Friday, February 29, 2008

mai pakat pangkah BA

Mai Pakat Pangkah Barisan ALternatif.

PRU ke 12 akan dilakukan pada 8.3.08,oleh yang demikian itu marilah kita bersama-sama melakukan tanggungjawab untuk memilih pucuk pimpinan yang baru dengan menolak Barisan Nasional yang telah lama memerintah Malaysia.

Apakah salahnya sekiranya kita memberi mandat untuk memerintah negara pada kali ini kepada Barisan Alternatif gabungan PAS dan Parti Keadilan untuk menerajui negara.

Kita sedia maklum bahawa BN yang memerintah kita hampir 25 tahun melakukan berbagai penyelewengan dan berbagai jenayah rasuah dan jenayah kolar putih.Pembaziran adalah perkara biasa bagi pimpinan BN,memakan harta hasil mahsul negara dengan sewenag-wenangnya dan mereka hidup kaya raya,sebaliknya kita hidup miskin papa kedana.

Apa yang berlaku pada masa ini amatlah kita kesali,yang mana PM kita yang dilebelkan dengan orang yang bersih dan bebas dari amalan rasuah sebenarnya sudah tidak seperti apa yang kita harapkan.Pembahagian harta kekayaan negara kepada kroni dan bermacam-macam penyelewengan wang rakyat sudah menjadi amalan PM dan ahli-ahli kabinet.

Menekan,menindas dan menzalimi rakyat sudah menjadi amalan mereka,kehidupan mewah seharian mereka 100% ditanggung oleh rakyat.Mereka semakin hari semakin kaya,kita semakin hari semakin dibebani dengan kenaikkan harga minyak dan barang-barang keperluan harian.

PM boleh bermegah dengan pembelian kapal terbang peribadi peribadi yang melebihi 200 juta ringgit,memteri-menteri hidup dengan percuma , semua keperluan hidup mereka ditanggung pembayarannya.

Apa saja yang kita nak buat,semua kena bayar.Nak masuk tandas rumah kita pun kita kena bayar,kalau nak dihitungkan bermacam-macam lagi yang kita kena bayar,tapi mereka hidup senang lenang.

Kalau pasai Islam,apa yang kita buat semua tak kena,semua tak boleh melainkan kalau kita buat amalan Islam Hadhari,campur gaul lelaki perempuan bukan muhrim tak pa,begang bahu salam dengan perempuan bukan muhrim tak pa,menari menyanyi dengan perempuan-perempuan yang mendedahkan aurad tak pa,dan macam-macam lagi lah dok tak pa,tapi kalau kita nak amalkan islam yang sebenar,yang dibawa oleh Nabi s.a.w tak boleh.

Oleh yang demikian itu,pada PRU kali ini marilah kita sama-sama pakat tolah BN atas dasar mengembalikan hak rakyat dan hak Islam.Kita nak jadikan Islam sebagai pemerintah bukannya diperintah.

Oleh itu undilah Barisan Alternatif.

No comments: