Saturday, February 20, 2010

Marah

IMAM Syafie ada menegaskan: "Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala ten teranya."

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:


1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah.
Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Dorong Hati Untuk Mendekati Khusyuk


Apabila hati berpaling kepada selain dari mengingati Allah ketika solat, maka tolonglah hati itu dengan memberi peringatan kepadanya bahawa Allah itu amat mengetahui kedudukan hati ini. Sesungguhnya amat bodoh orang yang bermunajat kepada Allah sedangkan hatinya lalai.


Seorang yang bermunajat dengan Allah bererti ia amat memerlukan sesuatu dari Allah, amat mustahak dan begitu penting, ibarat seseorang mempunyai hajat terhadap seorang lain, oleh kerana hajatnya itu begitu besar dan mustahak maka ia terpaksa bertemu hanya empat mata. Selain itu cara menyampaikan hasratnya itu begitu rahsia, kerana mungkin ia sedang keputusan wang belanja atau keputusan keperluan dapur dan sebagainya, lalu ia ingin berhutang dengan rakannya itu oleh itu ia terpaksa berbisik-bisik supaya tidak diketahui oleh orang lain.
Tentunya lebih hebat lagi pengertian munajat seorang hamba terhadap Allah, kerana yang hendak dipinta dari Allah ketika munajat (solat) itu sudah pasti perkara yang lebih penting dari keperluan duniawi, bahkan yang dipinta dari Allah ialah taufiq, hidayah, iman, rahmat, pengampunan, pimpinan dan bimbingan kepada hatinya agar tidak lalai terhadap Allah.Tetapi alangkah buruknya hati seseorang yang sedang bermunajat kepada Allah dengan hati yang lalai, adalah mustahil jika seseorang itu benar-benar berhajat kepada Allah ia masih boleh lalai dalam munajatnya dengan Allah.

Sedangkan ketika seorang hendak mendapatkan bantuan atau pertolongan dari rakannya, ia sanggup merintih, berbisik-bisik dan merayu dengan suara yang merendah dan bersungguh-sungguh. Maka mustahil ia boleh terlalai kerana ia benar sedang memerlukan bantuan dari sahabatnya itu.Oleh itu segeralah memberikan pertolongan kepada hati yang lalai ketika bermunajat kepada Allah, dengan mengingatkan ia bahawa bila seseorang itu berhasrat hendak bertemu dengan Allah melalu solat bererti ia amat memerlukan.
Pertemuan itu amat penting dan ia mesti dihargai dengan mengajar diri sendiri agar berusaha menghindari sifat lalai itu.Untuk menjauhkan kelalaian itu dipaksa hati agar ia ingat akan Allah, dengan sentiasa mengawal wajah hati dari berpaling kepada Allah dengan khusyuk. Kerana apabila batin telah khusyuk maka segala perbuatan yang lahir juga akan menjadi khusyuk.Bila anggota lahir melakukan gerakan yang tidak perlu seperti menyapu muka, mengurut janggut, membelai hujung serban dan sebagainya ini menandakan hatinya tidak khusyuk.

Jasad manusia ibarat rakyat, hati adalah pemerintahnya, sudah tentu rakyat akan bekerja menurut arahan permerintahannya. Demian juga sifat khusyuk itu akan mempengaruhi perbuatan yang lahir.

