Tuesday, July 15, 2008

Buat semua YB PAS

Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kita pada ALlah rabbul Jalil yang meletakkan para saf pimpinan kita di muka hadapan .Harapan kita semoga para pimpinan kita ini dapat membuka satu era baru dalam mencorak percaturan tadbir negara dengan lebih baik lagi dari pimpinan BN.

Kita juga amat berharap semoga YB-YB kita di negeri Kedah dan Perak juga di Kelantan dapat mencontohi akhlak yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang.

Walaupun mereka bergelar Menteri Besar dan Yang Behormat, mereka tetap istiqamah mengekalkan pakaian sunnah dan jauh sekali bertali leher.Kita tidak mahu ada dikalangan YB-YB kita yang dahulunya dapat mengekalkan pakaian sunnah,tapi apabila bergelar YB,semua pakaian sunnah dibuang dan tanpa rasa kekok siap memakai tali leher.

Dulu kita nampak para pimpinan kita yang belum bergelar YB amat berkarisma dengan jubah atau baju melayu beserta seban atau kopiah putih jauh sekali memakai songgkok UMNO.Tapi sekarang ini nampaknya sebahagian YB_YB kita amat berbeza dari sebelumnya.Ya ada yang berkata zaman dah berubah,zaman dah maju,tapi tidak berubah atau tudak majukah kita kalau kita dapat mengekalkan pakaian sama dengan apa yang dipakai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang?

Saya rasa para pendokong Jamaah PAS ada yang masih suka sekiranya para pimpinan dapat mengekalkan pakaian zaman dahulu dari mengenakan tali leher,sepatu,kasut dan kemeja berjenama crocodile,charlie's,dunhill atau apapun jenama jelmaan YAHUDI.Atau dalam ertikata lain dapat meniru gaya cikgu Mi TERAS.

Marilah kita sama-sama renung dan fikirkan.