Wahai Remaja.
Para remaja sekelian marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dari beberpa peristiwa yang berlaku dewasa ini.Apa yang dipaparkan oleh media masa baik media cetak ataupun media elektronik,banyak kisah-kisah sadis yang menimpa para remaja muslim kita disebuah negara yang beroriantasikan Islam Hadhari.
Sekiranya kita mengambil sedikit masa untuk merenung dan menghayati perkara-perkara yang berlaku dewasa ini,kita akan merasakan betapa diri kita ini menjadi mainan hawa nafsu dan dipagari oleh syaitan laknatullah.Kita perlu ingat bahawa dunia remaja bukanlah dunia hanya untuk berhibur atau bersuka ria dan boleh melakukan apa saja tanpa menyedari batas-batas larangan yang digariskan oleh ALlah.
Mungkin kita lupa bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh cctv ALlah walau dimana pun kita berada.Kita tidak dapat lari dari pandangan ALlah.Apapun keseronokkan yang kita lakukan ianya hanyalah bersifat sementara bukan kekal buat selamaya.Kita terlepas pandang bahawa satu hari nanti kita akan tetap mencari jalan kebenaran.
Kita sekarang ini dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang melekankan dan mengkhayalkan,lihatlah apa yang dihidangkan pada kita didalam tv samaada tv kerajaan ataupun tv swasta,semuanya mengajak kita dari menjauhi sifat mendekati ALlah.Siapa diantara kita yang tidak pernah melihat Akedemi Fantasia,Malaysian Idol,Anugerah Lagu dan ribuan macam nama lagi,saya percaya semua remaja dikalangan kita tidak terlepas dai melihatnya.Tetapi adakah kita tetap akan berapa dihadapan kaca tv apabila kita diselitkan sedikit dengan rancangan Ehwal Islam,Halaqah dan Al-Kuliyyah?
Masa kita dialpakan dengan bermacam-macam bentuk budaya bukan islam,kita seringkali lebih berminat membaca majalah-majalah hiburan dan buku-buku porno dari membaca al-Quran,mendengar lagu-lagu rock dari mendengar nasyid dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran,melihat gambar-gambar porno dari melihat ciptaan ALlah.
Kita boleh berhadapan dengan tv,konsert dan lain-lain lagi yang mengkhayalkan dari duduk membaca al-Quran ataupun menunaikan solat hanya 5 minit.
Itulah kita yang dipanggil REMAJA dewasa ini yang mudah dikenali dengan nama mat rempit,bohsia,bohjan dan ribuan gelaran lain.
No comments:
Post a Comment