Tuesday, December 23, 2008

Rahsia di sebalik pergerakan Solat.

Dalam buku Mukjizat Gerakan Solat, Madyo Wratsongko MBA, mengungkapkan

bahawa pergerakan dalam Solat dapat:

  • Mengendurkan urat saraf dan mengaktifkan system haba dalam tubuh.
  • Membuka pintu oksigen ke otak.
  • Mengeluarkan arus negative dari tubuh.
  • Membiasakan pembuluh darah halus di otak mendapatkan tekanan tinggi.
  • Membuka pembuluh darah di bahagian dalam tubuh (arteri jantung).

Mengangkat takbir dengan membuka dada, memberikan aliran darah dari pembuluh yang terdapat

di lengan untuk dialirkan ke bahagian otak bagi mengatur keseimbangan tubuh.

Rukuk dapat merawat kelenturan tulang belakang yang berisi sumsum tulang belakang

(sebagai pusat saraf manusia) dan dapat memelihara kelenturan tuas system keringat

yang terdapat di belakang pinggang, paha dan betis belakang.

Berdiri tegak dengan mengangkat tangan, darah dari kepala akan turun ke bawah,

sehingga bahagian pangkal otak yang mengatur keseimbangan berkurang tekanan

darahnya dan dapat menjaga saraf keseimbangan tubuh dan mencegah pengsan secara tiba-tiba.

Sujud dapat memaksimumkan aliran darah dan oksigen ke otak atau kepala,

termasuk pada mata, telinga, leher serta hati , sujud juga efektif untuk membongkar

sumbatan pembuluh darah di jantung, sehingga risiko terkena jantung koroner dapat diminimumkan.

Duduk di antara dua sujud dapat menyimbangkan system arus dalam tubuh dan

dapat menjaga kelenturan saraf di bahagian paha, cekung lutut , cekung betis

sehingga jari-jari kaki.

Sujud dapat mengalirkan darah ke satu ruang di bahagian kepala yang mana darah

tidak dapat memasukinya sekiranya kita berdiri.

Wednesday, December 3, 2008

Kisah untuk iqtibar

Gergorius Theodorus [Jirjah tidor]

Berlaku pada peperangan Yarmuk diantara tentera Islam pinpinan Khalid ibnu Walid dengan tentera Rom pinpinan Theodore.

Semasa berlaku pertarungan sengit satu lawan satu antara Khalid ibnu Walid dengan Gergorius seorang pahlawan Rom yang terbilang,tiba-tiba Gergorius berkata kepada Khalid ibnu Walid ‘boleh kita berhenti rehat sebentar?tanya Khalid ibnu Walid mengapa?Saya mahu bertanya kepada saudara dan saya harap saudara dapat menjawab soalan ini dengan jujur.

Khalid ibnu Walid pun menjawab baiklah,Gergorius bertanya,benarkah saudara mendapat gelaran Pahlawan Pedang Allah [saiffullah]?Khalid ibnu Walid menjawab benar.Gergorius bertanya lagi benarkah tuhan turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada saudara?Tidak benar jawab Khalid ibnu Walid.Kalau begitu mengapa saudara digelar Pedang Allah? Tanya Gergorius.

Tuhan mengutuskan seorang Nabi di kalangan kami.Pada mulanya,saya juga menentang utusan tuhan itu iaitu Nabi Muhammad,tetapi kemudian saya mendapat hidayah dari Tuhan lalu saya menjadi penyokong setia baginda.Pada suatu hari,Nabi Muhammad berkata saya adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang tuhan yang terhunus kepada kaum musyrik,jelas Khalid ibnu Walid.

Baginda berdoa kepada Tuhan supaya saya menang dalam peperangan menegakkan agamaNya.Kemudian saya diberi gelaran Pedang Allah[saiffullah].Sejak itu saya bersikap keras kepada mereka yang menentang Islam.

Gergorius bertanya lagi,apa yang saudara seru kepada manusia semasa menjalankan tugas?,jawab Khalid ibnu Walid,saya menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Tanya Gergorius lagi,bagaimana sekiranya mereka menolak seruan saudara?,mereka perlu membayar jizyah jawab Khalid ibnu Walid,sekiranya mereka tidak mahu Tanya Gergarious,jawab Khalid ibnu Walid kami perangi mereka.

Gergorius bertanya lagi,sekiranya hari ini ada orang menerima seruan saudara dan memilih seruan pertama saudara,apakah taraf kedudukan orang itu di kalangan saudara sekelian?

Khalid ibnu Walid mulai faham mengapa panglima Rom itu banyak menyoalnya,maka dihati Khalid ibnu Walid berkata’Maha suci ALlah yang dapat melembutkan setiap hati yang keras’.

Maka Khalid ibnu Walid pun menjawab soalan Gergorius tadi,kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia,hina,miskin ataupun kaya,Tanya Gergorius lagi,apakah orang yang baru memeluk agama saudara pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?

Kasiat kurma

Sabda Nabi s.a.w “ Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”. [Hadis riwayat Imam Bukhari]

Syarat memasuki syurga ALlah

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda, “ Apakah kamu semuanya suka untuk memasuku syurga?”, mereka berkata “ Ya , wahai Rasulull ,” Rasulullah s.a.w bersabda “ Sedikitlah dalam berangan-angan dan tetapkanlah ajalmu di depan mata dan malulah kamu kepada ALlah dengan sebenar-benarnya malu.”Mereka berkata “ Wahai Rasulullah,kami semuanya malu kepada ALlah.” Rasulullah s.a.w menjawab “Yang dikatan malu kepada ALlah bukanlah seperti itu,tetapi malu kepada ALlah ialah tidak melupakan kubur serta kehancuran tubuh,tidak melupakan perut serta makanan yang terdapat didalamnya,tidak melupakan kepala dan apa yang difikirkannya.Orang yang menginginkan kemulian akhirat,maka ia akan meninggalkan perhiasan dunia,pada waktu itulah seorang hamba baru boleh dikatan malu kepada ALlah dan disitu pula dia mendapat perlindungan daripada ALlah.”

[Hadis riwayat Abu Na’im]

Kelebihan bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah khususnya 10 hari yang awal adalah hari-hari yang istimewa. Kita digalakkan memperbanyakkan amalan kerana ganjaran yang sangat besar disediakan oleh Allah. Peluang begini tidak mungkin dilepaskan begitu saja oleh orang-orang yang beriman . Beberapa hadith Nabi SAW tentang kelebihan melakukan amal saleh pada 10 hari yang awal daripada bulan Zulhijjah.

Kelebihan beramal pada 10 hari dalam bulan Zulhijjah

Beberapa hadith Nabi SAW tentang kelebihan melakukan amal saleh pada 10 hari yang awal daripada bulan Zulhijjah.

1) Sabda Nabi SAW “Tiadalah hari yang lebih baik dilakukan amal saleh di sisi Allah Taala daripada hari-hari ini (10 hari bulan Zulhijjah)”Para sSahabat bertanya “ Wahai Rasulallah , walaupun jihad di jalan Allah? Jawab Nabi SAW “ Walaupun jihad di jalan Allah, melainkan seorang yang keluar (untuk berjihad) dengan harta benda dan jiwa raganya dan kemudiannya ia tidak kembali dengan sesuatu pun (ia mati syahid)” Riwayat jemaah melainkan Imam Muslim dan an Nasa’i

2) Riwayat Tabrani, Ahmad daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda “ Tiadalah hari-hari yang lebih besar dan lebih disukai Allah dilakukan amal saleh padanya daripada hari-hari 10 Zulhijjah, maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid”.

3) Riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda “ Tiada hari yang lebih disukai Allah taala dilakukan ibadah padanya daripada 10 hari dalam bulan Zulhijjah, puasa setiap hari daripadanya sama seperti puasa setahun, melakukan qiamullail pada setiap daripada malamnya sama dengan melakukan qiamullaih pada malam al Qadr (lailatul qadr) Riwayat Tarmizi, Ibn Majah dan Baihaqi.

4) Imam al Auza’ie berkata “ Telah sampai kepadaku bahawa melakukan amalan pada salah satu hari daripada 10 Zulhijjah sama seperti berperang di jalan Allah, berpuasa disiangnya dan berjaga pada malam harinya melainkan seseorang yang berjihad kemudian ia dikurniakan dengan kelebihan syahid.

5) Ibn Umar dan Abu Hurairah keluar ke pasar pada hari-hari 10 Zulhijjah dalam keadaan bertakbir , lalu orang ramai bertakbir bersama-sama mereka. Riwayat Bukhari.