Oleh itu Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:-"Ya Allah perbaiklah para pemimpin dan orang-orang yang dipimpin." Pemimpin dan orang yang dipimpin itu bukan sahaja bermaksud pemerintah atau raja dan rakyat, tetapi juga pengertian pemimpin dan orang yang itu termasuklah hati dan anggota jasad. Wallahualam.

dipetik dari Tazkirah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


Aduhai bidadari syurga…

Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian
membuatkan aku tertanya-tanya.
Mampukah aku menjadi seperti kalian?
Layakkah aku berdiri di sisi kalian?
Sedangkan perjuangan ku tak tersaing dengan kalian
dan kehambaan ku tak sehebat pengabdian kalian…..
Riwayat bidadari syurga,
menambat hatiku pada Yang Esa…

Al-Khansaa` berpuisi pada putera-puteranya :
“Wahai putera-puteraku,
Jika kamu bangun esok pagi
Keluarlah memerangi musuh-musuh Allah
Dan kerana Nya, kamu akan mendapat kemenangan.”
Begitulah Al-Khansaa`
Tidak diratapi putera-puteranya yang gugur
Tidak disesali putera-puteranya yang syahid…

Iman dan taqwa ini
Begitu menusuk jiwanya
Hingga pujukan ayahnya
Gagal melenturkan hatinya
Ayahnya Musyriq
Suaminya Nasrani
Wahai Ramlah,
Kesabaranmu diganjar i Allah
Ayahmu menjadi muslim
Dan suamimu Rasulullah S.A.W..
Tanpa gentar engkau berjuang
Penuh megah kau julangi panji-panji Islam
Wahai Nasibah
Engkau adalah lambang
Kegagahan seorang wanita…

Yang bijak, yang anggun
Yang tegas, yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada Uthman tiada tandingan
Wahai Nai`lah Al-Farafishah
Engkaulah hiasan sebaik permata….

Pengorbanan Saudah yang tak ternilai harganya…
Mengutamakan yang lebih utama di hati Baginda
Walau dirimu berendam air mata…
Wahai Rasulullah, biarkan aku terus menjadi isterimu
Kerana kedudukan itu
Lebih mulia dari seorang janda”…
Mulianya hatimu wahai Suadah binti Zam` ah….

Hafsah bin Umar…
Dalam kelemahan sebagai manusia
Masih ada ruang memohon ampun Nya
Kau satukan helaian wahyu
Kalimah yang agung
Menjadi lembar pedoman turun temurun

Rumaisa
Kau sedar setiap anugerah itu adalah pinjaman
Penuh redha engkau terima
Setiap kau miliki bukanlah milikmu yang hakiki
Tiba masa harus kembali pada yang haq
Walaupun yang dikembalikan itu
Adalah anakmu sendiri….

Pelbagai iktibar dapat kita teladani melalui kisah-kisah mereka.Kisah Hawa, Siti Khadijah r.a, Aisyah r.a, Pesona Zulaikha, Balqis, Ainul Mardhiah, Zubaidah Binti Jaafar, Halimah As-Sa`adiah, Yukabid, Fatimah Az-Zahra, Hindun, Asiah, Nasibah, Asma` Bt Abu Bakar, Zainab Bt Ali, Rabiatul Adawiyah, Zinnirah, Masyitah dan nama-nama serikandi Islam yang lain. Pelbagai buku yang menceritakan kisah serikandi-serikandi Islam terdapat di pasaran.

Dan, sama-samalah kita menghayati dan menyusuri liku-liku kehidupan dan pengorbanan serikandi-serikandi Islam yang sanggup berjuang dan berkorban mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah S.W.T sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah.

Walaupun kita mungkin tidak mampu meletakkan nama kita sebaris dengan para seikandi ini tetapi marilah kita berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan kita supaya kita dapat bersama-sama mereka di syurga nanti.Insyaallah. Al Fatihah untuk para seikandi ini.Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan redha Allah S.W.T.

Thursday, October 15, 2009

bagan pinang:kemenangan BN iktibar bagi PR

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang sudah berlalu. Kemenangan berpihak kepada BN.PR [PAS] kecundang bagi kali yang pertama setelah memenangi tujuh pilihanraya. Nampaknya BN ketawa besar dan raya sakan [kebetulan negara akan menyambut Depavali] apabila dapat menumpaskan PR dalam pilihan raya kecil kali ini.

Kemenangan bagi BN amat-amatlah dinanti-nantikan setelah mengalami kekalahan beberapa kali. Bolehlah dikatakan kemenangan BN pada kali ini menebus keseluruhan kekalan yang dialami oleh nya. Kemenangan BN juga menebus kekecewaan Najib semenjak menjadi Perdana Menteri dan kata Dr.Rais sebagai hadiah buat PM.

Kita tidak mahu membicarakan atau mengupas dengan panjang lebar kemenangan dan erti kemenangan buat BN, tetapi ingin kita bicarakan tentang kekalahan PR[PAS]. Bagi Parti Islam Semalaysia [Pas] kekalahan adalah perkara biasa semenjak dari dulu sampai sekarang,yang luar biasanya apabila mendapat kemanangan.

Para ahli PAS sememangnya dapat menerima kekalahan ini sebagaimana mereka menerima kekalahan dalam pilihanraya yang lampau. Apatah lagi kita sudah ditanam dengan janji ALlah bahawa kekalah kita di dunia adalah kemenangan kita di hari akhirat asalkan kita ikhlas dan redha serta niat yang betul.

Sebenarnya kekalahan di Bagan Pinang pada kali ini adalah sebagai iktibar untuk semua pimpinan PAS dan PR seta semua ahli-ahlinya. Setelah menerima banyak kali kemenangan besar kemungkinan ada diantara para pimpinan PAS dan PR serta ahli-ahlinya sudah merasa bangga diri dan besar diri.

Oleh kerana itu kekalahan pada kali ini adalah sebagai peringatan dari ALlah untuk kita sama-sama koreksi diri mungkin ada salah dan silapnya. Dari itu barulah kita dapat muhasabah diri mencari kesilapan dan kesalahan kita.

Ingatlah kadang-kadang kita diatas, tapi kadang-kadang kita juga akan berada dibawah. Orang miskin tidak semestinya sentiasa menjadi miskin, orang kaya tidak semestinya sentiasa menjadi kaya, tiba masanya semua itu akan berubah seperti kata pepatah sekali air bah sekali pantai berubah.

Saturday, September 12, 2009

Semarakkan 'Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan.

Menghidupkan malam-malam tersebut dengan 'ibadah.
Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama ber'ibadah menghidupkan malam-malam tersebut.

Mengikat tali pinggang [tidak bersama isteri]. Diriwayatkan daripada A'isyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Adalah Rasulullah s.a.w apabila tiba sepuluh terakhir [Ramadhan] beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya [tidak bersama isteri]".
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Mandi antara maqrib dan insya' dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian. terutamanya malam-malam ganjil.

Berusaha bersungguh-sungguh agar dikerniakan Lailatul Qadr. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan ALlah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu'.

Melakukan iqtikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan, diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a katanya yang bermaksud " Biasanya Nabi s.a.w ber'iqtikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan".

Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

Memperbanyakkan sedaqah.

Tanda-tanda Lailatul Qadr.

Diterangkan dalam sebuah hadis antara tanda-tandanya ialah:

Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarnya lembut dan tidak terik.

Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sengat cerah dan terang benderang.


Hikmah disembunyikan Lailatul Qadr.

Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.

Supaya kita berusaha meningkatkan 'ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Memperbanyakkan doa' untuk memperolehinya.


Adab Mengakhiri Ramadhan dan Menyambut Eid Mubarak.

ALlah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan Takbir pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan.

ALlah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan memperbanyakkan istiqfar.

ALlah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'sadaqatul fitri' [membayar zakat fitrah].

Keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat eidul fitri dan mendengar khutbah denga penuh penghayatan.

Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

Menziarahi qubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.

Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.


Akhirul kalam, saya mengucapkan selamat menyambut Eid Mubarak semoga madrasah Ramadhan yang meninggalkan kita memberi kesan yang berpanjangan untuk kita meneruskan segala 'amalan yang telah kita lakukan selama sebulan dibulan-bulan yang seterusnya, semoga Ramdhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat kebaikkannya, kullu am wa antum bi khair.

Sunday, August 9, 2009

cantiknya apabila berhijab

[konvo+(7).jpg]
kecantikan seorang muslimah itu teserlah apabila ia menuup auradnya dan ditambah pula apabila ia memakai hijab atau niqab.
apabila seseorang muslimah itu mengenakan pakaian yang menutup aurad maka terpeliharalah ia dari bermacam-macam fitnah akhir zaman ini.
sesungguhnya martabat dan maruah seorang muslimat terjamin dan terjaga dengan menutup aurad dan melepasi ia daripada panahan mata-mata syaitan.

Saturday, August 8, 2009

niqmat mata

[tears.jpg]

syukurilah niqmat mata yang diberikan ALlah.
tanpa mata segala keindahan alam ini tidak dapat dikecapi.
keniqmatan melihat flora dan fauna dan
segala apa yang ada dalam maya ini.
bersyukurlah dengan niqmat mata yang diberikan
oleh ALlah.

Wednesday, August 5, 2009

Pakat-pakat turun mai GMI

Kepada pencinta keamanan dan kesejahteraan, ayuh bangkit kita sama-sama turun sempena Himpunan mansuhkan ISA di ibu negara pada 1 ogos ini, untuk mengatakan bahawa mahasiswa/i menindas kezaliman kepada insan yang tidak bersalah tanpa soal selidik dan terus dihumbangkan ke dalam penjara, sebagai insan yang berfikiran matang, mengikut undang-undang islam juga bahawa kita dilarang untuk mengambil tindakan kekekejaman serta kezaliman tanpa memeriksa dahulu apa yang dilakukan sama ada bertentangan dengan hukum syarak atau tidak. Ramai yang menjadi mangsa kekekajaman ini, terutama anak-anak mangsa ISA yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan ayah mereka. Ini amat menyedihkan bagi kita semua kerana mereka telah menyalahgunakan kekuasaan yang ada untuk kepentingan politit semata-mata. Amat buruk niat mereka yang terus menyokong Akta kezaliman ini. Sebagai mahasiswa/i yang berpendidikan tinggi harus menyatakan sokongan dan kita melakukan bukan kerana politit namun ini mengenai isu kemanusian yang harus di kekalkan hingga negara menjadi sebuah negara yang aman dan harmoni dan sesebuah negara harus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan kelak kamu akan ditanya tentang apa yang kamu lakukan di dunia semasa kamu memerintah sesebuah negara dan rakyat jelata.

Al-Quran


Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W. Ia turut merupakan wasiat yang ditainggalkan Nabi kecintaan kita untuk diamalkan sepanjang hayat kita. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir. Kita akan sentiasa terpelihara apabila mengamalkan apa yang ada di dalamnya.
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”(Abu Daud & Ahmad)

Ayat-ayat Al-Quran meruapakn penawar bagi hati dan penyakit yang lain. Hal ini kerana ayat-ayat Quran adalah kalam Allah. Segala apa yang terkadung dalam Quran terpelihara sehingga ke hari kiamat. Kandunagn Quran meliputi segala skop yang terdapat dalam dunia ini. I a juga tidak terbatas oleh masa, geografi. Kerana Quran adalah untuk umat Islam, tidak mengira warna kulit, batasan geografi, bahasa, bangsa dll.
Banyak kelebihan membaca Quran :
  • diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.
  • syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat
  • mendapat ketenangan hati
  • hati menjadi lembut

Kelebihan menghafaz Quran

  • badan tidak hancur setelah meninggal dunia
  • boleh memberi syafaat kepada kaum keluarga

Kesedaran umat masa kini tentang Quran

Kesedaran umat masa kini tentang Quran adalah amat sedikit. Hal ini dapat dilihat apabila boleh dikatakan hampir 50% daripada masyarakat kurang kesedaran dalam diri tentang pentingnya belajar Quran.

