Saturday, February 21, 2009

Kebesaran Ilahi

smile_comment_graphic_04

Indah,kan?

Allah me’refresh, ketika hambaNya benar-benar memerlukan. tQ, Allah .

Sekadar kisah untuk dijadikan teladan.untuk difikir-fikirkan..


red-carpetsmall_reduced_color

Fikirkan 1

Menjadi yang dibanggakan. Bila ditakdir ramah menjadi hiasan. Senyum menjadi ukiran kekal.

I feel oh so glamorous, looking super fabulous

Ditakdirkan dengan nama itu. Bila pula diuji dgn rupa.

Sometimes I'm insecure, something I can't ignore

Bukanlah cantik.Tarikan yang tak diundang, entah mana datangnya.

I'm just the girl next door, I can hear the rumors take all...

Langkah yakin. Salam beretika. Senyuman mesra. Sapaan hormat.

All the girls in the club got their eyes on her
She can tell by the look that they want to be
Be at the top, top like that

Baik dan sopan sungguh. Bagus kalau anak-anak kita macam tu.

But it's not, not, no it's not like that
No its not, not not my world.

Kadangkala, kita tiada kuasa untuk menahan atau menidak persepsi sekeliling. Tiada kuasa untuk kita menahan kata puja dan suara bangga semua. Unsur-unsur inilah yang menjadi ujian. Pada kitalah semua perkara itu, dinilai ibadah atau harganya dunia semata. Di mana niat kita? Larutkah kita dengan pujian dan sanjungan dunia? Bukankah kesenangan dan kemewahan itu juga ujian? Tepuk dada tanya iman. Belum lagi tentu disanjung penghuni langit.

mata

mata yang memandang itu
mentafsirkan ribuan makna.
mata yang memandang itu
boleh mengundang ribuan kebaikkan.
mata yang memandang itu
juga boleh mengundang ribuan kehancuran.
oleh itu
jagalah mata.

Di manakah kita

Sekiranya kita ada banyak masa untuk kita luangkan di luar dari tempat kita bekerja atau kita luangkan sedikit masa keluar dari rumah kita bagi kita-kita yang tidak bekerja,tidak kiralah dengan apa kita luangkan masa kita itu,rasanya lebih baik kalau kita pusing-pusing sekitarnya dengan menunggang motor kapchai.

Dengan motor kapchai,kita lebih selesa untuk memasuki jalan-jalan sempit atau lorong-lorong kecil menjelajah dan meiqmati panorama indah Malaysia tanahiar kita kah?Atau tanahair orang,kitakah pendatangnya?

Banyak tanda tanya siapakah kita dan di manakah kita,di Malaysiakah atau di negara orang.Mengapa dan kenapa banyak soalan-soalan itu timbul,ini oleh kerana kalau kita amati dan dengari,ada sahabat-sahabat di Kuala Lumpur mengatakan tidak berani untuk ke Chow Kid pada hari ahad,kenapa,kerana pada hari ahad khabarnya Chow Kid sudah menjadi pasar Indonesia.

Manakala ada yang menceritakan disekitar Bukit Bintang,rata-rata dipenuhi dengan warga asing,cuma segelintir warga tempatan.Ada sahabat yang mengamati sikon ini,katanya mari kita perhatikan secara rambang keadaan di tanah air kita ini,katanya perhatikan di sektor industri atau kata lain di kilang-kilang,apa yang kita nampak ialah warga Indonesia dan disulami dengan warga Vietnam,manakala disektor pembinaan juga kedapatan warga Indonesia,kita amati lagi dirumah-rumah kita atau sahabat-sahabat kita atau dirumah keluarga kita,siapa amah dan bibiknya,tidak lain dan tidak bukan warga Indonesia.

Setelah itu,kita amati pula di kaca-kaca tv dinegara kita ini,dari awal pagi hingga larut malam,filem dan cerita dari negara mana yang banyak ditayang?Tidak lain dan tidak bukan semuanya dari seberang,Indonesia.Jadi,sekiranya nanti apabila kita-kita pulang dari kerja dan mendapati anak-anak kita sudah tidak boleh bertutur dalam bahasa kita,dan petah bertutur dalam bahasa Indonesia,jangan kaget kerana sememangnya kita sudah ditawan oleh Indonesia.

Sekarang kita perhatikan pula sebahagian sektor perkilangan,kebanyakkannya dipenuhi dengan warga Bangladesh dan sedikit disulami dengan warga Vietnam.Kita beralih pula kesektor perniagaan karpet,kita dapati kebanyakkannya dimonopoli oleh warga Pakistan.Dan sekarang ini ada warga tempatan sudah menjadikan warga Bangladesh dan Pakistan sebagai teman hidup.

Jadi dimanakah kita sebenarnya berada sekarang ini?Ini tidak kita kira dengan kaum cina yang menguasai empayar perniagaan-perniagaan gergasi yang sudah sekian lama dan ditambah pula dengan kaum India Muslim yang menguasai empayar perniagaan gedung-gedung kain,rempah ratus dan restauran nasi kandar.

Melayu,di Tanah Melayukah kita?

Fantasi oh fantasia

Zaman dulu kitan seringkali mendengar lagu Fantasia Bulan Madu di corong-corong radio ,maka apabila kita mendengar lagu itu,maka kita pun terawang-awangan seolah-olah kita terawang-rawang diangkasa tidak berpijak diatas bumi.

Mutakhir ini,kita dihidangkan pula denga ratusan barangkali program-program fantasi @ fantasia.Mari kita hitung sama-sama fantasi @ fantasia yang dihadangkan pada kita yang kebanyakkan semuanya kearah hiburan semata-mata.
1. Akedemi Fantasia
2.One In a Million
3.GangStarz
4.Raja lawak
5.My Starz LG
6.Idola kecil
7.Bintang RTM
8.Malaysian Idol

Rasa-rasanya banyak lagi yang terdapat tetapi tidak dapat dicari.Persoalannya,apakah ini yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin kita generasi yang akan menggantikan tempat mereka untuk memacu negara?

Kemana hala dan arah tuju generasi Melayu kita kalau inilah yang di didik dan di tanam dalam membentuk peribadi dan akhlaq remaja kita.

Kepada semua ibu bapa,ambillah iktibar dengan apa yang berlaku dinegara-negara barat yang anak-anak sudah tidak menghormati ibu bapa,akhlaq yang rosak,institrusi keluarga yang punah ranah dan macam-macam lagi perkara buruk yanmg telah berlaku disana.

Apakah kita yang mengaku pewaris para Nabi ini akan satu masa nanti menjadi pewaris para jahiliyyah?

Kita saban hari tertipu dengan orang kafir.

Sedarkah kita,atau ambil sambil lewa kita terhadap semua jenis bahan dan barang makanan yang dijual oleh peniaga muslim dan non muslim kepada kita?Tanpa kita sedari saban hari kita dihidangkan dengan bahan-bahan makanan yang diragui halalnya.

Apabila kita menjejaki supermarket atau mini market maupun kedai runcit apa yang kita perhatikan deretan barang makan dari makanan ringan yang disukai kanak-kanak maupun makanan yang kita perlukan seperti barang makanan dalam tin semuanya dikeluarkan atau dengan mudah kata dibuat oleh orang-orang bukan Islam.

Tahukah kita setakat mana barang-barang atau makanan tersebut jelas halal dan bersihnya?Adakah mereka orang bukan Islam yang membuat bahan makanan tersebut tahu hukum halal dan haramnya sesuatu bahan yang dimasukkan?

Katakanlah mereka tahu bahawa sesuatu bahan yang mereka masukan itu haram dimakan oleh orang Islam,adakah mereka tidak akan memasukkannya?Sekiranya mereka ikhlas,tahu bahawa bahan-bahan tersebut haram dimakan oleh orang Islam,mengapa sampai sekarang masih ada kajian yang mendapati ada makanan yang dibuat oleh mereka didalamnya ada bahan-bahan yang haram dimakan oleh orang Islam.

Contoh yang saya dapati dari e mail yang dihantar beserta gambar ialah minuman susu kacang soya keluaran drinho didapati didalamnya terdapat usus haiwan,usus haiwan apakah itu?Dan yang terbaharu ialah ada bahan yang haram didalam makanan ringan kek appolo.

Dulu kita baru saja dikejutkan dengan bihun yang dibuat berdekatan dengan kandang babi,yang dilebel nama syarikat dengan nama zakaria dan anak-anak.

Sekiranya kita rajin meneliti dan mencari masih ada barang makanan yang dibuat oleh orang-orang bukan Islam yang dipasarkan untuk orang Islam mengandungi bahan yang haram dimakan oleh orang-orang Islam,seperti sardin dalam tin,mee kuning dan keow tiew basah,mee sanggol,kicap dan sos dan mungkin serbuk rempah kari.

Oleh yang demikian itu,marilah kita sama-sama renung dan memikirkannya,sampai hari ini dah banyak mana makan yang haram telah memasuki kedalam perut kita.
Marilah kita membeli barang-barang keluaran orang Islam,yang mana sekarang ini terdapat banyak barang-barang keluaran bumiputera Muslim seperti kicap dan sos,rempah-rempah kari,serbuk kopi,mee dan keow tiew dan banyak lagi yang kita kena cari demi menjamin bahan-bahan halal sahaja yang memasuki kedalam tubuh badan kita.

Sampai bila kita akan tertipu dan ditipu?

Thursday, February 12, 2009

Yaumul Khizyi

Hari itu semua menyaksikan
Sosok tubuhku menggeletar


Hari itu semua menyaksikan
Sosok tubuhku menggeletar
Ku lihat..
Gunung-ganang yang berteriak
Matahari yang menangis
Bulan yang tiada ketentuan
Kelam kabut
Tak tentu arah

Angin taufan mencercaku;
"Engkau si penderhaka!"
Ku lihat langit sedang marah
Di humban segala kilat
Lalu dihunus padaku tombaknya yang gagah
Di hempap kepalaku
Dengan siksaan yang amat dahsyat

Aku merayu kesakitan
Namun rayuanku tidak bererti
Sejenak pokok-pokok yang hidup itu
Datang kepadaku lalu mencaci;
"Engkau si penderhaka!"
Ku ambil sejuta langkah
Namun selangkah sahaja mereka bisa mencarikku

Ku lihat gerbang-gerbang itu langsung ditutup
Sebaik sahaja melihat kelibatku
Mereka mempersendakanku
Aku langsung diheret
Disiksa tanpa belas kasihan
Air mataku jatuh mengatasi laut dan badai
Bak air mata Adam
Sewaktu dihumban ke ciruk dunia..

Langit itu sangat mengecewakan
Bintang itu sangat memedihkan
Matahari itu sangat menyakitkan
Tiada siapa menyebelahiku
Tika penghakiman itu
Sungguh!
Aku tersiksa!
Sungguh!
Aku terkilan!

Aku merayu untuk dikembalikan
Ke dalam mimpi yang dulu
Namun tiada yang menghiraukan
Kerana mustahil aku akan menjumpai
Mimpi dulu untuk kali kedua..

Kalau dari dulu ku tahu ini adalah *yaumul khizyi
Yang harus ku lalui dengan begitu derita
Sungguh!
Akanku patuhi segala perintahMu
Tanpa risau akan penderitaan yang kuhadapi
Ketika bertemu denganMu kelak..

"Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad); "Benarkah (azab yang dijanjikan) itu?", katakanlah, "Ya, demi Tuhanku, sesungguhnya (azab) itu pasti benar dan kamu sekali-kali tidak dapat menghindar." (Yunus:53)

hari penghinaan


Setelah mengetahui Kerajaan Nabi Sulaiman bersama tentera-tenteranya berarak akan kunjung tiba, tentera-tentera semut semakin tidak tentu arah dan seekor ketua bagi semut mengarahkan pada semut-semut yang lain untuk masuk ke dalam sangkar mereka kerana takut mereka akan dipijak dan tempat tinggal mereka pula pasti akan hancur jika dipijak oleh Kerajaan Nabi Sulaiman (Surah an-Naml:18). Sedangkan mereka tidak punya akal, bukan?

Bercakap soal semut, saya sebenarnya sayang kepada semut. Tentu kamu pelik bukan? Masa dulu, meja tulis saya selalu didatangi semut sehingga saya sudah malas dan penat nak halau mereka, yelah kita tahu yang mereka tidak punya akal. Manalah mereka faham pun kalau saya halau mereka, kan?

Satu hari, sedang saya belajar, saya rasa betul-betul terganggu dengan rombongan-rombongan semut yang semakin bermaharajalela berkerumun di atas meja saya. Saya berasa rimas, dan tak mampu tumpukan perhatian untuk belajar. Tak kisah lah nak buat
party kah, bersuka ria kah, saya tak kisah. Tapi, janganlah sampai menganggu konsentrasi saya. Saya tak suka. Saya kira, semut-semut itu semakin berani nak tunjukkan belang mereka kepada saya. Mentang-mentanglah saya tak halau mereka, apatah lagi bunuh mereka. Saya sekali-kali memang tak sampai hati untuk membunuh semut-semut itu biarpun mereka sangatlah kecil.

Dengan ke'geram'an saya terhadap mereka itu tadi, saya mula menghalau mereka. Saya sapu meja saya menggunakan kertas. Banyak juga yang jatuh kat bawah meja. Saya kemudiannya memindahkan buku
Campbell Biology saya yang tebal itu di suatu sudut, agak dihujung tepi meja juga. Tanpa saya sedari, tekanan darah saya meningkat. Denyutan nadi saya meningkat juga. Sah, sympathetic nerve saya semakin aktif. Kalau kamu faham, tahniah. Haha.

Saya angkat kembali buku itu. Oh tidak! Saya membunuh mereka. Banyak semut di sudut itu. Saya tidak perasan mereka berkerumun di sana. Saya sangat sedih. Saya telah membunuh haiwan yang tidak berdosa. Saya dengan hati yang berat membersihkan meja saya. Saya sambung belajar dengan serba salah. Serius ni.

Fikiran dan konsentrasi saya beralih pula pada beberapa ekor semut. Di mana, 3 ekor semut sedang berjalan. Kemudian mereka terserempak dengan seekor 'mayat' semut di pertengahan jalan. Mereka berhenti. Dalam beberapa saat, mereka mengangkat 'mayat' itu dan meneruskan perjalanan mereka untuk tempat yang ingin dituju. Saya terpaku. Terkesima. Hati saya berdetik, bagaimana boleh mereka berkelakuan seperti itu sedangkan mereka tidak punya akal? Subhanallah..

Saya terbayangkan dengan kelakuan manusia sekarang. Walaupun kita diciptakan dengan fizikal dan akal yang sempurna, namun bagi saya kita tidak setanding dengan kasih sayang dan kerajinan semut. Walhal, mereka tidak punya akal. Saya sangat mengagumi semut. Sifat mereka yang saling bekerjasama tanpa kenal erti penat dan jemu. Saya selalu perhatikan mereka. Sehingga membuat hati saya terusik. Semakin memerhatikan mereka, hati saya semakin terusik dan seolah-olah mereka juga punya hati dan perasaan!

Saya menjadi semakin rindu pada telatah semut. Rumah saya sekarang tidak ada semut, kamu percaya atau tidak? Saya banyak belajar dari semut. Yalah, saya mengaku mungkin saya juga banyak terminum air yang bercampur dengan semut. Ish. Tapi, serius. Semut memang patut dijadikan contoh. Kadang kala, kita tidak boleh memandang rendah kepada yang lebih kecil dari kita, kerana barangkali mereka lebih mulia dari kita.

Cahaya kegembiraan kami


10 PERANGKAP SYAITAN

February 11th, 2008 by ana-musliemah85

10 PERANGKAP SYAITAN

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

4. Sifat khianat

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

6. Melalui sifat hasad

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

9. Melalui sifat suka berangan-angan

10. Melalui sifat buruk sangka

INFO FIQH:

INFO FIQH:

NIAT BAIK TIDAK DAPAT MELEPASKAN YANG HARAM

ISLAM memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundang-undangannya mahupun dalam seluruh pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas kerana Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari)

Niat yang baik itu dapat menggunakan seluruh yang mubah dan adat untuk berbakti dan taqarrub kepada Allah. Oleh kerana itu siapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan hidupnya dan memperkuat tubuh supaya dapat melaksanakan kewajibannya untuk berkhidmat kepada Allah dan ummatnya, maka makan dan minumnya itu dapat dinilai sebagai amal ibadah dan qurbah.

Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwatnya kepada isterinya dengan niat untuk mendapatkan anak, atau kerana menjaga diri dan keluarganya dari perbuatan maksiat, maka pelepasan syahwat tersebut dapat dinilai sebagai ibadah yang berhak mendapat pahala. Untuk itu pula, maka Rasulullah s.a.w. pernah menyabdakan:

"Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat kemudian bertanya: Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi: Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa? Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada yang halal, dia pun akan beroleh pahala." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam satu riwayat dikatakan: "Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Riwayat Thabarani)

Begitulah, setiap perbuatan mubah yang dikerjakan oleh seorang mu’min, di dalamnya terdapat unsur niat yang dapat mengalihkan perbuatan tersebut kepada ibadah.

Adapun masalah haram tetap dinilai haram, betapapun baik dan mulianya niat dan tujuan itu. Bagaimanapun baiknya rencana, selama dia itu tidak dibenarkan oleh Islam, maka selamanya yang haram itu tidak boleh dipakai alat untuk mencapai tujuan yang terpuji. Sebab Islam selamanya menginginkan tujuan yang suci dan caranya pun harus suci juga. Syariat Islam tidak membenarkan prinsip apa yang disebut al ghayah tubarrirul wasilah (untuk mencapai tujuan, cara apapun dibenarkan), atau suatu prinsip yang mengatakan: al-wushulu ilal haq bil khaudhi fil katsiri minal bathil (untuk dapat memperoleh sesuatu yang baik, boleh dilakukan dengan bergelimang dalam kebatilan). Bahkan yang ada adalah sebaliknya, setiap tujuan baik, harus dicapai dengan cara yang baik pula.

Oleh kerana itu, barangsiapa mengumpulkan wang yang diperoleh dengan jalan riba, maksiat, permainan haram, judi dan sebagainya yang dapat dikategorikan haram, dengan maksud untuk mendirikan masjid atau untuk terlaksananya rencana-rencana yang baik lainnya, maka tujuan baiknya tidak akan menjadi syafaat baginya, sehingga dengan demikian dosa haramnya itu dihapus. Haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat.

Demikian seperti apa yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana disabdakan: "Sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak mahu menerima kecuali yang baik pula. Allah pun memerintah kepada orang mu’min seperti halnya perintah kepada para Rasul."

Kemudian Rasulullah membacakan ayat: “Hai para Rasul! Makanlah dari yang baik-baik (halal) dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya aku Maha Mengetahui apa saja yang kamu perbuat.” (al-Mu’minun: 51)

“Hai orang-orang yang beriman! Makanlah dari barang-barang baik yang telah Kami berikan kepadamu.” (al-Baqarah: 172)

"Kemudian ada seorang laki-laki yang datanq dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: yaa rab, yaa rab (hai Tuhanku, hai Tuhanku), padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan barang yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu dikabulkan?" (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Dan sabdanya pula: "Barangsiapa mengumpulkan wang dari jalan yang haram kemudian dia sedekahkan harta itu, samasekali dia tidak akan beroleh pahala, bahkan dosanya akan menimpa dia " (Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)

Dan sabdanya pula: "Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia sedekahkan, bahawa sedekahnya itu akan diterima; dan kalau dia infaqkan tidak juga mendapat barakah; dan tidak pula ia tinggalkan di belakang punggungnya (sesudah ia meninggal), melainkan dia itu sebagai perbekalan ke neraka. Sesungguhnya Allah tidak akan menghapuskan kejahatan dengan kejahatan, tetapi kejahatan dapat dihapus dengan kebaikan. Kejelekan tidaklah dapat menghapuskan kejelekan." (Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Petikan dari: “Halal dan Haram”: Yusuf Al-Qardhawi.

HADITH KE-6 (HADITH 40)

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.(riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :Yang halal telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik. manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat :berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat :tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).

tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.

4) Peranan Hati :banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati) hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

WASIAT RASULULLAH UNTUK MUSLIMAH


SABAR MENGHADAPI CUBAAN

Wahai saudari muslimahku, sudah pasti setiap orang akan menghadapi dugaan dan cubaan di dalam hidup ini. Di situlah akan tergambarnya tahap keimananmu. Adakah kamu sabar atau tidak redha dengan takdir yang ditentukannya?.

Dan, di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang belayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Nya) bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur. (Asy- Syura:32-33)


Kita akan mendapati bahawa Allah akan memuji orang2 yg bersabar dan menyanjung mereka sebagaimana firmanNya: Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang2 yang benar (imannya) dan mereka itulah orang2 yang bertaqwa. (al-Baqarah:177)


Kita juga akan mendapati bahawa orang2 yang bersabar adalah orang yg dicintai Allah, sebagaimana firmanNya:Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. (ali-Imran:146)


Juga akan mendapati Allah akan memberi balasan kepada orang2 yg bersabar dengan balasan yang baik. FirmanNya: Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang2 yang sabardengan pahaka yang lebih baikdaripada yang telah mereka kerjakan.(Al-Nahl:96) Dari Abu Sa’id Al-Khudry dan Abu Hurairah r.a, keduanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhuatiran mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya.


Sabar menghadapi sakit, menahan lidah agar tidak mengeluh, dsbnya merupakan bekal bg orang Mukmin dalam perjalanan hidupnya di dunia.

Justeru itu, perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah dengan cubaan dan dugaan yang di kurniakan padamu. Janganlah sekali-kali berkata: ‘Andaikan hal ini tidak terjadi’, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali di sisi Allah SWT.

DASAR FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

MUQADDIMAH

Perjuangan Islam pada hari ini merupakan warisan perjuangan dari Rasulullah SAW. Semasa hayatnya, baginda telah melaksanakan tugas perjuangan dengan penuh tabah dan ketaqwaan. Apa yang diimpikan oleh baginda tidak lain ialah untuk mempastikan Islam terus terbela, berkembang dan memerintah dunia ini.

FIKRAH PARA PEJUANG ISLAM

Sehubungan dengan itu, kita bertanggungjawab memahami tugas dan tanggungjawab serta membuat persiapan rapi bagi mempastikan kemenangan Islam. Firman Allah SWT “Dan siapkanlah bagi menghadapi mereka (musuh), hendaklah membuat persiapan yang secukupnya sedaya upaya kamu dengan segala kekuatan yang perlu”.(Al-Anfaal: 60) “Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa”. (Surah An-Nur: 55).Sementara Rasulullah SAW pula bersabda, Diriwayatkan daripada Said bin Burdah dari ayahnya, dari neneknya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mengutusnya bersama Mu’az pergi ke Yaman. Sebelum berangkat Rasulullah s.a.w berpesan, "Permudahkanlah dan jangan mempersulitkan. Sampaikanlah khabar gembira dan janganlah menakut-nakuti. Dan bertimbang rasalah dan jangan selalu berselisih". Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda, "Janganlah kamu mengharapkan bertemu dengan musuh. Tapi jika kamu bertemu dengan mereka maka bersabarlah".Dan Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata, "Perjuangan yang benar dengan tidak mempunyaj strategi yang teratur akan tewas apabila berhadapan dengan perjuangan yang batil yang tersusun rapi rapi".

MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Fikrah perjuangan Islam merujuk kepada manhaj (sistem) perjuangan Islam yang menepati ciri-ciri Islami. Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan u’budiyyah kepada Allah dan menolak toghut sepenuhnya. Proses perjuangan ini hendaklah dilaksanakan mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu:

a. Rabbaniyyah: Rabbaniyyah adalah ciri utama Islam. Ini jelas kepada kita kerana Islam sendiri dari Allah yang bersifat Rabb. Para dua’at merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyeru kepada Islam. Allah menjelaskan selagi dua’t berada dalam manhaj Rabbani, mereka terus berada dalam pemelihraanNya:“dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhan, maka seungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami” (at-Thur:48).Manhaj Rabbani mampu melahirkan mukmin bersifat Rabbani dari segi i’tikad, pemikiran, cita-cita, percakapan dan perbuatan. Bersifat Rabbani bermaksud beriltizam kepada dasar-dasar perjuangan Islam sepenuhnya.

b. Syumuliyyah: Islam adalah lengkap dan sempurna, tidak terdapat padanya walaupun sedikit kekurangan atau ketidakseimbangan kerana agama ini diturunkan oleh Pencipta Yang Maha Agung.

c. Inqilabiyyah: Inqilabiyyah menurut Harakah Islamiyyah ialah melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyyah dari akar umbinya, meruntuhkannya dan menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu.

d. ‘Alamiyyah: Islam merupakan dakwah ‘alamiyyah merangkumi semua manusia di muka bumi ini. Daulah Islamiyyah tidak akan tertegak jika Harakah Islamiyyah di negara ini tidak mempunyai sifat ‘alamiyyah dalam melaksanakan manhaj mereka sama ada dari sudut keselarasan perancangan, strategi yang menyeluruh, kesepaduan dalam bidang tarbiyyah, kemahiran tenaga kerja dan seumpamanya.

PRINSIP-PRINSIP UMUM DALAM MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Dalam Sirah Rasulullah SAW, terdapat pelbagai bentuk tindakan yang telah dilakukan untuk mencapai matlamat menegakkan Daulah Islamiyyah. Berikut adalah beberapa prinsip umum dari perjuangan Rasulullah SAW:

a) Risalah Dan Jalan Penyampaian Yang Jelas: Firman Allah SWT:“Maka sampaikanlah oleh mu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepada mu dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik” (al-Hijr:94) Sirah Rasulullah SAW membuktikan bahawa Rasulullah menyampaikan ajaran Islam secara lansung dan jelas menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Justeru itu, manhaj harakah Islamiyyah mestilah berpegang kepada kejelasan risalah dari segi matlamat, kandungan dan cara penyampaian.

b) Bergerak Mengikut Kemampuan: Harakah Islamiyyah hendaklah bergerak mengikut kadar kemampuan tanzim. Kekuatan dan persediaan yang mantap dan bersungguh-sungguh perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan al-Qur’an:“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan kuda-kuda yang ditambat (dengan persiapan itu) kamu akan menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak ketahui”. (al-Anfal:60)

c) Melaksanakan Hazar (Waspada): Kaedah ini berdasarkan firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman ambilah langkah-langkah kewaspadaanmu dan majlah berkelompok atau majulah beramai-ramai”. (an-Nisa’:71)

d) Menimbang Kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syari’at: Para Ulama’ usul telah menta’rifkan tujuan umum penetapan hukum-hukum syari’at iaitu: “maksud umum daripada syara,’ dalam menetapkan hokum-hukum ialah untuk mewujudkan kemaslahatan manusia dengan memelihara perkara yang dhoruriyyat (tidak boleh tidak) bagi mereka dan menyempurnakan perkara haajiyyat (keperluan) dan tahsiniyyat (kebaikan) bagi mereka”.

Berpandukan kepada maksud umum syari’at Islam ini, maka setiap tindakan yang dilakukan hendaklah menetapi dua prinsip khusus iaitu menolak kemudharatan dan menghilangkan kesempitan. Untuk menepati prinsip ini, Harakah Islamiyyah hendaklah melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar dalam masyarakat dengan menekankan dua faktor penting iaitu berhikmah dalam segala tindakan dan mengambil kira waqi’ (keadaan semasa).

PENUTUP

Demikianlah fikrah dan manhaj perjuangan Islam yang disandarkan daripada tuntutan Nas dan Syara’ untuk sesebuah harakah Islamiyyah mencapai matlamat dan keredhaan Allah SWT dalam menegakkan Daulah Islamiyyah di muka bumi ini.

HADITH PILIHAN-HADITH KE 4(HADITH40)

HADITH KE-4 (HADITH 40)

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. (Rawahul bukhari).

Kefahaman Hadis :

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim : Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh : Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan. Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah:Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran. Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur’an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya..

WANITA DAN KEIMANAN (siri2)

Allah Subhanahuwataala menyeru manusia seluruhnya, samada lelaki atau perempuan:

“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain” (AliImran-195)

Allah Subhanahuwataala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang Islam serta orang-orang perempuan Yang Islam, dan orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman” (Al-Ahzab:35)

Allah menyebut wanita yang solehah, yang taat lagi memelihara kehormatannya.Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam datang dan memperkatakan tentang wanita Muslimah dan peranannya dalam kehidupan ini. Baginda berpesan supaya berbuat baik kepada wanita kerana wanita adalah saudara kandung lelaki dan dialah yang menguruskan anak-anak, mendidik anak-anak dan mengeluarkan para ulama dan para syuhada!!!

Baginda Sallallahua’laihiwasallam bersabda:

“Berpesanlah kepada kaum wanita dengan kebaikan”

Baginda bersabda lagi:

“Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik kepada isterinya, dan aku adalah sebaik-baik kamu kepada Isteriku” (Rawahu Bukhari)

Baginda berkata kepada anaknya Fatimah serta kepada Ali:

“…Mahukah kamu berdua aku tunjukkan tentang kebaikan untuk kamu berdua lebih baik daripada pembantu? Kamu berdua bertasbih kepada Allah 33kali, bertahmid 33kali dan bertakbir 33kali.” (Rawahu Muslim)

Baginda mendidik anak perempuannya,Fatimah, supaya bertaqwa kepada Allah, bertasbih, beribadah, bertahmid dan berhubungan dengan Yang Maha Hidup lagi Maha Mengatur urusan makhlukNya. Fatimah hidup dalam rumah kenabian, sehingga dia disusui dengan iman dan al-Quran dan lahir atas perkara Lailahaillallah… Justeru, wahai saudari seagama, marilah kita berhias dengan iman dan penuhi hati dengan Iman. Sebab ramai wanita berhias dengan emas dan perak, tetapi mereka hilang kemuliaan, kesucian diri, memelihara pandangan dan iman. Mereka tidak mendapat redha Allah, tidak mendapat cintaNya, tidak mendapat tabirNya, dan tidak mendapat kehidupan yang menyenangkan. Kerana tidak ada rasa aman dan kedamaian bagi muslim dan Muslimah kecuali dengan agama ini.

"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta". ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku Dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?" Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan Demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". ( Tahaa:124-126)

Berikut adalah kisah-kisah para wanita solelah yang boleh kita teladani:

1) Isteri Fir’aun: Asiah Radiallahu’anha Ia mengakui bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan memenuhi hatinya dengan iman. Dia taat kepada ArRahman sedangkan suaminya adalah dajjal, penderhaka, dan kafir yang wajahnya akan dijerumuskan dalam neraka. Dia memilih tetangga sebelum kediaman. Dia telah meminta bertetangga dengan Allah Yang Maha Esa dan Syurga tempat tinggal yang luasnya seluas langit dan bumi, Dia menginginkan untuk dekat dengan Allah. Dan Allah berfirman, tentang pengharapan dan doa yang mengagumkan:

"Wahai Tuhanku! binalah untukku sebuah Rumah di sisiMu Dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum Yang zalim" (At Tahrim: 11)

2) Ummu Anas: Ketika Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam datang ke Madinah, dia mencari hadiah untuk dihadiahkan kepada baginda, tetapi tidak mendapatinya selain anak lelakinya, kesayangannya dan belahan hatinya, Anas. Lalu, dia memandikannya, memakaikan pakaian, dan memberi wangi-wangian. Lalu, dia pergi membawa anak lelakinya yang masih berusia 10tahun dan berkata:

“Wahai Rasulullah, Anas adalah anak lelakiku dan orang yang paling aku cintai, aku hadiahkan kepadamu untuk membantumu sepanjang hidup. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuknya.”

Maka Rasulullah pun bersabda: “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, perbanyakkanlah harta dan anaknya, dan ampunilah dosanya.” (Rawahu Ahmad)

Wanita beriman ini maharnya dalam Islam merupakan mahar yang paling besar. Maharnya adalah Islam. Abu Talhah yang masih musyrik melamarnaya untuk menjadi isteri, maka ia berkata:

“ Kamu musyrik dan aku Muslimah. Demi Alla, aku tidak menikah denganmu sehingga kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.”

Abu Talhah mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.”

Abu Talhah bersujud kepada Allah, lalu ia menikah dengannya.

Mereka berkata: “Kami tidak pernah mendengar pada masa jahiliyyah ataupun Islam mahar yang lebih besar daripada mahar Ummu Sulaim” (bersambung)

PETIKAN DARI “KELUARGA BERSENDI TAQWA”

PETIKAN DARI “KELUARGA BERSENDI TAQWA”

OLEH:DR. ‘AIDH ABDULLAH ALQARNI

SUKA DUKA SEORANG GADIS(siri 1)

Puji dan sanjungan adalah hak Allah. Selawat dan salam sebanyak-banyaknya sentiasa dicucuri ke atas Rasululah, keluarga dan para sahabatnya.

Wahai saudara perempuanku Muslimah yang beriman, wahai pencetak para generasi dan ibu para pemuda Islam, para panglima, para ulama dan pembesar!!! Kamu diminta pertanggung-jawaban di hadapan Allah Subhanahuwata’ala tentang perananmu dalam kehidupan ini.

Mengapa kamu diciptakan? Mengapa kamu diadakan? Mengapa kamu berjalan di muka bumi?

Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam jugalah yang telah memberi tekad kepada wanita dalam kehidupan ini, lalu menjadikannya sebagai para ibu, isteri, saudara, pengajar, pendidik, pemimpin dan pemelihara.

Dalam lembaran-lembaran ini ada permasalahan yang ingin saya sampaikan kepada setiap gadis dan wanita yang menginginkan Allah dan negeri Akhirat.

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg
tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan
fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi
segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya ini adalah pilihan Mu
diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan
terus bersamaMu

bimbinglah tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha
atas segala nya

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan
tawaduk akan segala perintahMu

Peliharalah tingkah laku serta
kata-kataku

rahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi
segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik
untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya aku tergoda dengan
keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
bertaubat
Sekiranya aku tunduk terhadap nafsu
yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku
memperbetulkan keadaan
Sekiranya aku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik diri
keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik
untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala
kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam
tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan
diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi insan soleh

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala
harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi
cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi yang
dirahmati
insan yang dikasihi
insan yang soleh
insan yang sentiasa dihati

Jadikanlah Daku pejuangMu

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu

Seorang hamba Allah pernah menulis : " Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah… ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali,

cuba

baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang."

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…


Keindahan ciptaan ALlah

Mampukah kita sebagai makhluqNya mencipta sebegini.
Maha suci ALlah yang berkuasa melakukan segalanya.
Kita sebagai hambanya patut mensyukuri segala niqmat yang diberikanNya.Iceberg

klik di sini


Tuesday, February 10, 2009

About Struggling...


A man found a cocoon of a butterfly. One day a
small opening appeared. He sat and watched the
butterfly for several hours as it struggled to force its
body through that little hole. Then it seemed to stop
making any progress. It appeared as if it had gotten
as far as it could, and it could go no further.

So the man decided to help the butterfly. He took
a pair of scissors and snipped off the remaining bit
of the cocoon.

The butterfly then emerged easily. But it had a
swollen body and small, shriveled wings.

The man continued to watch the butterfly because
he expected that, at any moment, the wings would
enlarge and expand to be able to support the
body, which would contract in time.

Neither happened! In fact, the butterfly spent the
rest of its life crawling around with a swollen body
and shriveled wings. It never was able to fly.

What the man, in his kindness and haste, did not
understand was that the restricting cocoon and
the struggle required for the butterfly to get
through the tiny opening were Allah's way of
forcing fluid from the body of the butterfly into
its wings so that it would be ready for flight
once it achieved its freedom from the cocoon.

Sometimes struggles are exactly what we need in
our lives. If Allah allowed us to go through our
lives without any obstacles, it would cripple us.

We would not be as strong as what we could
have been. We could never "fly"!

I asked for Strength.........
And Allah gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom.........
And Allah gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity.........
And Allah gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage.........
And Allah gave me Danger to overcome.

I asked for Love..........
And Allah gave me Troubled people to help.

I asked for Favors........
And Allah gave me Opportunities.

I received nothing I wanted ........
I received everything I needed!


p/s: since everybody now, many of us are currently in the exam mood... hope this story will do help you anyway... i found it really thoughtful... hope all of you feel the same too... bittaufiq wannajah to all... may all of us shall be showered by the Almighty's blessings

memorize the Qur'an

Allah says in the Holy Qur’an (interpretation of the meaning):Those who recite the Book of Allah, establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly and openly, hope for commerce that will never fail” (Fatir 35:29)

Abdullah ibn Amr ibn Al-As may Allah bless him reported: The Prophet peace be upon him said, "The one who was devoted to the Qur'an will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite.''' [Abu Dawud and At-Tirmidhi].

This Hadith mentions the merit of those who memorize part or all of the Qur'an. Some scholars, in explaining this Hadith, have mentioned that the number of ranks (levels) in Paradise is equal to the number of ayahs in the Qur’an, and that a believer will rise one rank for each ayah that he or she memorizes.

In another Hadith, Othman ibn Affan may Allah bless him reported that the Messenger of Allah peace be upon him said
, "The best amongst you is the one who learns the Qur'an and teaches it.'' [Al-Bukhari].

In what follows we list a few hints regarding memorizing the Qur’an, some of which were presented to us by the knowledgeable Sh. Osama Abdul-Azeem of Al-Azhar University in Cairo, Egypt.

  • First, make sure to correct your tawbah (repentance to Allah), as sins do not leave any room for the Words of Allah. The Imam Al-Shafie has a famous verse of poetry in which he complained to his scholar about having difficulty in memorizing.

  • His scholar advised him to abandon sins Have your intention ready, and bear in mind the reward and virtues of this great deed as mentioned in the Hadiths above. Ask Allah sincerely to assist you in accomplishing this.

  • Dedicate a specific time each day (or every couple of days) for memorizing. This should be a time when you are not busy with other things.

  • Use the same copy of the Qur’an each time. This is because your mind takes a ‘snapshot’ of the pages.

  • Start with the surahs that are easiest to you. Many people recommend beginning with the last five juz’s (the 30th, then the 29th, and so on).

  • Other surahs to begin with are those that you enjoy reciting most of all, and those that you frequently listen to and thus probably already know part of by heart.

  • The younger you are, the easier it will be. As you grow older, you get busier and your capacity for memorizing decreases. However, it’s never too late in shaa Allah. If you haven’t memorized a lot during your childhood or teens, you can still catch up.

  • After completing a couple of ayahs, recite them in the next nafl (voluntary prayer) that you pray. Alternatively, practice them with a friend or your spouse.

Finally, it might be a good idea to work in groups, encouraging one another. If you are trying to get your children to memorize, you might want to create a sense of competition among them and then provide some reward to whoever memorizes best. May Allah guide us to all that pleases Him, Ameen.

about the verse were Allah mentions

A famous saint and scholar from the pious "Salâf" named Ibrahim Ibn Adham (rahimahuLLâh) was once asked by his students about the verse were Allah mentions:

{ "Call on Me, I will answer your prayer" } (40:60)

And they asked:
'we supplicate (pray) but we are not answered.'

His reply was:

You know Allah, yet you do not obey Him.
You recite the Quran, yet you do not act according to it.
You know shaitân, yet you have agreed with him.
You proclaim that you love the messenger of Allah, yet you abandon his sunnah.
You proclaim your long for paradise, yet you do not act to gain it.
You proclaim your fear the fire, yet you do not prevent yourselves from sins.
You say: 'indeed death is true', yet you have not prepared for it.
You busy yourselves with finding the faults with others, yet you do not look at your own faults.
You eat that which Allah has provided for you, yet you do not thank him.
You bury your dead, yet you do not take a lesson from it.

-----------------------------------------------------------------------

May Allah make it easy for us to reflect, and act upon these noble and pious words and guide us towards the clear and pure following of the Messenger's authentic sunnah in the light of the understanding that we find within the pious predecessors as-salâf as-sâlihîn, and not to follow our own desires and understandings, amiin...

A prayer for the inneed.....



>> An old, sad woman talked to Mahna's Sheikh:
"Teach me to pray for joy, for pity's sake -
I've suffered so much that I cannot bear
To think of future grief - give me some prayer
To murmur every day."
The sheikh replied:
"How many years I wondered far and wide
Until I found the fortress that you seek -
It is the knee, bend it, accept, be meek;
I found no other way - this remedy,
And only this, will cure you of your misery.
<<

different-path.


It's time to go, to leave this place
A shadowy voice does cry.
But the voice belongs to me alone,
And still I wonder why.

The time is here upon me now
Like a weight, heavy pounding.
Or has it Lifted? Hard to tell
The Questions keep arising.

The unknown awaits, as it does
For foolish few who dare.

Is it foolishness?

Curiosity perhaps?

Or something I'm not aware.

For I am scared and poignant now
More than ever at present.
Tears cloud my eyes as pen meets paper,
And I hope for my ascent.

I leave behind what I comprehend
And even with all communication.
I know for now without doubt,
I drift, en route a new location.

But who's to say what shall pass
And what still lies ahead.
I only know that were I'm at,
I'll yearn 'till forever dead.

Yet for now the flame still burns inside
However daily dying.
To light the path less traveled by
In haste I'm already striding.

But am I running from that I cannot?

Escape from oneself is ever brief.
Before we are again confronted,
Hunting for relief.

Yet still I follow my perilous path
To wherever it might be leading.
And well it may, onto something new,
And strangely more inviting.

Or perhaps not . . .

But who's to know, not I as yet
The fate of anyone on this Earth,
I wouldn't like to guess

For life can lead in many ways
Often now undesired.

And art is born of life

Hard, dejected and trodden.

Finding it is a difficult thing
Sometimes left without thought.
But time it ticks, and years they fly,
I'm sure it can't be bought.

So we search, as do I
For things that bring on the 'morrow.
The weak are those who don't pursue,
And languish in their sorrow.

Happiness is that I chase
And hope to find someday.
I'll count the means again I'm sure,

There is always another way . .

HIKAMUN AMSAL



"walaupun bukanlah titisan darah yang mengalir pada bilahan mata pedang di waktu perang, hanya sekadar titisan dakwat dari sebatang mata pena di atas helaian kertas. Namun, ianya tetapkan berharga dan bernilai di sisi ALLAH jika segala-galanya Untuk fi sabilillah.."

"korbankan kehidupanmu untuk Islam, sesungguhnya, itulah sebesar-besar pengorbanan di sisi ALLAH.."

"nikmat yang paling manis apabila ALLAH mentarbiyyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah atas nama aqidah mampu berhadapan dengan sekalian mehnah.."

"perjuangan secebis jihad kadang-kadang meruntun rasa sekeping hati. Namun, tiap kali kegetiran melanda, tika itulah kita kembali mengenal kitalah pejuang sebenarnya.."

"hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan tawa. Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia. Apatah lagi yang mencintai dunia sementara. Syurga itu hadiah buat mereka yang berusaha mendapatkannya.."

"ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah."

"pena perjuangan sentiasa menulis kebenaran, iman pejuang sentiasa tinggi melangit, sabar pejuang sentiasa bersedia menghadapi kesusahan kerana dihidangkan di hadapannya syurga yang telah dijanjikan."

"perjalanan menempuh usia, menuntut jutaan pengorbanan. Antara tawa dan air mata, gadaian kita hanyalah syurga. segala rela dan paksa , melaksanakan syiar di bumi-Nya. masih ada masa membetulkan yang tersalah, menyatukan yang terpisah.."

"dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk terus hebat. mereka tepu dengan masalah dan ujian. Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba, berdepan dengan belaian Pencipta.."