1.00 tengah hari: Di SOGO, orang ramai semakin ramai berhimpun biarpun pasukan polis termasuk unit anjing cuba menghalang mereka berbuat demikian. Helikopter polis berlegar-legar rendah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah ditutup kepada lalu lintas. Aktivis GMI Norlaila Osman dan anak perempuannya Narshita Md Noor, Aiman Athirah Al-Jundi (PAS), Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria. 8 lelaki turut ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria.
Di MASJID NEGARA, polis memperketatkan kawalan dan menghalang orang ramai memasuki perkarangan masjid. Petugas-petugas media berkumpul di sini menunggu kehadiran pimpinan pembangkang dan GMI. Hanya beberapa orang awam berkumpul di sini. Orang ramai yang berkumpul di Stesen KTM mula bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor. Polis memeriksa beg-beg yang dibawa oleh orang ramai.
Di MASJID JAMEK, 20 orang telah ditahan polis. Orang ramai semakin ramai berhimpun di sini. Polis menghalang orang ramai berkumpul di sekitar Masjid Jamek. Seorang peguam Puspa Rosman ditahan kerana mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai. Polis memberi arahan kepada orang ramai supaya beredar dalam masa 15 minit.
Di ISTANA NEGARA, keadaan tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan._
1.30 tengah hari: Di SOGO, 27 orang telah ditangkap polis setakat ini. Semua kedai di kawasan ini dan Sogo sendiri telah ditutup. Polis mengarahkan kira-kira 1,500 orang supaya segera bersurai.
Di MASJID NEGARA, beberapa orang telah ditangkap kerana setelah diperiksa mereka didapati membawa bahan yang ada kaitan dengan ISA seperti topi, lencana dan banner.
Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. Setakat ini 23 orang telah ditangkap di sini termasuk 2 orang wanita.
Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.
2.00 tengah hari: Di SOGO, 2 orang lelaki dari parti PKR ditangkap oleh polis kerana memakai lencana Mansuhkan ISA dan ia menimbulkan sedikit kekecohan. Pegawai Khas MB Kedah, Yusrin Zakri Adnan dan bapanya Hj Adnan Din ditahan polis. Orang ramai mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kira-kira 5,000 orang bertembung di Jalan TAR dan mula berarak ke Dataran Merdeka.
Di MASJID NEGARA, Ketua Polis Kuala Lumpur memberitahu bahawa setakat ini 157 orang telah ditangkap. Orang ramai mula berarak ke Dataran Merdeka dipimpin oleh Dr Hatta Ramli tetapi diminta bersurai oleh polis. Namun mereka meneruskan perjalanan. Kira-kira 5,000 orang sedak berarak.
Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. 3 orang lelaki telah ditangkap secara aneh oleh pasukan apabila mereka dikehendaki bergambar bersama T'shirt lambang ISA. Polis membuat benteng dan mengarahkan orang ramai segera beredar. Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.
Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.
2.40 Petang: Di SOGO, orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek kini bergabung dengan orang ramai di depan kompleks Sogo menjadikan jumlah kesemuanya melebihi 50,000 orang. Malah ada menganggarkan kehadiran di semua lokasi memghampiri 100,000 orang. Jalan menghala ke Dataran Merdeka dikepung oleh pasukan polis dan mereka melepas gas pemedih mata.
Orang ramai yang berarak dari Masjid Negara yang ingin ke Dataran Merdeka juga dihalang oleh polis dengan gas pemedih mata.
Orang ramai kini berhimpun di tepi kompleks Pertama. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik dan Dr Syed Azman Syed Ahman Nawawi, Penasihat DAP Lim Kit Siang, pimpinan KeADILan Tian Chua dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim turut berada di sini.
Polis mula menyerbu dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menghalang orang ramai daripada berarak ke Dataran Merdeka. Orang ramai mula mencari perlindungan di bangunan Sogo dan MARA, sementara pihak polis menambahkan bilangan anggota dan kekuatan mereka. Trak-trak FRU dan trak water cannon berkawal di Stesen LRT Bandaraya.
4.30 Petang: Di depan SOGO, biarpun orang ramai tidak lagi berhimpun di situ, namun pasukan polis masih menempatkan trak water cannon dan unit gas pemedih mata di situ. Bagaimanapun tangkapan tidak lagi dibuat.
Orang ramai kebanyakan telah beralih lokasi ke depan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di mana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberikan ucapan dan mengadakan sidang media.
Polis turut berkawal di Jalan Raja Laut dan membuat semburan water cannon di hadapan Pejabat Agung PAS untuk menyuraikan orang ramai.
3.00 Petang: Di SOGO, 10 orang ditahan polis, hampir kesemuanya anggota Unit Amal PAS, termasuk ketua Unit Amal PAS Pahang. Peguam PKR Sivarasa Rasiah turut ditangkap polis.
Orang ramai dari Masjid Negara dikepung oleh FRU di bulatan Jalan Parlimen.
Orang ramai kini mula berhimpun di depan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dan pimpinan PAS memberikan ucapan.
Dataran Merdeka dipenuhi oleh anggota polis dan petugas-petugas media.
Carilah bakal isteri yang beragama, baik akhlaq dan budi pekertinya, ber'amal soleh, menutup aurad, murah maharnya dan menjaga kehormatannya. Isteri adalah teman kita sepanjang hayat dan menjadi ibu dan pendidik kepada zuriat kita, oleh berhati-hatilah apabila mencari calon isteri. Jika isteri seorang yang solehah, maka akan terbinalah baiti jannati.
Berjumpa dengan ramai orang,maka berbagai-bagailah cerita dan kisah.Orang tua atau orang lama dengan cerita dan kisah-kisah mereka,manakala orang muda dengan cerita dan kisah-kisah mereka.Kadang-kadang ada yang masuk 'aqal dan ada yang boleh masuk bakul.Walau apapun sembang-sembang denga orang lama dapatlah sedikit sebanyak petua-petua yang dapat dimanfaatkan buat bekal hari mendatang.
Tapi,apabila diperpanjangkan sikit sembang-sembang sampai ke cerita pilihanraya ada perbezaan sikit,bagi kita yang dah lama berada dalam suasana berpolitik rasanya agak pelik ada segelintir dari kita baik orang lama maupun orang muda tidak berapa suka atau dengan kata lain kata mereka pilihanraya,politik sama saja siapa yang menang dan siapa yang kalah.Siapa-siapa yang menang dan dapat memerintah kita masih macam ini juga,tiada sebarang perubahan pun.
Sebenarnya masaalah pilihanraya dan politik ini,sekiranya nak difahami kita haruslah belajar untuk memehaminya,jangan mengikut apa yang dikatakan oleh orang yang tidak faham apa itu pilihanraya dan politik.
Kita selalu mengatakan amalan pilihanraya dan politik adalah sistem sekular dari barat dan tiada dalam islam.Sebenarnya fikiran kita sudah dapat dipesong oleh orang kafir barat yang mengatakan agama dan politik tidak boleh bersama.Agama suku dan politik suku adalah amalan pengganut kristian,mereka memisahkan politik dan agama,paderi-paderi mereka hanya berkuasa didalam gereja sahaja,manakala pemerintahan negara diserahkan secara total kepada ahli politik.
Ada dikalangan kita mengatakan politik itu kotor tidak boleh dicampur aduk dengan amalan agama,persoalan kita mengapa dan kenapa politik itu kotor?Politik itu kotor kerana telah sekian lama dicemari oleh ahli-ahli politik yang tidak islamik dan merekalah sebenarnya yang mengotorkan sistem politik itu.
Kita perhatikan sekarang ini siapa ahli-ahli politik yang mengotorkan sistem politik yang sedia ada,mereka adalah dikalangan yang tidak ada pendidikan agama,yang tidak memehami agama oleh kerana itulah sistem politik ini menjadi kotor oleh tangan-tangan mereka dengan rasuah,perebutan kuasa,fitnah menfitnah,menjatuhkan maruah kawan dan lawan dan bermacam-macam lagi mainan kotor mereka.
Itulah sebabnya sekarang ini banyak para ilmuan islam sudah bergabung dalam arena politik ini dengan tujuan untuk menyucikan kembali politik yang kotor ini kepada satu sistem politik yang beroriantasikan islam dan semoga ia dapat berjalan dengan lunas-lunas islam yang diharuskan oleh ALlah dan Rasulullah s.a.w.
Sebenarnya apapun kalau kita salah guna ia,akan menjadi kotor,tapi kalau kita islamkan ia maka ia akan menjadi baik dan elok.Semuanya terletek atas diri dan niat kita.
Kalau kita berkecimpung dalam politik,tidak ada niat untuk merasuah,menfitnah,melobi,menjatuhkan maruah seseorang dan sebagainya dengan niat kerana ALlah dan untuk mengembalikan sistem politik itu kearah satu sistem yang diredhai oleh ALlah,maka akan terlihatlah pilihanraya dan politik itu baik segalanya.
Maka disitu tidak timbul lompat parti,rampasan kuasa,pemerintahan haram dan sebagainya.
Harapan kita tidak kiralah siapapun yang bergelar ahli politik maka hendaklah berpolit dengan mengikut lunas-lunas islam bukannya mengikut lunas-lunas kafir barat.Semoga denga itu tidaklah lagi orang-orang tuala atau lama serta orang-orang muda kembali berpolitik kerana tiada lagi politik kotor.
Kalau kita tidak mengislamkan politik itu,maka sampai kiamatpun politik itu akan kelihatan kotor dan kita sememangnya kena menolak politik kotor,yang kita hendak adalah politik islam.
Makanan Halal. Makan dan minumlah dari sumber yang halal lagi baik.Waspadalah sekarang ini banyak terdapat makanan yang tidak halal dan makan yang bercampur dengan bahan-bahan yang haram.Pastikan kita membeli makanan atau bahan rempah ratus dan perencah makanan adalah dari hasil buatan orang-orang islam.Juga kicap dan sos dari buatan orang islam.
Banyak sekarang ini kicap,sos dan rempah-rempah kari yang dikeluarkan oleh orang-orang islam,mengapa perlu mencari dan membeli yang bukan buatan orang-orang islam?
Cuba kita fikir,adakah orang-orang bukan islam suka mencari dan membeli hasil keluaran orang-orang islam?Mereka sama-sekali tidak akan membeli baranngan buatan muslim.Kalau kita tidak membantu untuk membeli barangan keluaran orang muslim siapa lagi yang akan membelinya?
Sehingga hari ini sudah berapa juta ringgit kita berbelanja untuk membeli barangan orang-orang kafir?Dan sehingga hari ini berapa ringgitkah sudah kita berusaha untuk membeli barangan buatan keluaran orang-orang islam?
Masaalahnya,segelintir dari kita yang sudah berfahaman islam pun masih suka memberi barangan buatan orang-orang kafir.Berapa ramai dikalangan kita yang sudah bertekad untuk menggunakan semua barangan yang kita guna pakai seharian dari barangan keluaran orang muslim?
Sudahkah kita menggunakan sabun mandi,sabun mencuci pakaian dan mencuci pinggan mangkuk,shampoo,ubat gigi butan orang islam?Sudahkah kita menggunakan kicap,sos,perencah makanan,serbuk kari,minuman berkabonat,minuman bercoklat,kopi,penapis air dari buatan orang muslim?
Seringkali kita bercakap hebat tentang politik islam,pakaian islam,mengatur masjid dan surau mengikuti kelas-kelas pengajian ataupun mengajar ilmu-ilmu agama,maupun yang bergelar haji,hajah,ustaz,ustazah ataupun yang bergelar tok guru dan tuan guru kadang-kadang terlepas pandang beli juga rempah kari atau pun terminum juga kopi buatan orang bukan islam.
