Wednesday, May 4, 2016

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Kami kaum yang tidak makan sekiranya tidak lapar. Sekiranya kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada ALlah bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu”.

  • Makan apabila lapar.
  • Makan bukan untuk sedap.
  • Makan makanan yang halal dan baik.
  • Pilih makanan yang segar.
  • Minuman yang baik ialah air yang dicampur dengan manisan [madu, kismis dan kurma].
  • Elakkan daripada makanan yang bercampur dua unsur di dalamnya sekaligus [seperti manakan laut dengan darat, makanan laut mempunyai ion negative dan makanan darat mempunyai ion positif].
  • Elakkan memakan makanan yang melemahkan ingatkan seperti epal masam, kazbarah basah [daun ketumbar] serta elakkan apa-apa sahaja makanan yang boleh menambahkan balgham [lender dan kahak].
  • Tumbuhan yang baik untuk kesihatan seperti habbatussawda’, za’faran, biji sawi, selasih,senna dan sebagainya.
  • Menurut Imam as-Sayuti, amalan meminum madu, memakan kundur, kemeyan putih atau serani yang dicampur dengan gula membantu menguatkan daya ingatan. Memakan buah zhabib[kismis] setiap pagi sebanyak 21 kali sebelum makan sesuatu mampu memperkuatkan daya hafalan dan menyembuhkan segala penyakit.
  • Sangat baik mencampurkan dua jenis makanan. Abdullah bin Jaafar r.a. berkata beliau melihat Baginda saw makan timun bersama kurma setengah matang bagi mengimbangkan makanan dalam perut.
.

No comments: