Thursday, October 15, 2009

bagan pinang:kemenangan BN iktibar bagi PR

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang sudah berlalu. Kemenangan berpihak kepada BN.PR [PAS] kecundang bagi kali yang pertama setelah memenangi tujuh pilihanraya. Nampaknya BN ketawa besar dan raya sakan [kebetulan negara akan menyambut Depavali] apabila dapat menumpaskan PR dalam pilihan raya kecil kali ini.

Kemenangan bagi BN amat-amatlah dinanti-nantikan setelah mengalami kekalahan beberapa kali. Bolehlah dikatakan kemenangan BN pada kali ini menebus keseluruhan kekalan yang dialami oleh nya. Kemenangan BN juga menebus kekecewaan Najib semenjak menjadi Perdana Menteri dan kata Dr.Rais sebagai hadiah buat PM.

Kita tidak mahu membicarakan atau mengupas dengan panjang lebar kemenangan dan erti kemenangan buat BN, tetapi ingin kita bicarakan tentang kekalahan PR[PAS]. Bagi Parti Islam Semalaysia [Pas] kekalahan adalah perkara biasa semenjak dari dulu sampai sekarang,yang luar biasanya apabila mendapat kemanangan.

Para ahli PAS sememangnya dapat menerima kekalahan ini sebagaimana mereka menerima kekalahan dalam pilihanraya yang lampau. Apatah lagi kita sudah ditanam dengan janji ALlah bahawa kekalah kita di dunia adalah kemenangan kita di hari akhirat asalkan kita ikhlas dan redha serta niat yang betul.

Sebenarnya kekalahan di Bagan Pinang pada kali ini adalah sebagai iktibar untuk semua pimpinan PAS dan PR seta semua ahli-ahlinya. Setelah menerima banyak kali kemenangan besar kemungkinan ada diantara para pimpinan PAS dan PR serta ahli-ahlinya sudah merasa bangga diri dan besar diri.

Oleh kerana itu kekalahan pada kali ini adalah sebagai peringatan dari ALlah untuk kita sama-sama koreksi diri mungkin ada salah dan silapnya. Dari itu barulah kita dapat muhasabah diri mencari kesilapan dan kesalahan kita.

Ingatlah kadang-kadang kita diatas, tapi kadang-kadang kita juga akan berada dibawah. Orang miskin tidak semestinya sentiasa menjadi miskin, orang kaya tidak semestinya sentiasa menjadi kaya, tiba masanya semua itu akan berubah seperti kata pepatah sekali air bah sekali pantai berubah.