Wednesday, December 3, 2008

Kelebihan bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah khususnya 10 hari yang awal adalah hari-hari yang istimewa. Kita digalakkan memperbanyakkan amalan kerana ganjaran yang sangat besar disediakan oleh Allah. Peluang begini tidak mungkin dilepaskan begitu saja oleh orang-orang yang beriman . Beberapa hadith Nabi SAW tentang kelebihan melakukan amal saleh pada 10 hari yang awal daripada bulan Zulhijjah.

Kelebihan beramal pada 10 hari dalam bulan Zulhijjah

Beberapa hadith Nabi SAW tentang kelebihan melakukan amal saleh pada 10 hari yang awal daripada bulan Zulhijjah.

1) Sabda Nabi SAW “Tiadalah hari yang lebih baik dilakukan amal saleh di sisi Allah Taala daripada hari-hari ini (10 hari bulan Zulhijjah)”Para sSahabat bertanya “ Wahai Rasulallah , walaupun jihad di jalan Allah? Jawab Nabi SAW “ Walaupun jihad di jalan Allah, melainkan seorang yang keluar (untuk berjihad) dengan harta benda dan jiwa raganya dan kemudiannya ia tidak kembali dengan sesuatu pun (ia mati syahid)” Riwayat jemaah melainkan Imam Muslim dan an Nasa’i

2) Riwayat Tabrani, Ahmad daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda “ Tiadalah hari-hari yang lebih besar dan lebih disukai Allah dilakukan amal saleh padanya daripada hari-hari 10 Zulhijjah, maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid”.

3) Riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda “ Tiada hari yang lebih disukai Allah taala dilakukan ibadah padanya daripada 10 hari dalam bulan Zulhijjah, puasa setiap hari daripadanya sama seperti puasa setahun, melakukan qiamullail pada setiap daripada malamnya sama dengan melakukan qiamullaih pada malam al Qadr (lailatul qadr) Riwayat Tarmizi, Ibn Majah dan Baihaqi.

4) Imam al Auza’ie berkata “ Telah sampai kepadaku bahawa melakukan amalan pada salah satu hari daripada 10 Zulhijjah sama seperti berperang di jalan Allah, berpuasa disiangnya dan berjaga pada malam harinya melainkan seseorang yang berjihad kemudian ia dikurniakan dengan kelebihan syahid.

5) Ibn Umar dan Abu Hurairah keluar ke pasar pada hari-hari 10 Zulhijjah dalam keadaan bertakbir , lalu orang ramai bertakbir bersama-sama mereka. Riwayat Bukhari.

6) Sahabat Nabi Sai’d bin Jubair , apabila masuk sahaja bulan Zulhijjah dia bersungguh-sungguh melakukan amalan, sehingga tidak dapat dikira.

7) Menurut Ibn Abbas ayat Allah “ Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari tertentu” ialah 10 hari dalam bulan Zulhijjah


No comments: