Wednesday, May 4, 2016

Al-Qur’an Sebagai Pembela.

Abu Umamah r.a berkata Rasulullah saw telah menganjurkan supaya kamu semua mempelajari al-Quran. Setelah itu, Rasulullah saw memberitahu tentang kelebihan al-Qur’an. Rasulullah saw bersabda: “Belajarlah kamu tentang al-Qur’an, di akhirat nanti ia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. a akan datang dalam bentuk seindah-indahnya  dan ia bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku?”.

Maka orang yang pernah membaca al-qur’an akan menjawab: “Siapakah kamu?”.
Lalu berkata al-Qur’an: “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung. Kamu juga bangun malam untukku dan pernah membacaku di waktu siang hari”.

Kemudian berkata pula orang yang pernah membaca al-Qur’an itu: “Adakah kamu al-Qur’an?”
Lantas al-Qur’an mengakuinya. Selepas itu al-Qur’an menuntun orang yang pernah membacanya untuk mengadap Allah swt.

Lalu orang itu diberi kerajaan ditangan kanan dan kekal ditangan kirinya. Kemudian dia meletakkan mahkota di atas  kepalanya. Malah kepada kedua ibu bapanya yang Muslim, diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sekalipun, sehingga kedua ibu bapanya bertanya: “Dari manakah kami memperolehi semua ini, sedangkan ‘amal kami tidak sampai sebegini?”.

Lalu dijawab: “Kamu diberi semua ini kerana anak kamu telah mempelajari al-Qur’an.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Kami kaum yang tidak makan sekiranya tidak lapar. Sekiranya kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada ALlah bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu”.

  • Makan apabila lapar.
  • Makan bukan untuk sedap.
  • Makan makanan yang halal dan baik.
  • Pilih makanan yang segar.
  • Minuman yang baik ialah air yang dicampur dengan manisan [madu, kismis dan kurma].
  • Elakkan daripada makanan yang bercampur dua unsur di dalamnya sekaligus [seperti manakan laut dengan darat, makanan laut mempunyai ion negative dan makanan darat mempunyai ion positif].
  • Elakkan memakan makanan yang melemahkan ingatkan seperti epal masam, kazbarah basah [daun ketumbar] serta elakkan apa-apa sahaja makanan yang boleh menambahkan balgham [lender dan kahak].
  • Tumbuhan yang baik untuk kesihatan seperti habbatussawda’, za’faran, biji sawi, selasih,senna dan sebagainya.
  • Menurut Imam as-Sayuti, amalan meminum madu, memakan kundur, kemeyan putih atau serani yang dicampur dengan gula membantu menguatkan daya ingatan. Memakan buah zhabib[kismis] setiap pagi sebanyak 21 kali sebelum makan sesuatu mampu memperkuatkan daya hafalan dan menyembuhkan segala penyakit.
  • Sangat baik mencampurkan dua jenis makanan. Abdullah bin Jaafar r.a. berkata beliau melihat Baginda saw makan timun bersama kurma setengah matang bagi mengimbangkan makanan dalam perut.
.
10 Orang  Solatnya  Ditolak .
benhussin.blogspot.com

  • Orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca sesuatu.
  • Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  • Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  • Orang lelaki yang melarikan diri.
  • Orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya.
  • Orang perempuan yang suaminya marah padanya.
  • Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung di luar waktu solat.
  • Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  • Orang-orang yang suka makan riba.
  • Orang yang solatnya tidak dapat menahan dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak pula menjadi petunjuk dan jalan selamat bbaginya”.  [Dari kitab ‘Tabyinul Mahaarim]
MAKANAN KEGEMARAN
RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk
demam jika dibuat sup.
...
2. Kurma – Nabi bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah
seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan
darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah
makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat.
Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak
yang baik dari segi
perwatakkan dan
wajahnya.

7. Susu – Nabi bersabda susu baik untuk membuang
panas badan. Menguatkan belakang,memperbaharui
pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan &
bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang
waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari
sumber yang halal dan berkhasiat.”

Friday, June 19, 2015

salam ramadhan kareem

Salam ramadhan kareem,semoga ramadhan Kali akan bertambah kualitinya satu tahun-tahun lepas.

Monday, April 8, 2013

    • Biawak , Badwi dan Rasulullah 

suatu hari, Nabi sedang duduk bersama para sahabat... pada saat itu, lalu seorang Badwi yang baru pulang dari berburu.. di bahunya ada seekor biawak ( Dhab ) .. ada riwayat menceritakan Badwi itu meletakkan biawak itu di dalam lengan baju... maka Badwi ini kehairanan melihat orang mengerumi Rasulullah.. beliau bertanya " siapakah yang dikerumun itu ? " maka mereka menjawab " itulah Nabi Muhammad saw " lalu tanpa berlengah, beliau terus mencelah dan terus berada di hadapan Rasulullah.. Badwi ini berkata sambil menunjukkan tangannya ke arah Rasulullah " dalam banyak-banyak orang, engkau paling aku benci... kalau tidak kerana sahabat2 aku, aku dah bunuh kamu " Saidina Umar bangun dan lantas berkata " saya bunuh dia ya Rasulullah " lalu Rasulullah berkata kepada sahabatnya, Saidina Umar " Wahai Umar, tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir-hampir diangkat menjadi nabi " Rasulullah bertanya kepada Badwi ini " apa yang menyebabkan kamu datang ke sini.. kamu tidak hormat aku kerana kamu berada di majlis aku... " Badwi itu lantas berkata " aku tidak akan beriman dengan kamu selagi biawak ini tidak beriman kepadamu " .. Badwi ini melepaskan biawak tersebut dan biawak itu segera melarikan diri... lalu Rasulullah memanggil biawak tersebut " Wahai Dhab, mari sini " maka biawak itu berpatah balik menuju keadaan Rasulullah sambil berjalan dengan penuh sopan dan tunduk " Wahai Dhab , kamu sembah siapa...?? " lantas biawak mengangkat kepalanya lalu menjawab " aku sembah Allah, yang dilangit ada arasyNya, yang di bumi ada kerajaanNya, yang di laut ada jalanNya, yang di syurga ada rahmat dan kasih sayangNya dan di neraka itu ada seksa dan azabNya " 

