Tuesday, October 26, 2010

Tunaikan Kewajiban

4 Nov 2010 merupan tarikh yang dinanti-nanti oleh warga Kelantan terutamanya warga DUN Galas, tarikh itu juga dinanti-nanti oleh seruruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap sistem pemerintahan [katanya demokrasi] di Malaysia.

Tarikh itu juga merupakan penentu bagi siapakah yang akan menjadi Tok Wakil warga galas ke Dewan Undangan Negeri. Yang akan menjadi wakil membela nasib warga Galas.

Oleh yang demikian itu, bagi warga Galas, jadikan tarikh itu sebagai penentu memilih Tok Wakil yang betul-betul prihatin rakyat yang benar-benar membela nasib rakyat dan bukannya Tk Wakil yang mengaut keuntungan dan yang hanya membela kroni sahaja. Penentunya adalah terletak ditangan warga Galas samaada memilih seorang wakil yang kita maklumi akan tokoh dan keikhlasannya ataupun serang wakil yang hanya berjuang untuk perut dan kroni.

Harapan kita semga warga Galas tidak akan tertipu dengan dakyah dan kebendaan yang dilaburkan oleh wakil suku sakat yang dibibir membela nasib rakyat tapi hakikatnya menjuah maruah dan bangsa sendiri, rakyat sudah cerdik dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Selamat Menunaikan Kewajiban Sebagai Pemilih.