6) Sahabat Nabi Sai’d bin Jubair , apabila masuk sahaja bulan Zulhijjah dia bersungguh-sungguh melakukan amalan, sehingga tidak dapat dikira.

7) Menurut Ibn Abbas ayat Allah “ Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari tertentu” ialah 10 hari dalam bulan Zulhijjah


Monday, December 1, 2008

Salam Aidil Adha

Sudah agak lama kita tidak berjumpa dalam laman ini,ini oleh kerana kesan kesibukan sepanjang masa yang dialami oleh kita yang bernama manusia.

Kehidupan kita diatas muka bumi ini seringkali dan saban hari terlalu sibuk,sehinggakan ada hambaNya yang terlupa untuk menunaikan solat ataupun kalau teringat,cuma dapat luangkan masa sekadar 2,3 minit,ini bukan apa kerana terlalu sibuk.

Kesibukkan kita kekadang membataskan tanggungjawab kita terhadap agama,masyarakat dan keluarga.Oleh yang demikian itu sempena menjelangnya Aidil Adha tidak berapa lama lagi,marilah kita bersama-sama mengambil ruh aidil adha ini untuk menjana kehidupan yang lebih sempurna dengan meluangkan lebih masa untuk mendekatkan diri pada ALlah.

Saudara-saudara kita yang terpilih oleh ALlah,kini berada dikota yang dirahmati oleh ALlah,iaitu Kota Makkah al Mukarramah,sedang tekun menunaikan ibadah haji,doa kita semoga mereka mendapat haji yang Mabrur.Dan harapan kita juga semoga pada satu masa nanti ALlah akan memilih kita juga menjadi tetamuNya.

Disini saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf dan saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.Maaf Zahir Batin.Minal Aidil wal Faizin.

Friday, October 17, 2008

SALAM AIDIL FITRI.

Ramadhan telah berlalu,kini syawal menjelang tiba,kesedihan amat dirasai apabila ramadhan meninggalkan kita.Ruh ramadhan masih dirasai dan harapan kita semoga roh ramadhan dapat kita bawa dalam menempuh bulan-bulan seterusnya.Kita amat kesal ada segolongan dari kita,apabila tibanya syawal maka mereka amat gembira sekali,seakan-akan perginya ramadhan seperti terlepas dari bebanan yang ditanggong,maka sambutlah mereka bulan syawal itu dengan penuh kesukaan dan kegembiraan.

Maka berlakulah banyak kemungkaran dan kemaksiatan pada bulan yang mulia ini,bersalam-salaman diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sudah menjadi halal,percampuran lelaki perempuan berleluasa,hiburan disana-sini,makan dan minum tanpa had dan batas,halal dan haram sudah tidak diendahkan,rayalah katakan.

Amat merunsingkan para remaja bail lelaki maupun perempuan,pakaian-pakaian untuk mereka menyambut Aidil Fitri amat menyakitkan mata.Yang amat ketara bagi remaja perempuan,ada yang berpakaian tetapi amat menjolok mata.Ada yang ketat dan sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh,terbelah kiri dan kanan,depan dan belakang,berseluar jeans atau bukan jeans yang ketat dan bermacam-macam gaya dan fesyen yang sedikitpun tidak menampakkan pakaian yang menepati pakaian Islam.

Dalam keadan yang demikian,harapan kita agar ada diantara kita yang terlanjur kembali semula kepa fitrah yang dituntut oleh ALlah,kembali kepada sifat asal kejadian kita,patuh tunduk dan sujud pada ALlah.Marilah kita bersama-sama kembali melakukan apa yang diperintah oleh ALlah dalam kegembiraan menyambut aidil fitri dengan sambutan yang tidak lari dengan tuntutan ajaran Islam.

Kita tetap dan masih boleh menyambut Aidil Fitri dengan keriangan dan kegembiraan tetapi hendaklah tidak lari dari norma-norma orang yang beriman pada ALlah.Hindarkan diri dari percampuran dan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim,jangan bersalam dengan lelaki atau perempuan yang bukan muhrim,jangan makan dan minum berlebihan atau denga kata lain sederhanalah dalam segalanya.

Mudah-mudahan sambutan Aidil Fitri kita pada kali ini membawa rahmat dan berkat dari ALlah azzawajalla.

Wassala wa ilalliqa.Maaf zahir batin.eid mubarak ho.