rasulullah SAW membuktikan bahawa Rasulullah menyampaikan ajaran Islam secara lansung dan jelas menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Justeru itu, manhaj harakah Islamiyyah mestilah berpegang kepada kejelasan risalah dari segi matlamat, kandungan dan cara penyampaian.

b) Bergerak Mengikut Kemampuan: Harakah Islamiyyah hendaklah bergerak mengikut kadar kemampuan tanzim. Kekuatan dan persediaan yang mantap dan bersungguh-sungguh perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan al-Qur’an:“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan kuda-kuda yang ditambat (dengan persiapan itu) kamu akan menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak ketahui”. (al-Anfal:60)

c) Melaksanakan Hazar (Waspada): Kaedah ini berdasarkan firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman ambilah langkah-langkah kewaspadaanmu dan majlah berkelompok atau majulah beramai-ramai”. (an-Nisa’:71)

d) Menimbang Kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syari’at: Para Ulama’ usul telah menta’rifkan tujuan umum penetapan hukum-hukum syari’at iaitu: “maksud umum daripada syara,’ dalam menetapkan hokum-hukum ialah untuk mewujudkan kemaslahatan manusia dengan memelihara perkara yang dhoruriyyat (tidak boleh tidak) bagi mereka dan menyempurnakan perkara haajiyyat (keperluan) dan tahsiniyyat (kebaikan) bagi mereka”.

Berpandukan kepada maksud umum syari’at Islam ini, maka setiap tindakan yang dilakukan hendaklah menetapi dua prinsip khusus iaitu menolak kemudharatan dan menghilangkan kesempitan. Untuk menepati prinsip ini, Harakah Islamiyyah hendaklah melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar dalam masyarakat dengan menekankan dua faktor penting iaitu berhikmah dalam segala tindakan dan mengambil kira waqi’ (keadaan semasa).

PENUTUP

Demikianlah fikrah dan manhaj perjuangan Islam yang disandarkan daripada tuntutan Nas dan Syara’ untuk sesebuah harakah Islamiyyah mencapai matlamat dan keredhaan Allah SWT dalam menegakkan Daulah Islamiyyah di muka bumi ini.

HADITH PILIHAN-HADITH KE 4(HADITH40)

HADITH KE-4 (HADITH 40)

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. (Rawahul bukhari).

Kefahaman Hadis :

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim : Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh : Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan. Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah:Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran. Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur’an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya..

WANITA DAN KEIMANAN (siri2)

Allah Subhanahuwataala menyeru manusia seluruhnya, samada lelaki atau perempuan:

“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain” (AliImran-195)

Allah Subhanahuwataala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang Islam serta orang-orang perempuan Yang Islam, dan orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman” (Al-Ahzab:35)

Allah menyebut wanita yang solehah, yang taat lagi memelihara kehormatannya.Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam datang dan memperkatakan tentang wanita Muslimah dan peranannya dalam kehidupan ini. Baginda berpesan supaya berbuat baik kepada wanita kerana wanita adalah saudara kandung lelaki dan dialah yang menguruskan anak-anak, mendidik anak-anak dan mengeluarkan para ulama dan para syuhada!!!

Baginda Sallallahua’laihiwasallam bersabda:

“Berpesanlah kepada kaum wanita dengan kebaikan”

Baginda bersabda lagi:

“Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik kepada isterinya, dan aku adalah sebaik-baik kamu kepada Isteriku” (Rawahu Bukhari)

Baginda berkata kepada anaknya Fatimah serta kepada Ali:

“…Mahukah kamu berdua aku tunjukkan tentang kebaikan untuk kamu berdua lebih baik daripada pembantu? Kamu berdua bertasbih kepada Allah 33kali, bertahmid 33kali dan bertakbir 33kali.” (Rawahu Muslim)

Baginda mendidik anak perempuannya,Fatimah, supaya bertaqwa kepada Allah, bertasbih, beribadah, bertahmid dan berhubungan dengan Yang Maha Hidup lagi Maha Mengatur urusan makhlukNya. Fatimah hidup dalam rumah kenabian, sehingga dia disusui dengan iman dan al-Quran dan lahir atas perkara Lailahaillallah… Justeru, wahai saudari seagama, marilah kita berhias dengan iman dan penuhi hati dengan Iman. Sebab ramai wanita berhias dengan emas dan perak, tetapi mereka hilang kemuliaan, kesucian diri, memelihara pandangan dan iman. Mereka tidak mendapat redha Allah, tidak mendapat cintaNya, tidak mendapat tabirNya, dan tidak mendapat kehidupan yang menyenangkan. Kerana tidak ada rasa aman dan kedamaian bagi muslim dan Muslimah kecuali dengan agama ini.

"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta". ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku Dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?" Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan Demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". ( Tahaa:124-126)

Berikut adalah kisah-kisah para wanita solelah yang boleh kita teladani:

1) Isteri Fir’aun: Asiah Radiallahu’anha Ia mengakui bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan memenuhi hatinya dengan iman. Dia taat kepada ArRahman sedangkan suaminya adalah dajjal, penderhaka, dan kafir yang wajahnya akan dijerumuskan dalam neraka. Dia memilih tetangga sebelum kediaman. Dia telah meminta bertetangga dengan Allah Yang Maha Esa dan Syurga tempat tinggal yang luasnya seluas langit dan bumi, Dia menginginkan untuk dekat dengan Allah. Dan Allah berfirman, tentang pengharapan dan doa yang mengagumkan:

"Wahai Tuhanku! binalah untukku sebuah Rumah di sisiMu Dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum Yang zalim" (At Tahrim: 11)

2) Ummu Anas: Ketika Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam datang ke Madinah, dia mencari hadiah untuk dihadiahkan kepada baginda, tetapi tidak mendapatinya selain anak lelakinya, kesayangannya dan belahan hatinya, Anas. Lalu, dia memandikannya, memakaikan pakaian, dan memberi wangi-wangian. Lalu, dia pergi membawa anak lelakinya yang masih berusia 10tahun dan berkata:

“Wahai Rasulullah, Anas adalah anak lelakiku dan orang yang paling aku cintai, aku hadiahkan kepadamu untuk membantumu sepanjang hidup. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuknya.”

Maka Rasulullah pun bersabda: “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, perbanyakkanlah harta dan anaknya, dan ampunilah dosanya.” (Rawahu Ahmad)

Wanita beriman ini maharnya dalam Islam merupakan mahar yang paling besar. Maharnya adalah Islam. Abu Talhah yang masih musyrik melamarnaya untuk menjadi isteri, maka ia berkata:

“ Kamu musyrik dan aku Muslimah. Demi Alla, aku tidak menikah denganmu sehingga kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.”

Abu Talhah mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.”

Abu Talhah bersujud kepada Allah, lalu ia menikah dengannya.

Mereka berkata: “Kami tidak pernah mendengar pada masa jahiliyyah ataupun Islam mahar yang lebih besar daripada mahar Ummu Sulaim” (bersambung)

PETIKAN DARI “KELUARGA BERSENDI TAQWA”

PETIKAN DARI “KELUARGA BERSENDI TAQWA”

OLEH:DR. ‘AIDH ABDULLAH ALQARNI

SUKA DUKA SEORANG GADIS(siri 1)

Puji dan sanjungan adalah hak Allah. Selawat dan salam sebanyak-banyaknya sentiasa dicucuri ke atas Rasululah, keluarga dan para sahabatnya.

Wahai saudara perempuanku Muslimah yang beriman, wahai pencetak para generasi dan ibu para pemuda Islam, para panglima, para ulama dan pembesar!!! Kamu diminta pertanggung-jawaban di hadapan Allah Subhanahuwata’ala tentang perananmu dalam kehidupan ini.

Mengapa kamu diciptakan? Mengapa kamu diadakan? Mengapa kamu berjalan di muka bumi?

Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam jugalah yang telah memberi tekad kepada wanita dalam kehidupan ini, lalu menjadikannya sebagai para ibu, isteri, saudara, pengajar, pendidik, pemimpin dan pemelihara.

Dalam lembaran-lembaran ini ada permasalahan yang ingin saya sampaikan kepada setiap gadis dan wanita yang menginginkan Allah dan negeri Akhirat.

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg
tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan
fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi
segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya ini adalah pilihan Mu
diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan
terus bersamaMu

bimbinglah tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha
atas segala nya

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan
tawaduk akan segala perintahMu

Peliharalah tingkah laku serta
kata-kataku

rahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi
segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik
untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya aku tergoda dengan
keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
bertaubat
Sekiranya aku tunduk terhadap nafsu
yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku
memperbetulkan keadaan
Sekiranya aku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik diri
keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik
untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala
kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam
tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan
diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi insan soleh

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala
harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi
cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi yang
dirahmati
insan yang dikasihi
insan yang soleh
insan yang sentiasa dihati

Jadikanlah Daku pejuangMu

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu

Seorang hamba Allah pernah menulis : " Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah… ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali,

cuba

baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang."

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…