Tuesday, December 23, 2008
selamat tahun baru 2009
semoga ALlah memberkati hidup kita dan dirahmatiNya.
isilah saki baki usia kita dengan memperbanyakkan amalan.
mati tidak mengenal usia.
bersyukurlah pada ALlah kerana masih lagi memberi kita niqmat
iman dan islam serta niqmat nyawa.
kerana kita masih lagi dapat bernyawa hingga ke hari ini.
Jangan Hampiri Zina
FIRMAN ALLAH:
JANGANLAH MENGHAMPIRI ZINA.
SESUNGGUHNYA ZINA ITU PERBUATAN YANG AMAT KEJI,
SESAT DAN SEBURUK-BURUK JALAN
SABDA RASULULLAH:
SESUNGGUHNYA AKU LEBIH RELA KEPALAKU DITUSUK
OLEH BESI PANAS DARIPADA AKU MENYENTUH PEREMPUAN –
PEREMPUAN YANG BUKAN MUHRIMKU.
Ulasan: Kerana ditusuk dengan api dunia itu terlalu ringan pedihnya berbanding perit
azab yang bakal diterima oleh manusia yang melakukan maksiat zina di akhirat kelak
SABDA RASULULLAH:
DARIPADA ENGKAU MENYENTUH DAN MEMELUK PEREMPUAN-
PEREMPUAN YANG TIDAK HALAL BAGIMU, ADALAH LEBIH BAIK KAMU
MEMELUK BABI YANG PENUH BERLUMURAN DENGAN LUMPUR
Ulasan: walaupun babi penuh dengan Lumpur itu jijik pada pandangan mata manusia,
ia lebih mudah dibersihkan (dengan menyuci tempat terkena najis dengan air tanah).
Tetapi kekotoran akibat dosa menyentuh perempuan bukan mahram tidak semudah
itu dipadamkan. Malah akan semakin cenderung untuk terjebak dengan dosa yang
lebih besar, melemahkan iman dan menggelapkan hati.Akhir sekali terpaksa menanggung
azab yang teramat sangat di akhirat
NIKMAT DIDUNIA HANYALAH 1 % SAHAJA BERBANDING 99%
LAGI NIKMAT YANG DISEDIAKAN ALLAH UNTUK HAMBA-
HAMBANYA
YANG BERIMAN DI AKHIRAT. DENGAN NIKMAT YANG CUMA
1 % ITUPUN
MANUSIA SUDAH MERASAI NIKMAT YANG TAK TERHINGGA.
BAYANGKAN
BETAPA BESARNYA NIKAMAT DI KHIRAT KELAK. TENTU TAK
TERBAYANGKAN?
ULASAN: Alangkah ruginya kalau kita berlumba-lumba untuk mendapat nikmat
didunia yang sedikit itu dengan melakukan perkara yang di benci Allah, sehingga
menyebabkan kita kehilangan peluang untuk mendapat 99%lagi nikmat di akhirat
Lebih bodoh lagi, hanya kerana menikmati 1 % keseronokan itu, sebenarnya
kamu sedang menempah tiket untuk menanggung 99% kali ganda azab Allah di akhirat. .
Semuanya kerana tidak mampu bersabar dengan ujian kesusahan yang sedikit.
Tak berbaloi lansung
Tidakkah Ujian untuk melawan keinginan hawa nafsu yang sementara di dunia ini
terlalu ringan dibandingkan dengan seksaan dibakar dalam api neraka yang menghancurkan
seluruh tubuh manusia buat selama-lamanya. Tidakkah itu kerja bodoh.
Hanya kerana tak sabar untuk dapat 1 %keseronokkan, kamu terpaksa
menanggung 99 kali ganda kesusahan. Bodoh memang bodoh.Nanti kamu
hanya mampu meraung melihat orang -orang yang bersabar melawan keinginan
nafsu di dunia, bersenang-senang dengan 70 bidadari masing masing.
Cantiknya, masyaallah beribukali ganda dari awek kamu sekarang.
Kamu pulak ….?Baru padan muka.
FIRMAN ALLAH DALAM HADIS QUDSI:
BERSABARLAH UNTUK TIDAK MELAKUKAN DOSA,
KERANA KAMU PASTI TIDAK AKAN MAMPU BERSABAR
UNTUK MENANGGUNG AZAB DI AKHIRAT
BUKAN PERBUATAN ZINA SAHAJA YANG DITEGAH, TETAPI
SEMUA PINTU-PINTU YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA ZINA
ADALAH DITEGAH
1) MATA YANG MEMANDANG PERKARA-PERKARA YANG
DIHARAMKAN ALLAH,AKAN DIPENUHI DENGAN API NERAKA.
KAKI-KAKI ZINA AKAN DI BANGKITKAN ALLAH PADA HARI
KIAMAT DENGAN KEMALUANNYA YANG TERBAKAR
MENYALA-NYALA DENGAN API NERAKA. AZABNYA..
ZINA MEROSAKKAN KETURUNAN MANUSIA, MELANGGAR
HAK ALLAH DAN HAK WANITA ITU SERTA KELUARGANYA
KETIKA KAMU MAHU BERZINA FIKIRRKANLAH,APAKAH
KAMU MAHU IBU KAMU, SAUDARA PEREMPUAN KAMU,
ADIK PEREMPUAN KAMU DAN WANITA-WANITA LAIN
DIZINAI JUGA OLEH ORANG LAIN? SEBAGAI ORANG YANG WARAS,
TENTU KAMU TAK
WANITA YANG KAMU INGIN ZINAI ITU JUGA MEMPUNYAI
ORANG-ORANG YANG MENYAYANGINYA. YANG TAK SANGGUP
MEMBIARKAN DIA DIZINAI
TIDAK AKU TINGGALKAN SELEPAS AKU FITNAH YANG
LEBIH BESAR KEPADA LELAKI , MELAINKAN FITNAH YANG
ADA PADA SEORANG WANITA.
Ulasan: Seperti kita tahu , wanita kurang akalnya. Kerana itu saksi perempuan
perlu 4 orang berbanding saksi lelaki Cuma 2 orang. Mereka lebih kuat emosi.
Mereka juga kurang agamanya, kerana solat dan ibadat lain yang terhenti bila
datang haid.
Rahsia di sebalik pergerakan Solat.
Dalam buku Mukjizat Gerakan Solat, Madyo Wratsongko MBA, mengungkapkan
bahawa pergerakan dalam Solat dapat:
- Mengendurkan urat saraf dan mengaktifkan system haba dalam tubuh.
- Membuka pintu oksigen ke otak.
- Mengeluarkan arus negative dari tubuh.
- Membiasakan pembuluh darah halus di otak mendapatkan tekanan tinggi.
- Membuka pembuluh darah di bahagian dalam tubuh (arteri jantung).
Mengangkat takbir dengan membuka dada, memberikan aliran darah dari pembuluh yang terdapat
di lengan untuk dialirkan ke bahagian otak bagi mengatur keseimbangan tubuh.
Rukuk dapat merawat kelenturan tulang belakang yang berisi sumsum tulang belakang
(sebagai pusat saraf manusia) dan dapat memelihara kelenturan tuas system keringat
yang terdapat di belakang pinggang, paha dan betis belakang.
Berdiri tegak dengan mengangkat tangan, darah dari kepala akan turun ke bawah,
sehingga bahagian pangkal otak yang mengatur keseimbangan berkurang tekanan
darahnya dan dapat menjaga saraf keseimbangan tubuh dan mencegah pengsan secara tiba-tiba.
Sujud dapat memaksimumkan aliran darah dan oksigen ke otak atau kepala,
termasuk pada mata, telinga, leher serta hati , sujud juga efektif untuk membongkar
sumbatan pembuluh darah di jantung, sehingga risiko terkena jantung koroner dapat diminimumkan.
Duduk di antara dua sujud dapat menyimbangkan system arus dalam tubuh dan
dapat menjaga kelenturan saraf di bahagian paha, cekung lutut , cekung betis
sehingga jari-jari kaki.
Sujud dapat mengalirkan darah ke satu ruang di bahagian kepala yang mana darah
tidak dapat memasukinya sekiranya kita berdiri.
