"korbankan kehidupanmu untuk Islam, sesungguhnya, itulah sebesar-besar pengorbanan di sisi ALLAH.."
"nikmat yang paling manis apabila ALLAH mentarbiyyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah atas nama aqidah mampu berhadapan dengan sekalian mehnah.."
"perjuangan secebis jihad kadang-kadang meruntun rasa sekeping hati. Namun, tiap kali kegetiran melanda, tika itulah kita kembali mengenal kitalah pejuang sebenarnya.."
"hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan tawa. Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia. Apatah lagi yang mencintai dunia sementara. Syurga itu hadiah buat mereka yang berusaha mendapatkannya.."
"ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah."
"pena perjuangan sentiasa menulis kebenaran, iman pejuang sentiasa tinggi melangit, sabar pejuang sentiasa bersedia menghadapi kesusahan kerana dihidangkan di hadapannya syurga yang telah dijanjikan."
"perjalanan menempuh usia, menuntut jutaan pengorbanan. Antara tawa dan air mata, gadaian kita hanyalah syurga. segala rela dan paksa , melaksanakan syiar di bumi-Nya. masih ada masa membetulkan yang tersalah, menyatukan yang terpisah.."
"dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk terus hebat. mereka tepu dengan masalah dan ujian. Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba, berdepan dengan belaian Pencipta.."
No comments:
Post a Comment