Al-Qur’an Sebagai Pembela.
Abu Umamah r.a berkata Rasulullah saw telah menganjurkan supaya kamu semua mempelajari al-Quran. Setelah itu, Rasulullah saw memberitahu tentang kelebihan al-Qur’an. Rasulullah saw bersabda: “Belajarlah kamu tentang al-Qur’an, di akhirat nanti ia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. a akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku?”.
Maka orang yang pernah membaca al-qur’an akan menjawab: “Siapakah kamu?”.
Lalu berkata al-Qur’an: “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung. Kamu juga bangun malam untukku dan pernah membacaku di waktu siang hari”.
Kemudian berkata pula orang yang pernah membaca al-Qur’an itu: “Adakah kamu al-Qur’an?”
Lantas al-Qur’an mengakuinya. Selepas itu al-Qur’an menuntun orang yang pernah membacanya untuk mengadap Allah swt.
Lalu orang itu diberi kerajaan ditangan kanan dan kekal ditangan kirinya. Kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Malah kepada kedua ibu bapanya yang Muslim, diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sekalipun, sehingga kedua ibu bapanya bertanya: “Dari manakah kami memperolehi semua ini, sedangkan ‘amal kami tidak sampai sebegini?”.
Lalu dijawab: “Kamu diberi semua ini kerana anak kamu telah mempelajari al-Qur’an.
No comments:
Post a Comment