Kepada pencinta keamanan dan kesejahteraan, ayuh bangkit kita sama-sama turun sempena Himpunan mansuhkan ISA di ibu negara pada 1 ogos ini, untuk mengatakan bahawa mahasiswa/i menindas kezaliman kepada insan yang tidak bersalah tanpa soal selidik dan terus dihumbangkan ke dalam penjara, sebagai insan yang berfikiran matang, mengikut undang-undang islam juga bahawa kita dilarang untuk mengambil tindakan kekekejaman serta kezaliman tanpa memeriksa dahulu apa yang dilakukan sama ada bertentangan dengan hukum syarak atau tidak. Ramai yang menjadi mangsa kekekajaman ini, terutama anak-anak mangsa ISA yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan ayah mereka. Ini amat menyedihkan bagi kita semua kerana mereka telah menyalahgunakan kekuasaan yang ada untuk kepentingan politit semata-mata. Amat buruk niat mereka yang terus menyokong Akta kezaliman ini. Sebagai mahasiswa/i yang berpendidikan tinggi harus menyatakan sokongan dan kita melakukan bukan kerana politit namun ini mengenai isu kemanusian yang harus di kekalkan hingga negara menjadi sebuah negara yang aman dan harmoni dan sesebuah negara harus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan kelak kamu akan ditanya tentang apa yang kamu lakukan di dunia semasa kamu memerintah sesebuah negara dan rakyat jelata. Al-Quran

Ayat-ayat Al-Quran meruapakn penawar bagi hati dan penyakit yang lain. Hal ini kerana ayat-ayat Quran adalah kalam Allah. Segala apa yang terkadung dalam Quran terpelihara sehingga ke hari kiamat. Kandunagn Quran meliputi segala skop yang terdapat dalam dunia ini. I a juga tidak terbatas oleh masa, geografi. Kerana Quran adalah untuk umat Islam, tidak mengira warna kulit, batasan geografi, bahasa, bangsa dll.
- diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.
- syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat
- mendapat ketenangan hati
- hati menjadi lembut
Kelebihan menghafaz Quran
- badan tidak hancur setelah meninggal dunia
- boleh memberi syafaat kepada kaum keluarga
Kesedaran umat masa kini tentang Quran
Kesedaran umat masa kini tentang Quran adalah amat sedikit. Hal ini dapat dilihat apabila boleh dikatakan hampir 50% daripada masyarakat kurang kesedaran dalam diri tentang pentingnya belajar Quran.
1) Kanak-kanak yang mula belajar membaca Quran sekarang kebanyakannya disuruh oleh ibu bapa masing-masing. Sekiranya apabila pulang dari sekolah, ibu bapa tidak mengingatkan anak mereka untuk pergi mengaji Quran, maka anak-anak mereka tidak akan datang untuk mengaji Quran.
2) Ibu bapa tidak menerapkan kepada anak-anak terhadap minat terhadap Quran. Mereka hanya menyuruh anak-anak untuk pergi mengaji dan apabila pulang ke rumah, mereka tidak bertanyakan anak-anak mereka tentang pembelajaran anak-anak mereka tentang Quran. Malah, mereka hanya mengabaikan pengajaran Quran. Apabila cuti sekolah bermula, anak-anak mereka tidak datang untuk mengaji Quran kerana mengikuti ibu bapa ke tempat percutian/ berjalan-jalan.
Ibu bapa turut tidak mementingkan pendidikan Quran kerana mereka boleh bersenang hati apabila anak-anak merka tidak kenal Quran tetapi apabila anak-anak mereka tidak skor dalam peperiksaan, mereka sanggup menghantar anak-anak ke pusat-pusat tusyen walaupun mahal bayarannya. Sedangkan pengajian Quran tanpa bayaran tidak diendahkan sedikit pun. Guru Quran turut diabaikan. Tiada kunjungan daripada anak-anak murid pada hari raya. Inilah nilai anak-anak zaman sekarang.
Ibu bapa yang tidak arif dalam bidang Quran adalah tidak mengapa. Yang penting, kesedaran pendidikan Quran itu adalah penting. Ramai ibu bapa yang berpendidikan rendah tetapi mampu menghantar anak-anak belajar tinggi-tinggi namun, apabila Quran mereka sekadar mengabaikan sahaja.
3) Pihak kerajaan tidak mementingkan pendidikan Quran. Sistem yang ada sekarang tidak mendidik para pelajar malah menambah liar kepada remaja sekarang. Mereka menjadi liar kerana di hati mereka tiada Quran. Kerajaan hanya mementingkan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja. Telah menjadi warisan untuk anak-anak zaman sekarang menhadapi peperiksaan UPSR,PMR, SPM, STPM untuk berjaya dalam hidup. Subjek Quran dan agama tidak dititikberatkan langsung. Hal ini terbukti apabila subjek agama dan Quran tidak menjadi subjek wajib untuk cemerlang.

No comments:
Post a Comment