Alasannya,serbuk kari orang melayu tak sedap,kopi melayu tak kaw,kicap dan sos melayu rasa tak ok dan bermacam-macam alasan lagi.Dan yang menyedihkan lagi ada dibeberapa taman perumahan yang majoritinya komoniti muslim melayu,ada kedai orang melayu muslim tidak dapat bertahan lama sedangkan kedai orang bukan islam terus hidup dan bertambah maju.Siapa yang membeli dikedai-kedai mereka?Tidak lain dan tidak bukan orang melayu islam yang membelinya.
Ada juga dikalangan kita apabila melihat saudara-saudara kita membuka kedai,tidak kiralah samaada kedai makan atau kedai barang runcit,katanya berapa hari saja tu,tak lama aih lepas ni .........
Itulah hakikatnya,sama-samalah kita renungkannya.
AURAD
Menutup AURAD adalah wajib bagi lelaki dan permpuan.Tapi ada kalanya menutup aurad pun ada gaya dan fesyennya.Rasanya bukan tidak boleh bergaya dan berfesyen,tapi kita takut sekiranya bergaya dan berfesyen itu akan lari dari perintah menutup aurad yang disarankan oleh ALlah dan Rasulullah s.a.w.
Kita melihat sekarang ada yang memakai tudung,tapi tudung itu sekadar muat dekat kepala saja,ada juga pakai tudung habis diberit kepala dan leher,ada juga memakai tudung tapi dipadankan dengan baju T sendat dan seluar track sendat dan yang lebih memalukan pakai tudung dikenaka dengan t-shirt sendat dan pendek sehingga nampak pusatnya.
Tepuk dada tanya fikiran,betulkah aku ni menutup aurad?
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali BERSYUKUR - 75 kali
Dialog Imam al-Ghazali bersama anak-anak muridnya.
1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya....
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya". Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua....
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah, "Gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"... Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.
Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"... Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
MAKANAN KEKACANG
Makanan kekacang terutama kacang pistachio mengandungi sejenis bahan spt magnesium, asid folik yang penting untuk pertumbuhan otak kita di samping mengandungi protein tinggi.Makanlah kacang pistachio dan kacang-kacang lain juga boleh diamalkan.
MINUM AIR YANG ADA SEMUT MATI
Di dalam badan / mulut semut mengandungi sejenis enzim yang apabila kita makan akan memberi kesan terhadap sistem saraf otak, terutama sekali saraf pembelajaran dan hafalan. Enzim ini yang diistilahkan 'racun' pada semut. Kalau boleh elakkan dari terminum air atau termakan makanan yang ada semut.
MAKAN KEPALA IKAN
Sebenarnya makan kepala ikan tidak salah atau memudaratkan cuma elakkan
makan OTAK ikan. Otak ikan adalah segumpal daging berwarna putih atau putih kemerahan yang terletak didalam tengkorak ikan. Untuk memakannya seseorang itu perlu menggoncang atau mengetuk tulang tengkorak tersebut hingga otak itu keluar.
Mudarat otak ikan adalah sama dengan kes semut tadi cuma lebih berat lagi, bahan dalam otak ikan ini boleh mematikan saraf otak kita. Ikutlah pesanan Rasulullah ketika hendak memilih makanan atau hendak makan...
Ayat-ayat al-Qur'an untuk diamalkan.
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah
1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH
Langkah 1 : Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
SUBHANA'LLAH ALHAMDULI'LLAH LAA I LAAHA ILLA'LLAH ALLAHU AKBAR ASTAGHFIRU'LLAH LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
"BELAJAR rajin-rajin nak. Ayah, tak ada harta. Ilmu adalah harta paling berharga yang abah boleh tinggalkan kepada anak-anak." Pesan ayah itu adalah motivasi paling berkesan kepada saya hingga hari ini, terutama selepas mempunyai anak.
Arwah ayah dan arwah emak dalam kepayahan hidup sentiasa berkorban dan berusaha untuk mendidik kami adik beradik. Pilu mengingatkan bagaimana ayah yang hanya berpendapatan kecil, menoreh demi menampung perbelanjaan harian. Rumah kami seringkali dibasahi air hujan kerana atapnya bocor sana sini. Apa yang ada, hanya keperluan asas. Ayah sering mengingatkan kami supaya tidak membazir duit dan sentiasa mendahulukan apa yang lebih penting.
Pengorbanan tinggi ibu bapa kita mungkin juga dapat dirasakan oleh pembaca. Kita mesti sentiasa menghargai jasa ibu bapa. Siapalah kita tanpa pengorbanan besar mereka.
Sebagai orang Islam, konsep pengorbanan banyak diajar kepada kita, terutama dalam kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sebagai ibu bapa serta Nabi Ismail sebagai anak yang patuh dan taat pada Allah.
Setiap ibu bapa mesti gembira apabila mendapat rezeki berupa anak. Allah menceritakan dalam al-Quran bagaimana Nabi Ibrahim apabila diberi khabar oleh malaikat bahawa Allah akan mengurniakan seorang anak lelaki, baginda menyatakan kegembiraannya dengan mengucapkan selamat sejahtera. Hal ini seperti firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya telah datang utusan Kami kepada (Nabi) Ibrahim dengan membawa khabar gembira, sambil mereka berkata: "Selamatlah!" Dia menjawab: "Selamat!" (Surah Hud, ayat 69)
Kegembiraan ini mestilah disyukuri dengan menyiapkan diri dan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang berjaya mendidik anak yang taat dan mendapat keredaan Allah. Tugas ini bukan sesuatu yang mudah dan ia menuntut pengorbanan besar.
Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: "Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara pengorbanan ibu bapa adalah sentiasa menimba ilmu keibubapaan, tidak kira pada peringkat mana umur anak-anak. Ilmu sangat penting demi menjamin tarbiah anak dan kesejahteraan keluarga. Ilmu dapat membantu ibu bapa untuk lebih peka kepada tahap usia mereka. Ia juga kaedah paling berkesan dalam pendidikan dan menangani masalah anak-anak. Mendalami ilmu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit.
Sejak dalam kandungan, ibu bapa banyak berkorban dengan menjaga akhlak. Ibu mendapat makanan berkhasiat serta sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak dalam kandungan sihat dan menjadi anak soleh. Ayat suci al-Quran dibaca supaya mereka sentiasa mendengar kalimah Allah sejak dalam kandungan lagi.
Proses kelahiran dan menyusukan adalah pengorbanan yang tidak terhingga oleh seorang ibu.
Ibu bapa berkewajipan memenuhi keperluan anak, baik berupa kebendaan mahupun kerohanian. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab ini. Dalam hal ini Rasulullah bersabda bermaksud: "Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa, apabila mensia-siakan orang yang menjadi tanggungan makan minumnya." (Hadis riwayat Abu Daud)
Hari ini selain bapa, ramai ibu yang keluar bekerja demi memenuhi tuntutan ini. Bukan sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan demi mendapat rezeki halal. Dalam kesibukan mencari rezeki, ibu bapa tidak boleh memberi alasan membiarkan pendidikan agama dan rohani anak.
Institusi sokongan seperti pusat asuhan kanak-kanak (taska), pusat jagaan harian, taman didikan kanak-kanak (tadika), sekolah, pusat pengajian al-Quran dan fardu ain adalah perkongsian pintar dalam mencapai matlamat pendidikan anak-anak.
Ibu bapa perlu bijak dalam memilih institusi untuk menghantar anak mereka. Pilihlah institusi yang menitikberatkan agama, terutama solat kerana cara yang paling tepat mendidik anak-anak mengenal Allah adalah dengan melatih mereka mengerjakan sembahyang.
Pentingnya solat sebagai jalan untuk menjadikan manusia tunduk kepada Allah, maka Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar diri dan keturunannya dijadikan sebagai orang yang tetap menegakkan solat. Hal ini dirakamkan dalam firman Allah bermaksud: "Wahai tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan (begitu juga) anak cucuku, wahai tuhan kami, terimalah doaku."(Surah Ibrahim, ayat 40)
Begitu juga, bijaksana Islam terkenal, Luqman Al-Hakim, salah satu wasiat kepada anak seperti disebut dalam al-Quran bermaksud: "Hai anakku, dirikanlah solat..." (Surah Luqman, ayat 17)
Dengan ini sewajarnya ibu bapa menjadikan solat sebagai pilihan utama untuk mendidik anak berakidah tauhid. Mereka mestilah terlebih dulu mendirikan solat dan sentiasa berbincang serta meneruskan kesinambungan pentarbiahan anak di rumah. Mereka tidak seharusnya menyerahkan tugas ini seratus peratus kepada pengasuh atau guru saja.
Anak hendaklah dilayan dengan penuh kasih sayang. Untuk itu, ibu bapa mesti terlebih dulu membaiki akhlak supaya anak sentiasa dilihatkan dengan pekerti mulia. Insya-Allah mereka akan terdorong untuk mencontohi ibu bapa berakhlak mulia.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Allah memberi rahmat kepada ayah yang membantu anaknya untuk berbakti kepada-Nya." (Hadis riwayat Abu Shaikh) Dalam hal ini, Allah memberi petunjuk supaya ibu bapa tidak mudah marah dan hendaklah gemar memaafkan kekeliruan anak mereka. Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang menahan marah serta memaafkan orang lain dan Allah mencintai orang yang berlaku baik." (Surah Ali Imran,ayat 134) Proses pentarbiahan anak mengambil masa panjang dan tentu menuntut ibu bapa untuk istiqamah dalam apa juga bentuk pengorbanan yang dilakukan, di samping terus berdoa untuk kesejahteraan mereka.
Firman Allah bermaksud: "Wahai tuhan kami, anugerahkan kepada kami daripada isteri dan keturunan kami perkara yang menyenangkan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Furqan, ayat 74)
Setiap pengorbanan juga menuntut kita supaya melakukan perubahan bermula dengan diri sendiri setiap hari. Sebagai ibu bapa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menjadi contoh kepada anak. Ia adalah kunci kejayaan dalam melahirkan anak yang soleh.
Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
1. Bermudah-mudah dengan sembahyang... 2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya... 3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa... 4. Berjalan dihadapan guru... 5. Cepat keluar bila masuk masjid... 6. Berbohong... 7. Banyak bercakap kosong... 8. Pemalas... 9. Banyak tidur... 10. Bermudah-mudah membazirkan makanan... 11. Selalu makan ketika hadas besar... 12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala... 13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi... 14. Bersifat bakhil... 15. Sentiasa tidur telanjang... 16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab... 17. Menjahit pakaian di badan... 18. Selalu memakai seluar sambil berdiri... 19. Tidak membasuh pinggan selepas makan... 20. Selalu membasuh tangan dengan tanah... 21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah... 22. Selalu menulis dengan qalam yang patah... 23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah... 24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah... 25. Menyapu sampah di waktu malam... 26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api... 27. Selalu membakar kulit bawang...
Pengundi DUN Bukit Selambau hendaklah memilih calon yang tepat yang mendokong aspirasi rakyat,yang ingin membawa semua rakyat ke satu era baru,mengubah nasib semua rakyat tidak kira Melayu,Cina atau India.
Selama ini kita omok dengan pelbagai bentuk tipu daya,pembohongan,rasuah,tipu duit rakyat,menzalimi rakyat,menindas dan sebagainya.Sedar tak sedar dah beberapa puluhan tahun semenjak kita mencapai kemerdekaan kita ditipu oleh BN.Apakah kita mahu ditipu lagi pada kali ini?Sekiranya kita tidak mahu ditipu,dizalim,ditindas dan sebagainya,marilah pada hari pembuangan undi pada 7 haribulan April ini kita membuat satu perubahan yang drsatik menolak BN dan konco-konconya.
Harapan kita semoga pemerintahan korup BN dan pakatannya hancur musnah dan lenyap terus diatas muka bumi ini.Kerana apa kita mengharapkan sebegitu? Tidak lain dan tidak bukan selama ini kita ditipu dan dizalimi dan ditindas oleh mereka dan mereka biarkan kita merempat miskin papa kedana.Yang menjadi kaya raya ialah adk beradik dan kroni-kroni mereka.Kita apa yang dapat?
