Wednesday, January 19, 2011

PRK DUN Tenang

Pembuka tirai 2011 akan bergelora kembali setelah hanya beberapa bulan yang lepas kita bergelut sakan di DUN Galas. Kini kita bergelora di DUN Tenang yang sebelumnya memang tenang tak kalut pun. Akhirnya ketenangan DUN Tenang akan kita saksikan kekalutannya pada 22 sehingga 30 Januari ini.

Disinilah kita akan saksikan kayu pengukur kekuatan PR yang akan berhadapan dengan musuh tradisi, yang sekian lama 'lawan tetap lawan' walaupun kadang kala perlawanan itu berat sebelah.

Harapan kita semoga UMNO dapat berlawan dengan kita dengan satu perlawanan yang betul-betul telus bukan ada disebaliknya. Perlawanan yang betul-betul mengikut rentak demokrasi yang terhindar dari penipuan, undi pos, pengundi hantu dan sebagainya.

Jangan nanti ia akan terjadi sebagaimana di Haiti, Mesir ataupun di Burma. Atau mungkin akan terjadi seperti apa yang baru terjadi di Tunisia.

Apa pun harapan kita semoga semua warga DUN Tenang akan dapat berfikir dengan waras dan bijak semoga kita tidak tertipu buat ribuan kalinya.

Ingatlah undi kita akan dihisab oleh ALlah SWT di yaumul masyar kelak.
Sebarkan buku jingga kepada masyarakat bagi membuka minda mereka.

ALlahu Akbar ! ALlahu Akbar ! ALlahu Akbar !

Ubah Sekarang,Selamatkan Malaysia

Negara Dalam Krisis.

*Krisis Ekonomi

*Kerosakkan Institusi Negara

*Ketegangan Mayarakat Pelbagai Kaum

*Bebanan Rakyat

*Hak Rakyat diNodai

*Gejala Rasuah Berleluasa

*Gejala Sosial Remaja Semakin Parah

*Krisis Pendidikan

Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

@ Mereformasikan SPR, SPRM, PDRM dan Pejabat Peguam Negara.
@ Memansuhkan akta ISA.
@ Mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain milik kerajaan menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya bertujuan menghapuskan TOL.
@ Merombak sistem subsidi negara kepada pihak swasta, dipindahkan menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
@ Mengiktiraf jasa penjawat awam dan mengkaji semula struktur gaji, menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru.
@ Menjadikan air sebagai hak rakyat.
@ Menyediakan perkhidmata Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di bandar dan separa bandar.
@ Membatalkan FELDA Flantation membuka ladang-ladang yang diuruskan oleh generasi ke2 dan ke3.
@ Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Serawak, Terangganu dan Kelantan.
@ Menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.

Harapan kita semoga janji PR dapat ditunaikan apabila PR dapat menawan Putra Jaya nanti.