Kemenangan Dari ALlah.
Alhamdulillah,kita baru sahaja selesai menunaikan tanggungjawab kita sebagai warga Malaysia.Hari ini kita dapat melihat tumbangnya beberapa buah negeri yang sudah lama di pegang oleh Barisan Nasional.
Dengan kemenangan Barisan Alternatif di Kedah,Selangor dan Perak serta Pulau Pinang(DAP dan Keadilan) , maka kita sebagai pendokong Parti Pas dan Keadilan marilah bersama-sama mengucapkan syukur pada ALlah yang memberikan semua ini untuk kita.
Inilah berkat doa-doa kita yang diajar oleh tuan-tuan Guru kita semoga BN dan UMNO hancur.Dengan kemenangan ini kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dengan sebenar-benarnya dan mengikut landasan agama Islam.
Jangan kita samaada dari pihak pucuk pimpinan maupun ahli leka dan terkeluar dari jalan-jalan Islam yang kita perjuangkan selama ini.Kita tidak mahu melihat pucuk pimpinan berubah wajah lagak dan gaya.Kita mahu para pucuk pimpinan teruskan dengan agenda Islam dan istiqamah dan lagak dan gaya sebagaimana lagak dan gaya seorang pemimpin Islam.
Sebenarnya kemenangan kita ini adalah satu kemenangan yang sudah lama kita kecapi dari dahulu lagi,tetapi dalam ertikata lain pada hari ini kemenangan kita direalitikan untuk memimpin sebuah negeri berbanding dahulu kita hanya memimpin sebuah parti.
Harapan kita semoga semua pucuk pimpinan samaada dari PAS maupun Keadilan pimpinlah negeri yang diamanahkan ini dengan ikhlas dan amanah semoga mendapat keredhaan dari ALlah dan dikekalkan hingga kiamat.
Saturday, March 8, 2008
Wednesday, March 5, 2008
PRU 12
Dimana Maruah Kita.
Tiga hari dari sekarang kita akan keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanmggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.Pada 8.3.08 kita akan sama - sama memilih pemimpin yang kita akan serahkan untuk memimpin negara.
Apakah kita akan tersalah pilih lagi pada tahun ini semacam tahun-tahun yang lepas?Pada saat dan ketika inilah para pemimpin-pemimpin yang tidak layak untuk memimpin akan datang menemui kita dengan berbagai pujuk rayu dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan pada hari penguandian nanti kita akan memilih mereka.
Sedarlah wahai rakyat sekelian,adakah kita akan terbodoh sekali lagi?Mereka datang deng berbagai kata-kata manis dan membawa berbagai hadiah hatta wang ringgit.Apakah dengan nilah rm.100 - 200 , kain batik sehelai atau sehelai kain pelikat,gula 2 kilo,susu 2 tin dan beras sekampit kecil kita sanggup untuk menderita 4 atau 5 tahun akan datang?
Yang senang lenang selepas PRU ini ialah mereka para pemerintah yang rasuah yang memakan duit kita sudah puluhan tahun dan mereka sudah menjadi kaya raya dengan hasil rompakkan duit rakyat ,yang mana kita menanggung beban kenaikkan harga minyak dan harga barang.
Tidak sedarkah kita selama ini kita menanggung segala kesenangan mereka?Gaji mereka kita yang bayar,mereka hidup dalam keadaan menggunakan segala macam kemudahan yang disediakan dengan percuma,kita yang miskin papa ini teropaksa membayar segalanya.
Para menteri BN yang ada sekarang semuanya percuma,bil air,api,tol,roadtax,minyak kereta,dan mereka boleh klim elaun cuti luar negara rm.50.000,tidak kira macam-macam lagi duit yang mereka dapat,kita apa pun tak dapat.
Oleh itu pada 8.3.08 ini marilah kita sama-sama menganggkat para pemimpin yang berakhlak dan beriman dikalangan ulama dan pemimpin yang tidak rasuah untuk memimpin kita.
HANCURKAN BN.

Subscribe to:
Posts (Atom)