Wednesday, December 3, 2008
Kisah untuk iqtibar
Gergorius Theodorus [Jirjah tidor]
Berlaku pada peperangan Yarmuk diantara tentera Islam pinpinan Khalid ibnu Walid dengan tentera Rom pinpinan Theodore.
Semasa berlaku pertarungan sengit satu lawan satu antara Khalid ibnu Walid dengan Gergorius seorang pahlawan Rom yang terbilang,tiba-tiba Gergorius berkata kepada Khalid ibnu Walid ‘boleh kita berhenti rehat sebentar?tanya Khalid ibnu Walid mengapa?Saya mahu bertanya kepada saudara dan saya harap saudara dapat menjawab soalan ini dengan jujur.
Khalid ibnu Walid pun menjawab baiklah,Gergorius bertanya,benarkah saudara mendapat gelaran Pahlawan Pedang Allah [saiffullah]?Khalid ibnu Walid menjawab benar.Gergorius bertanya lagi benarkah tuhan turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada saudara?Tidak benar jawab Khalid ibnu Walid.Kalau begitu mengapa saudara digelar Pedang Allah? Tanya Gergorius.
Tuhan mengutuskan seorang Nabi di kalangan kami.Pada mulanya,saya juga menentang utusan tuhan itu iaitu Nabi Muhammad,tetapi kemudian saya mendapat hidayah dari Tuhan lalu saya menjadi penyokong setia baginda.Pada suatu hari,Nabi Muhammad berkata saya adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang tuhan yang terhunus kepada kaum musyrik,jelas Khalid ibnu Walid.
Baginda berdoa kepada Tuhan supaya saya menang dalam peperangan menegakkan agamaNya.Kemudian saya diberi gelaran Pedang Allah[saiffullah].Sejak itu saya bersikap keras kepada mereka yang menentang Islam.
Gergorius bertanya lagi,apa yang saudara seru kepada manusia semasa menjalankan tugas?,jawab Khalid ibnu Walid,saya menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Tanya Gergorius lagi,bagaimana sekiranya mereka menolak seruan saudara?,mereka perlu membayar jizyah jawab Khalid ibnu Walid,sekiranya mereka tidak mahu Tanya Gergarious,jawab Khalid ibnu Walid kami perangi mereka.
Gergorius bertanya lagi,sekiranya hari ini ada orang menerima seruan saudara dan memilih seruan pertama saudara,apakah taraf kedudukan orang itu di kalangan saudara sekelian?
Khalid ibnu Walid mulai faham mengapa panglima Rom itu banyak menyoalnya,maka dihati Khalid ibnu Walid berkata’Maha suci ALlah yang dapat melembutkan setiap hati yang keras’.
Maka Khalid ibnu Walid pun menjawab soalan Gergorius tadi,kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia,hina,miskin ataupun kaya,Tanya Gergorius lagi,apakah orang yang baru memeluk agama saudara pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?
Kasiat kurma
Sabda Nabi s.a.w “ Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”. [Hadis riwayat Imam Bukhari]
Syarat memasuki syurga ALlah
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda, “ Apakah kamu semuanya suka untuk memasuku syurga?”, mereka berkata “ Ya , wahai Rasulull ,” Rasulullah s.a.w bersabda “ Sedikitlah dalam berangan-angan dan tetapkanlah ajalmu di depan mata dan malulah kamu kepada ALlah dengan sebenar-benarnya malu.”Mereka berkata “ Wahai Rasulullah,kami semuanya malu kepada ALlah.” Rasulullah s.a.w menjawab “Yang dikatan malu kepada ALlah bukanlah seperti itu,tetapi malu kepada ALlah ialah tidak melupakan kubur serta kehancuran tubuh,tidak melupakan perut serta makanan yang terdapat didalamnya,tidak melupakan kepala dan apa yang difikirkannya.Orang yang menginginkan kemulian akhirat,maka ia akan meninggalkan perhiasan dunia,pada waktu itulah seorang hamba baru boleh dikatan malu kepada ALlah dan disitu pula dia mendapat perlindungan daripada ALlah.”
[Hadis riwayat Abu Na’im]
Kelebihan bulan Zulhijjah
Bulan Zulhijjah khususnya 10 hari yang awal adalah hari-hari yang istimewa. Kita digalakkan memperbanyakkan amalan kerana ganjaran yang sangat besar disediakan oleh Allah. Peluang begini tidak mungkin dilepaskan begitu saja oleh orang-orang yang beriman . Beberapa hadith Nabi SAW tentang kelebihan melakukan amal saleh pada 10 hari yang awal daripada bulan Zulhijjah. Kelebihan beramal pada 10 hari dalam bulan Zulhijjah Beberapa hadith Nabi SAW tentang kelebihan melakukan amal saleh pada 10 hari yang awal daripada bulan Zulhijjah. 1) Sabda Nabi SAW “Tiadalah hari yang lebih baik dilakukan amal saleh di sisi Allah Taala daripada hari-hari ini (10 hari bulan Zulhijjah)”Para sSahabat bertanya “ Wahai Rasulallah , walaupun jihad di jalan Allah? Jawab Nabi SAW “ Walaupun jihad di jalan Allah, melainkan seorang yang keluar (untuk berjihad) dengan harta benda dan jiwa raganya dan kemudiannya ia tidak kembali dengan sesuatu pun (ia mati syahid)” Riwayat jemaah melainkan Imam Muslim dan an Nasa’i 2) Riwayat Tabrani, Ahmad daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda “ Tiadalah hari-hari yang lebih besar dan lebih disukai Allah dilakukan amal saleh padanya daripada hari-hari 10 Zulhijjah, maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid”. 3) Riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda “ Tiada hari yang lebih disukai Allah taala dilakukan ibadah padanya daripada 10 hari dalam bulan Zulhijjah, puasa setiap hari daripadanya sama seperti puasa setahun, melakukan qiamullail pada setiap daripada malamnya sama dengan melakukan qiamullaih pada malam al Qadr (lailatul qadr) Riwayat Tarmizi, Ibn Majah dan Baihaqi. 4) Imam al Auza’ie berkata “ Telah sampai kepadaku bahawa melakukan amalan pada salah satu hari daripada 10 Zulhijjah sama seperti berperang di jalan Allah, berpuasa disiangnya dan berjaga pada malam harinya melainkan seseorang yang berjihad kemudian ia dikurniakan dengan kelebihan syahid. 5) Ibn Umar dan Abu Hurairah keluar ke pasar pada hari-hari 10 Zulhijjah dalam keadaan bertakbir , lalu orang ramai bertakbir bersama-sama mereka. Riwayat Bukhari. 6) Sahabat Nabi Sai’d bin Jubair , apabila masuk sahaja bulan Zulhijjah dia bersungguh-sungguh melakukan amalan, sehingga tidak dapat dikira. 7) Menurut Ibn Abbas ayat Allah “ Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari tertentu” ialah 10 hari dalam bulan Zulhijjah
|
Monday, December 1, 2008
Salam Aidil Adha
Kehidupan kita diatas muka bumi ini seringkali dan saban hari terlalu sibuk,sehinggakan ada hambaNya yang terlupa untuk menunaikan solat ataupun kalau teringat,cuma dapat luangkan masa sekadar 2,3 minit,ini bukan apa kerana terlalu sibuk.
Kesibukkan kita kekadang membataskan tanggungjawab kita terhadap agama,masyarakat dan keluarga.Oleh yang demikian itu sempena menjelangnya Aidil Adha tidak berapa lama lagi,marilah kita bersama-sama mengambil ruh aidil adha ini untuk menjana kehidupan yang lebih sempurna dengan meluangkan lebih masa untuk mendekatkan diri pada ALlah.
Saudara-saudara kita yang terpilih oleh ALlah,kini berada dikota yang dirahmati oleh ALlah,iaitu Kota Makkah al Mukarramah,sedang tekun menunaikan ibadah haji,doa kita semoga mereka mendapat haji yang Mabrur.Dan harapan kita juga semoga pada satu masa nanti ALlah akan memilih kita juga menjadi tetamuNya.
Disini saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf dan saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.Maaf Zahir Batin.Minal Aidil wal Faizin.