lalu Rasulullah bertanya lagi " Man Ana ( siapa aku ) ?? " lalu biawak itu menjawab " anta Rasulullah (kamu Rasulullah ) .. tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu Muhammad utusan Allah " 

melihat keajaiban ini, Badwi itu lantas  berkata " selama ini aku mecari alasan untuk membenci kamu namun kini aku mempercayai kamu " Badwi ini memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah.... lalu Badwi ini bertanya pada Rasulullah " Ya Rasulullah, aku sudah Islam... apa yang patut aku buat sekarang..?? " lalu Rasulullah berkata " tidak diterima Islam melainkan dengan sembahyang dan tidak diterima sembahyang melainkan al-Quran "  mengajarnya surah al-Ikhlas padanya... Badwi ini bertanya " adakah ini sahaja Ya Rasulullah? " Rasulullah menjawab " kamu baca sekali seperti kamu membaca 1/3 al-Quran, dua kali seperti 2/3 al-Quran dan 3 kali seperti seluruh al-Quran " lalu Rasulullah bertanya kepada para sahabat " ada siapa-siapa akan beri hadiah kepada sahabat kita ini ? " maka berlumba-lumbalah para sahabat menginfaqkan harta mereka kepada Badwi ini... sehinggalah dari tiada apa-apa penuh dengan harta " lalu bangun Abdul Rahman Bin Auf sambil berkata " Ya Rasulullah, bolehkah aku berikan unta aku.. unta aku ini tidak lah tinggi sangat.. tidaklah rendah sangat... unta aku ini paling terbaik.. dan paling banyak2 unta aku, unta ini paling laju " maka Rasulullah membalas " Wahai Abdul Rahman, engkau menceritakan perihal unta kamu kepada aku.. izinkan aku menceritakan bagaimana unta yang kamu dapat di syurga nanti... unta kamu itu lehernya diperbuatnya batu yakuk warna hijau... badannnya diperbuat dari yakuk berwarna biru... badannya amat2 cantik... di saat kamu menunggangnya ketika melintasi titian sirat .. unta itu akan berlari sepantas kilat... orang yang melihat kamu akan merasa cemburu " lalu Abdul Rahman menjawab " aku tidak meminta lebih dari itu.. sekarang juga aku pergi ambil "

Badwi itu pun membawa balik harta yang diberikan oleh para sahabat sambil menunggang unta yang diberikan Abdul Rahman .. apabila sampai, beliau terkejut melihat kaumnya berkumpul seramai 1000 orang sedang bersedia untuk pergi membunuh Rasulullah ... lalu Badwi itu meminta kaumnya bersabar dan menceritakan apa yang berlaku tadi... mendengar cerita itu, kesemua kaum yang berkumpul itu masuk Islam melalui tangan Badwi itu.. mereka pun pergi menuju Rasulullah ... Rasulullah tidak sempat membetulkan selendang dan terkejut dengan pengislaman 1000 orang ...

Sollu Alan Nabi.... 

Wallahu Alam

    Biawak , Badwi dan Rasulullah

    suatu hari, Nabi sedang duduk bersama para sahabat... pada saat itu, lalu seorang Badwi yang baru pulang dari berburu.. di bahun...ya ada seekor biawak ( Dhab ) .. ada riwayat menceritakan Badwi itu meletakkan biawak itu di dalam lengan baju... maka Badwi ini kehairanan melihat orang mengerumi Rasulullah.. beliau bertanya " siapakah yang dikerumun itu ? " maka mereka menjawab " itulah Nabi Muhammad saw " lalu tanpa berlengah, beliau terus mencelah dan terus berada di hadapan Rasulullah.. Badwi ini berkata sambil menunjukkan tangannya ke arah Rasulullah " dalam banyak-banyak orang, engkau paling aku benci... kalau tidak kerana sahabat2 aku, aku dah bunuh kamu " Saidina Umar bangun dan lantas berkata " saya bunuh dia ya Rasulullah " lalu Rasulullah berkata kepada sahabatnya, Saidina Umar " Wahai Umar, tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir-hampir diangkat menjadi nabi " Rasulullah bertanya kepada Badwi ini " apa yang menyebabkan kamu datang ke sini.. kamu tidak hormat aku kerana kamu berada di majlis aku... " Badwi itu lantas berkata " aku tidak akan beriman dengan kamu selagi biawak ini tidak beriman kepadamu " .. Badwi ini melepaskan biawak tersebut dan biawak itu segera melarikan diri... lalu Rasulullah memanggil biawak tersebut " Wahai Dhab, mari sini " maka biawak itu berpatah balik menuju keadaan Rasulullah sambil berjalan dengan penuh sopan dan tunduk " Wahai Dhab , kamu sembah siapa...?? " lantas biawak mengangkat kepalanya lalu menjawab " aku sembah Allah, yang dilangit ada arasyNya, yang di bumi ada kerajaanNya, yang di laut ada jalanNya, yang di syurga ada rahmat dan kasih sayangNya dan di neraka itu ada seksa dan azabNya "