Mereka pembohongi kita dengan berbagai slogan,hakikatnya mereka yang senang kekayaan lenang,mereka meraih dam membahagikan kekayaan negaga seama mereka.
Harapan kita semoga selepas ini akan muncul Malaysia Baru yang adil dan membela rakyat dan agama.
Kepada pengundi di DUN Bukit Selambau pilihlah kepada calon Pakatan Rakyat yang akan membawa pembaharuan kepada Malaysia.
Oleh kerana kebobrokkan dan kepincangan pemerintah yang sedia ada, maka berlakulah pilihanraya kecil di tiga bukit dan satu batang di Serawak. Rakyat awam banyak menyalahkan pemerintah yang berkuasa sekarang ini menyebabkan pilihanraya kecil ini berlaku.Kenapa,sebab apa,bagaimana tanyalah kepada orang yang arif.
Oleh kerana pilihanraya ini tetap akan berlaku,maka kita sebagai rakyat yang menyokong berbagai parti yang sedia ada dan ditokok tambah dengan parti-parti bebas yang baru ujud,terpaksalah bekerja keras sekali lagi.Kita terpaksa menghabiskan tenaga,wang ringgit dan sebagainya.Bagi pihak pemerintah terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit bagi tujuan ini.Kita lihat semasa berlakunya pilihanraya di Kuala Terangganu,kerajaan menghabiskan jutaan ringgit.
Bagi parti pembangkang dan bebas pula tentulah amat sukar untuk menyediakan jutaan ringgit,tapi oleh kerana terpaksa,maka mereka tetap akan mencari juga dana ringgit ini untuk terus berjuang bagi menegakkan matlamat yang diperjuangkan,tidak tahulah calon bebas memperjuangkan apa.
Apabila berlakunya pilihanraya,maka parti yang memerintah terpaksa melakukan sesuatu demi sesuatu untuk memenangkan calon mereka,maka akhbar utama dan alternatif parti pembangkang terpaksa mereka gantung.Selain itu mereka juga menggunakan polis untuk memusuhi rakyat awam.Ini berlaku apabila ketua pembangkang sedang berucap di Sungai Petani,Kedah pada 25hb.Mac lalu.Malam tu mereka menangkap orang-orang yang tidak bersalah yang hanya datang semata-mata untuk mendengar ceramah bukan nak merusuh.
Belumpun sempat ketua pembangkang berucap,pihak polis telah melepaskan water cannon dan gas pemedih mata.Water cannon kalau kena habis gatal badan dan gas pemedih mata pula kena asap dia sikit pun teramatlah pedihnya sehingga merambu ayaq mata,tak kira kecil besar tua dan muda semua kena.
Pihak polis pula setelah menerima arahan dari ketua mereka,mereka pun sudah tidak mengira siapa yang berhadapan dengan mereka,mereka tidak kenal lagi ayah dan emak mereka,mereka tidak kenal pak cik dan mak cik mereka,mereka tidak kenal anak dan isteri mereka,mereka tidak kenal datuk dan tok wan mereka,mereka tidak kenal pak mat dan makcik aisyah seterusnya mereka tidak kenal orang-orang kampong mereka.
Bayangkan yang pergi untuk mendengar ceramah itu adalah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik,ada yang pergi membawa anak-anak kecil,tok wan-tok wan yang sudah tua dan uzur yang tidak kuat berlari,ada yang pergi dengan hanya memakai kain pelikat dan bukannya membawa apa-apa senjatapun.
Tapi mereka tidak ambil kira ini semua,demi untuk memenuhi nafsu mereka,mereka sanggup lakukan apa saja.Ingatlah kehebatan dan kemegahan kita,keangkohan,darjat,jawatan semuanya ini tidak kekal,akhirnya kita semua akan pencen dan akan pulang bertemu atau duduk sekampong dengan orang-orang kampong yang satu masa dulu kita lakukan macam-macam terhadap mereka.Tidak malukah kita,nak letak muka dekat mana,yang satu masa dulu kita tumbuk mereka,kita terajang mereka dan macam-macam lagi kita lakukan.
Ingatlah sapapun tidak akan kekal abadi atas muka bumi ini,semua akan mati.Hebat setara anapun kita,akhirnya akan mati.Dunia ini sementara saja.Apabila usia dah tua,khudrat dah tiada sapa-sapa pun boleh mai penampaq,tumbuk,terajang kita,ya la dulu kita hebat sangat buat macam-macam dekat orang,apabila dah tua orang dah tidak hormat dekat kita yang dulu kita buat kurang ajar dengan mereka,tambah dekat orang kampong.
Ingatlah kita orang melayu dan orang Islam,ALlah melihat apa yang sedang kita lakukan,doa orang yang kena zalim didengar oleh ALlah.Kecualilah orang melayu yang tidak mengaku dirinya orang Islam.
Bagi orangmelayu Islam,orang India samaada Muslim atau Hindu,orang cina Muslim atau tidak,orang siam muslim atau tidak,marilah kita bersama-sama menjatuhkan tiga bukit ini dan satu batang ini dan kita bagi mandat pemerintahan ini kepada orang-orang yang adil dan tidak menzalimi kita.
Sebenarnya kita semua adalah bersaudara selagi mana kita tidak melakukan sesuatu yang tidak bercannggah dengan agama masing-masing.
Esok seluruh dunia menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini disambut juga oleh negara kita,maka diawal-awal pagi maka akan adanya perarakan besar-besaran bagi memrai dan memeriahkan acara sambutan tersebut.
Maka akan kelihatanlah pembesar-pembesar negara dengan sut melayu beserta sampin dan berkopiah hitam yang akan mendahului perarakan.Nampak gah dan murninya pemimpin-pemimpin kita mempertahankan syiar Islam dan betapa mulia dan murninya negara kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang masih mencintai Rasulullah s.a.w.
Tetapi sejauh manakah para pimpinan kita ini mempertahan dan meng'amalkan sunnah Nabi s.a.w ?Adakah mereka memerintah negara dengan cara Nabi besar kita?Adakah mereka meng'amalkan sunnah Nabi serta mengikut hukum hakam yang diperintahkan oleh ALlah?Adakah akhlaq-akhlaq mereka serupa dengan akhlaq Nabi s.a.w ?
Dalam masa yang sama adakah mereka memperjuangkan dan mempertahankan kesucian agama Islam ?Memperjuangkan sunnah dan syariatkah kalau didapati sebahagian isteri-isteri mereka masih tidak menutup aurad,nasih boleh bersalam dengan lelaki dan wanita yang bukan muhrim,masih memakai pakaian yang menjolok mata dan lain-laian lagi yang bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w.
Mereka,dalam masa yang sama mengtakan hukum Islam tidak dapat dipraktikkan kerana hukum Islam adalah hukum yang sudah lapuk,kalau diamalkan juga habis tangan-tangan kena potong dan hukum menutup kepala bagi orang perempuan tidak sesuai di Malaysia ia hanya sesuai di negara-negara Arab.Dalam masa yang sama juga mereka mempermainkan hukum ALlah dan sunnah Nabi s.a.w dengan hanya menga'malkan apa menguntungkan mereka dan meninggalkan apa yang merugikan mereka.
Sebenarnya mereka hanya beriman separuh kitab dan kuruf dengan sebahagian yang lain.
Mereka mengISAkan para-para Ulama,tok-tok guru dan para ustaz seterusnya para pejuang Agama ALlah.Mereka menggunakan cota,gas pemedih mata dan air kimia apabila berhadapan dengan pejuang-pejuang Agama ALlah yang sebangsa dengan mereka dan seagama dengan mereka.
Mereka melaungkan selawat keatas Nabi dalam masa yang sama merekalah penentang amalam Nabi dan perintah ALlah,sebenarnya ALlah maha mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah.
Doa dan harapan kita semoga negara kita ini dapat dipegang oleh tangan-tangan para solehin dan para pecinta agama ALlah.