1) Kanak-kanak yang mula belajar membaca Quran sekarang kebanyakannya disuruh oleh ibu bapa masing-masing. Sekiranya apabila pulang dari sekolah, ibu bapa tidak mengingatkan anak mereka untuk pergi mengaji Quran, maka anak-anak mereka tidak akan datang untuk mengaji Quran.

2) Ibu bapa tidak menerapkan kepada anak-anak terhadap minat terhadap Quran. Mereka hanya menyuruh anak-anak untuk pergi mengaji dan apabila pulang ke rumah, mereka tidak bertanyakan anak-anak mereka tentang pembelajaran anak-anak mereka tentang Quran. Malah, mereka hanya mengabaikan pengajaran Quran. Apabila cuti sekolah bermula, anak-anak mereka tidak datang untuk mengaji Quran kerana mengikuti ibu bapa ke tempat percutian/ berjalan-jalan.

Ibu bapa turut tidak mementingkan pendidikan Quran kerana mereka boleh bersenang hati apabila anak-anak merka tidak kenal Quran tetapi apabila anak-anak mereka tidak skor dalam peperiksaan, mereka sanggup menghantar anak-anak ke pusat-pusat tusyen walaupun mahal bayarannya. Sedangkan pengajian Quran tanpa bayaran tidak diendahkan sedikit pun. Guru Quran turut diabaikan. Tiada kunjungan daripada anak-anak murid pada hari raya. Inilah nilai anak-anak zaman sekarang.

Ibu bapa yang tidak arif dalam bidang Quran adalah tidak mengapa. Yang penting, kesedaran pendidikan Quran itu adalah penting. Ramai ibu bapa yang berpendidikan rendah tetapi mampu menghantar anak-anak belajar tinggi-tinggi namun, apabila Quran mereka sekadar mengabaikan sahaja.

3) Pihak kerajaan tidak mementingkan pendidikan Quran. Sistem yang ada sekarang tidak mendidik para pelajar malah menambah liar kepada remaja sekarang. Mereka menjadi liar kerana di hati mereka tiada Quran. Kerajaan hanya mementingkan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja. Telah menjadi warisan untuk anak-anak zaman sekarang menhadapi peperiksaan UPSR,PMR, SPM, STPM untuk berjaya dalam hidup. Subjek Quran dan agama tidak dititikberatkan langsung. Hal ini terbukti apabila subjek agama dan Quran tidak menjadi subjek wajib untuk cemerlang.

hiDup itU PerJuaNgan




Demo GMI

1.00 tengah hari: Di SOGO, orang ramai semakin ramai berhimpun biarpun pasukan polis termasuk unit anjing cuba menghalang mereka berbuat demikian. Helikopter polis berlegar-legar rendah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah ditutup kepada lalu lintas. Aktivis GMI Norlaila Osman dan anak perempuannya Narshita Md Noor, Aiman Athirah Al-Jundi (PAS), Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria. 8 lelaki turut ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria.

Di MASJID NEGARA, polis memperketatkan kawalan dan menghalang orang ramai memasuki perkarangan masjid. Petugas-petugas media berkumpul di sini menunggu kehadiran pimpinan pembangkang dan GMI. Hanya beberapa orang awam berkumpul di sini. Orang ramai yang berkumpul di Stesen KTM mula bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor. Polis memeriksa beg-beg yang dibawa oleh orang ramai.

Di MASJID JAMEK, 20 orang telah ditahan polis. Orang ramai semakin ramai berhimpun di sini. Polis menghalang orang ramai berkumpul di sekitar Masjid Jamek. Seorang peguam Puspa Rosman ditahan kerana mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai. Polis memberi arahan kepada orang ramai supaya beredar dalam masa 15 minit.

Di ISTANA NEGARA, keadaan tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan._

1.30 tengah hari: Di SOGO, 27 orang telah ditangkap polis setakat ini. Semua kedai di kawasan ini dan Sogo sendiri telah ditutup. Polis mengarahkan kira-kira 1,500 orang supaya segera bersurai.

Di MASJID NEGARA, beberapa orang telah ditangkap kerana setelah diperiksa mereka didapati membawa bahan yang ada kaitan dengan ISA seperti topi, lencana dan banner.

Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. Setakat ini 23 orang telah ditangkap di sini termasuk 2 orang wanita.

Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

2.00 tengah hari: Di SOGO, 2 orang lelaki dari parti PKR ditangkap oleh polis kerana memakai lencana Mansuhkan ISA dan ia menimbulkan sedikit kekecohan. Pegawai Khas MB Kedah, Yusrin Zakri Adnan dan bapanya Hj Adnan Din ditahan polis. Orang ramai mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kira-kira 5,000 orang bertembung di Jalan TAR dan mula berarak ke Dataran Merdeka.

Di MASJID NEGARA, Ketua Polis Kuala Lumpur memberitahu bahawa setakat ini 157 orang telah ditangkap. Orang ramai mula berarak ke Dataran Merdeka dipimpin oleh Dr Hatta Ramli tetapi diminta bersurai oleh polis. Namun mereka meneruskan perjalanan. Kira-kira 5,000 orang sedak berarak.

Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. 3 orang lelaki telah ditangkap secara aneh oleh pasukan apabila mereka dikehendaki bergambar bersama T'shirt lambang ISA. Polis membuat benteng dan mengarahkan orang ramai segera beredar. Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

2.40 Petang: Di SOGO, orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek kini bergabung dengan orang ramai di depan kompleks Sogo menjadikan jumlah kesemuanya melebihi 50,000 orang. Malah ada menganggarkan kehadiran di semua lokasi memghampiri 100,000 orang. Jalan menghala ke Dataran Merdeka dikepung oleh pasukan polis dan mereka melepas gas pemedih mata.

Orang ramai yang berarak dari Masjid Negara yang ingin ke Dataran Merdeka juga dihalang oleh polis dengan gas pemedih mata.

Orang ramai kini berhimpun di tepi kompleks Pertama. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik dan Dr Syed Azman Syed Ahman Nawawi, Penasihat DAP Lim Kit Siang, pimpinan KeADILan Tian Chua dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim turut berada di sini.

Polis mula menyerbu dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menghalang orang ramai daripada berarak ke Dataran Merdeka. Orang ramai mula mencari perlindungan di bangunan Sogo dan MARA, sementara pihak polis menambahkan bilangan anggota dan kekuatan mereka. Trak-trak FRU dan trak water cannon berkawal di Stesen LRT Bandaraya.

4.30 Petang: Di depan SOGO, biarpun orang ramai tidak lagi berhimpun di situ, namun pasukan polis masih menempatkan trak water cannon dan unit gas pemedih mata di situ. Bagaimanapun tangkapan tidak lagi dibuat.

Orang ramai kebanyakan telah beralih lokasi ke depan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di mana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberikan ucapan dan mengadakan sidang media.

Polis turut berkawal di Jalan Raja Laut dan membuat semburan water cannon di hadapan Pejabat Agung PAS untuk menyuraikan orang ramai.

3.00 Petang: Di SOGO, 10 orang ditahan polis, hampir kesemuanya anggota Unit Amal PAS, termasuk ketua Unit Amal PAS Pahang. Peguam PKR Sivarasa Rasiah turut ditangkap polis.

Orang ramai dari Masjid Negara dikepung oleh FRU di bulatan Jalan Parlimen.

Orang ramai kini mula berhimpun di depan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dan pimpinan PAS memberikan ucapan.

Dataran Merdeka dipenuhi oleh anggota polis dan petugas-petugas media.

sumber : Harakah Daily online

http://www.harakahdaily.net/