Saturday, March 8, 2008

kemenangan

Kemenangan Dari ALlah.

Alhamdulillah,kita baru sahaja selesai menunaikan tanggungjawab kita sebagai warga Malaysia.Hari ini kita dapat melihat tumbangnya beberapa buah negeri yang sudah lama di pegang oleh Barisan Nasional.

Dengan kemenangan Barisan Alternatif di Kedah,Selangor dan Perak serta Pulau Pinang(DAP dan Keadilan) , maka kita sebagai pendokong Parti Pas dan Keadilan marilah bersama-sama mengucapkan syukur pada ALlah yang memberikan semua ini untuk kita.

Inilah berkat doa-doa kita yang diajar oleh tuan-tuan Guru kita semoga BN dan UMNO hancur.Dengan kemenangan ini kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dengan sebenar-benarnya dan mengikut landasan agama Islam.

Jangan kita samaada dari pihak pucuk pimpinan maupun ahli leka dan terkeluar dari jalan-jalan Islam yang kita perjuangkan selama ini.Kita tidak mahu melihat pucuk pimpinan berubah wajah lagak dan gaya.Kita mahu para pucuk pimpinan teruskan dengan agenda Islam dan istiqamah dan lagak dan gaya sebagaimana lagak dan gaya seorang pemimpin Islam.

Sebenarnya kemenangan kita ini adalah satu kemenangan yang sudah lama kita kecapi dari dahulu lagi,tetapi dalam ertikata lain pada hari ini kemenangan kita direalitikan untuk memimpin sebuah negeri berbanding dahulu kita hanya memimpin sebuah parti.

Harapan kita semoga semua pucuk pimpinan samaada dari PAS maupun Keadilan pimpinlah negeri yang diamanahkan ini dengan ikhlas dan amanah semoga mendapat keredhaan dari ALlah dan dikekalkan hingga kiamat.

No comments: