Thursday, May 17, 2018

Selamat menjalani ibadah puasa,semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari Ramadhan  tahun² yang lalu.

Wednesday, May 4, 2016

Manusia Sering Menolak Hidayah.
benhussin.blogspot.com

Menurut Muhammad al-Mu’afa, terdapat beberapa perbuatan perbuatan yang boleh dianggap menolak hidayah iaitu:
  • Berpaling pada hukum ALlah.
  • Mengelak daripada melakukan ketaatan kepada ALlah.
  • Berpaling daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya serta keesaan-Nya.
  • Mengelak daripada membelanjakan wang di jalan ALlah.
  • Tidak suka berzikir menyebut nama ALlah,
  • Lalai daripada mengingati hari akhirat.
  • Tidak membaca al-Qur’an dan merenungi isi kandungannya serta tidak beramal dengan ajaran-Nya.
  • Tidak bersyukur dengan niqmat dan segala kurnian daripa ALlah.
  • Terlalu mengikut hawa nafsu.
  • Mudah terpesona dengan godaan syaitan dan tipu dayanya.
  • Tidak mahu mendengar peringatan-peringatan yang diberi oleh orang-orang alim.

Menurut Ibnu Hajar al-Haithami dalam kitabnya al-Azwar ‘an Iqtiraf al-Kabair, menolak hidayah merupakan dosa besar, lebih bear daripada dosa mencuri, berzina dan lain-lain kerana mempunyai kesan yang sangat buruk terhadap perlakunya.